Thursday, 29 October 2015

Search - Panggung Khayalan CD (2015)

Konsert dia aku tak pergi,tapi cd nya aku ada beli..heheh..



Layan gambar dulu eh,lepas tu baru aku nak komen dan komplen..


senarai lagu



isi dalam




poskad (kiri) dan booklet (kanan)



lirik



gambar tengah2



Aku agak kecewa dengan rilisan  Panggung Khayalan ni sebab : (cakap memang murah)

1.Rilisan yang aku rasa hanya melepaskan batuk di tangga,sama macam album2 kompilasi Search yang lain.

2.Pada mulanya aku teruja bila nak bukak packagingnya,mungkin bookletnya ada menceritakan riwayat Search sejak dari awal dahulu tapi hampa,hanya gambar2 konsert masa di Istana Budaya je yang jadi penghias dengan lirik2 lagu.

3.Kalau rilisan ni di buat seperti album 'Search Live' tahun 1989 dulu siap dengan buku yang serupa macam dulu,ataupun reissue album 'Search live' tu pun dah kira berbaloi.

4.Lagi best kalau dapat sekali dengan baju Panggung Khayalan tu,baru la aku tak kecewa sangat.ini cuma poskad je yang ada.

5.Walaupun 24bit digitaly mastered,aku tak penah dengar pun,cuma bukak,belek2,ambik gambar lepas tu simpan balik.

6.Sepatutnya Search ada kuasa dan idea dalam rilisan yang macam ini,bukan hanya ikut kehendak syarikat rakaman yang hanya fikirkan keuntungan semata2.kompilasi ini sepatutnya boleh buat lagi menarik dari yang sekarang ni.

7.Kalau anda peminat tegar Search,kena beli rilisan ini.

8.Akan datang,rilisan ini harganya akan melambung tinggi sehingga rm 400.kenapa 400?sebab tu harga yang aku tawarkan.lagi kejam dari kapitalis tak aku? hahah.. (aku sindir golongan kapitalis ni..harap korang terasa la ya?)heheh..


Untuk review konsert Search Panggung Khayalan yang berlangsung pada sabtu tempoh hari boleh baca kat sini :

Blog Hikayat Nemut Nemut :
http://nemutnemut.blogspot.my/2015/10/bercumbu-rayu-denganmu-dunia-panggung.html

Berteromber :
http://berteromber.blogspot.my/2015/10/search-konsert-panggung-khayalan-live.html

Monday, 26 October 2015

Hillary Di Album - Rock Dalam Dilema (1990) Reissue 2015

Yang aku baru beli semalam kat Victoria Music..




Album ni dulu pernah beli versi kaset hasil perkongsian duit belanja sekolah dengan rakan sekelas aku.beli kaset Hillary ni bersama2 dengan kaset Zulkif (juga album gitar solo,Zulkif adalah gitaris kumpulan Headwind) bila putarkan cd ni semalam,serta merta teringat kenangan dulu2 masa sekolah menengah.(tahun 1990 aku di tingkatan 2) pada ketika itu semuanya berangan nak jadi gitaris hebat,tapi petik gitar pun kelaut..heheh..









Album ini di terbitkan oleh Hillary sendiri bersama dengan sifu M.Nasir.penyanyi undangan dalam album ini juga hebat2.ada Rahmat Ekamatra,Aida Agil (makcik ni dulu femes jugak) dan juga Roy (yang pernah popular dengan lagu 'Ratnaku')
Pada aku album ini memang album solo terbaik dari Hillary,beliau memang dah ada identiti sendiri,lagi pun beliau sememangnya gitaris hebat sejak dari era 80an lagi.walaupun ada lagu2nya yang sedikit di bayangi ala Steve Vai,tapi identiti muziknya tetap mencerminkan identiti muzik Malaysia.











Lagu2 instrumental petikan gitar Hillary menarik seperti 'Dilema', 'Cun Habis' 'Search', instrumental ballad yang sendu syahdu bertajuk 'Sandiwara' dan juga tribute untuk Tan Sri P.Ramlee lagu 'Putus Sudah Kasih Sayang'.
Lagu2 slow rock balladnya juga pun boleh tahan sedap.paling di ingati sejak dulu ialah lagu 'Sayang Tak Merindu' nyanyian Roy,lagu 'Mencari Kebenaran' nyanyian Roy dan Aida Agil pun sedap juga,dan lagu yang aku pernah tengok kat muzik-muzik TV3 dulu iaitu lagu nyanyian Rahmat Ekamatra 'Suara Luka'

Apa pun rilisan ini memang patut di pasarkan semula,Hillary satu2nya gitaris yang boleh di katakan  lagenda dalam dunia rock Malaysia dan Singapura.pada peminat Search dan Hillary boleh beli album ini..memang best.rugi kalau tak dengar..

Next..nanti aku tampal gambar ni pulak..




Saturday, 24 October 2015

Snapseed Superman

Atas saranan cikgu Arip (http://bukurekod2u.blogspot.my/) yang selalu upload gambar cantik2 kat blog beliau menggunakan aplikasi Snapseed,aku pun cuba la belajar nak menggunakan nya..gambar yang telah di ambil menggunakan telefon bimbit cikai aku dan di edit menggunakan aplikasi Snapseed.








Tak berapa nak menjadi,baru testing je.lagi pun aku bukan la pakar sangat dalam bab editing ni.nanti la ada senang aku try buat lagi cantik..heheh..

"I'm only a man in a silly red sheet
Digging for kryptonite on this one way street
Only a man in a funny red sheet
Looking for special things inside of me
And it's not easy.
It's not easy to be me."
*Five For Fighting - Superman (Its Not Easy)

Friday, 23 October 2015

The Vatican Tapes (2015)




Dah lama tak layan movie,di sebabkan 'mc' kerana sakit tempoh hari,ini lah filem yang aku layan..

Walaupun filem ini mendapat kritikan teruk dari peminat filem seram dan juga rating yang agak teruk oleh IMDb dan Rotten Tomatoes,aku tonton juga lah kerana barisan pelakonnya pun boleh tahan popular.
Filem ini mengisahkan tentang Olivia,seorang gadis remaja yang tinggal bersama bapa dan teman lelakinya.kehidupan beliau yang ceria tiba2 bertukar menjadi mimpi ngeri kerana beliau kerap di ganggu dan di rasuk entiti yang tidak di ketahui.kes beliau mendapat perhatian dari Father Oscar Lozano (lakonan Michael Pena) dan juga 2 paderi dari Vatican City di Italy.salah seorang dari paderi yang menjaga rahsia besar tentang kes kerasukan dan pelbagai perkara misteri yang selalu belaku,beliau cuba menawarkan diri untuk mengubati Olivia ini,ternyata entiti yang merasuki Olivia ini sebenarnya 'Antichrist' atau pun dajal (dalam versi Islam) yang mengatakan telah tiba masanya beliau menyesatkan orang kristian di seluruh dunia.
Apa yang menarik,cerita tentang dajal dari pandangan agama kristian juga tak banyak beza,cuma dajalnya ialah wanita,yang mengembara ke seluruh dunia dengan menyembuhkan orang yang menghidapi penyakit,tolong orang susah,dan pelbagai perkara lagi sehingga pada satu tahap wujud agama baru berdasarkan dari ajaran Olivia ini.

Pada sesiapa yang pernah menonton filem 'Emily Rose',ceritanya pun tak banyak beza,cuma kali ini filem ini mengisahkan tentang kedatangan dajal dari pandangan agama kristian.ok la masih boleh di tonton walaupun mendapat rating yang teruk.

2/5*


Wednesday, 21 October 2015

Wordless Wednesday

mana satu yang betul daaa...

p/s : selain jerebu,wabak demam kepialu pun dah mula menyerang KL dan Selangor.berhati2 bila membeli makanan/minuman di luar.

Tuesday, 20 October 2015