Tuesday 7 February 2012

WhiteSnake Forevermore Tour T-Shirt

Aku tak pegi pun konsert Whitesnake masa kat stadium merdeka tempoh hari..pasal malam tu aku keja.tiket memang dah beli,tapi last2 aku jual kat member aku..nasib baik la dia pun peminat Whitesnake jugak.walaupun aku tak dapat pegi,tapi aku dapat tshirt Whitesnake tour 2011 ni..
                                                depan

Tshirt pun simple je..kira sesuai la kalau aku pakai pun..hehe..takda la menyakitkan mata.


yang ni pulak bahagian belakang..siap dengan tarikh dan tempat Whitesnake lakukan jelajah dunia konsert ni..nama malaysia pun ada tersenarai gak kat situ.
                                                  30 october Kuala Lumpur,Malaysia

 
Aku sememagnya minat kumpul tshirt band2 rock ni..banyak jugak la yang ada dalam koleksi aku..nanti la ada senang aku tampal kat blog ni sikit2.so,pada yang tak tau..David Coverdale(penyanyi )ni pernah menganggotai band Deep Purple dulu..mesti korang pernah dengar lagu Soldier Of Fortune kan?lagu berhantu tu la yang David Coverdale ni nyanyi..dan dengar citer masa konsert kat kl haritu,beliau ada nyanyikan lagu Soldier Of Fortune jugak..dan suara beliau memang tak berubah langsung..! sama macam 30 tahun dulu..selepas tu beliau tubuhkan Whitesnake ni,lagu2 dari Whitesnake ni pun boleh tahan jugak banyak yang best2..seperti "Is It Love" dan "Here I Go Again"..lagu ni kira hit jugak la dan masa tu pun banyak band2 rock kapak kat malaysia ni tiru identiti Whitesnake ni..
Whitesnake juga pernah mencipta sejarah tersendiri apabila album paling hit mereka "Slip Of The Tounge" telah terjual sebanyak 3 juta unit di US je.dan berada dalam carta no.10 di US dan UK billboard chart.selain daripada tu,apa yang menarik,line up untuk album ni juga pernah di anggotai oleh gitaris handalan dunia iaitu Steve Vai.dan mereka juga pernah bermain untuk Monsters Of Rock pada tahun 1990.
                                              cover album slip of the tounge
lagu Here i Go Again juga selalu di gunakan untuk soundtrack drama2 tv di US,dan jugak Movie.kalau nak tau suara David Coverdale macam mana,bole layan klip kat bawah ni..
                                            Whitesnake - Here i Go Again

1 comment:

  1. you should log in www.rokmart.com, absolute Rock source TQ

    ReplyDelete