Entri berjangkit dari Arena-muzika
Dulu pernah memiliki versi kaset,tapi kaset dubbing TDK tu..heheh.di sebabkan pada ketika itu jiwa aku dah beralih arah ke metal kental,kaset dubbing tu aku kasi kat member.beli versi cd ini pun hanya nak lengkapkan koleksi rock kapak aku je.
Yang Kingsway tu sebenarnya ialah syarikat rokok penaja bagi kumpulan Masa ni.ramai yang ingat nama band ni 'Kingsway'..heheh.masa aku mula2 belajar hisap rokok dulu pun,rokok Kingsway la yang aku kenal dulu..
Lagu heavy dalam album ini cuma 'Raja Bersiong' je yang lain2nya semua lagu jiwang,dan dua lagu yang aku masih ingat kerap keluar di radio dulu ialah 'Kasih Yang Terseksa' dan juga 'Amanda Gadisku' memang lagu kesukaan awek2 masa zaman aku sekolah dulu.tetapi pujian boleh di berikan pada kumpulan ni sebab ada juga lagu dalam album ni ciptaan mereka sendiri.album ini kalau tak silap aku,tinggi juga la jualan dia pada tahun itu.
Di sebabkan sound nya yang agak 'kureng' pada telinga aku,sekejap bunyi bass tenggelam timbul dan ada sesetengah lagu yang berbunyi macam sebu (macam bunyi kaset yang kotor) aku hanya dengar sekali je.lepas tu terus takda mood nak dengar dah.tapi untuk awek2 yang dulu2 suka kat lagu 'Amanda Gadisku' boleh la beli album ni.
Harap selepas ini NSR prihatin sikit dengan sound dalam setiap album yang ingin di reissue.jangan buat ala kadar je.
p/s : hari ini album pertama Ekamatra dan album solo Hillary dah rilis.boleh pergi beli.
hillary aku dah booked dgn pak radin, tunggu 3-4 cd lagi baru pos
ReplyDeletebila sebut Kingsway ni...aku teringat Edika Yusof...hahaha...
ReplyDeletetiga blog aku pergi, tiga blog pasal cd ni...
ReplyDeletecepat review cd ekamatra first...
HARAP ADA VERSI lagu yang sedap tu apa tu? versi complete. HAHAHA
sound cd ni mmg gini la..tp mmg mastering...ni sound ngineer punye keje...xrata sama sume soundnye...xmcm album2 len..
ReplyDeletetak jadi beli lepas baca rebiu ni. thanks
ReplyDelete