Friday, 23 October 2015

The Vatican Tapes (2015)




Dah lama tak layan movie,di sebabkan 'mc' kerana sakit tempoh hari,ini lah filem yang aku layan..

Walaupun filem ini mendapat kritikan teruk dari peminat filem seram dan juga rating yang agak teruk oleh IMDb dan Rotten Tomatoes,aku tonton juga lah kerana barisan pelakonnya pun boleh tahan popular.
Filem ini mengisahkan tentang Olivia,seorang gadis remaja yang tinggal bersama bapa dan teman lelakinya.kehidupan beliau yang ceria tiba2 bertukar menjadi mimpi ngeri kerana beliau kerap di ganggu dan di rasuk entiti yang tidak di ketahui.kes beliau mendapat perhatian dari Father Oscar Lozano (lakonan Michael Pena) dan juga 2 paderi dari Vatican City di Italy.salah seorang dari paderi yang menjaga rahsia besar tentang kes kerasukan dan pelbagai perkara misteri yang selalu belaku,beliau cuba menawarkan diri untuk mengubati Olivia ini,ternyata entiti yang merasuki Olivia ini sebenarnya 'Antichrist' atau pun dajal (dalam versi Islam) yang mengatakan telah tiba masanya beliau menyesatkan orang kristian di seluruh dunia.
Apa yang menarik,cerita tentang dajal dari pandangan agama kristian juga tak banyak beza,cuma dajalnya ialah wanita,yang mengembara ke seluruh dunia dengan menyembuhkan orang yang menghidapi penyakit,tolong orang susah,dan pelbagai perkara lagi sehingga pada satu tahap wujud agama baru berdasarkan dari ajaran Olivia ini.

Pada sesiapa yang pernah menonton filem 'Emily Rose',ceritanya pun tak banyak beza,cuma kali ini filem ini mengisahkan tentang kedatangan dajal dari pandangan agama kristian.ok la masih boleh di tonton walaupun mendapat rating yang teruk.

2/5*


8 comments:

  1. tak tengok lagi...tunggu keluar astro jer la kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm dah ada kat astro best, tapi biasalah aku bkn peminat filem genre mcm ni

      Delete
    2. astro best kena bayar...tunggu yang kat HBO atau Fox sudah la...

      Delete
  2. menarik la, aku suka baca review filem tapi pasal nak tahu sipnopsis aje, bukan pendapat penulis review tu..
    Junk untuk orang lain, tapi mungkin sesuai ngan cita rasa aku.
    Filem ni nampak tak seram sangat so ok la, kalau seram sangat aku takut nak tengok haha

    ReplyDelete
  3. aku movie2 english ni tgk hbo je, klu betul2 aku minat baru aku tgk online.. haha mcm best juga cetanya ni.

    ReplyDelete
  4. klu dpt tgk free...bru aku nk tgk pilem ni...tu pun klu aku terhibur ler...klu tk...

    ReplyDelete
  5. tu la baca review... teruk kena hentam.

    ReplyDelete