Friday, 10 February 2017

Stryper - The Covering (2011)



Aku memang takda satu pun album Stryper ni.kalau nak tahu pasal band ni pun aku selalu jenguk kat blog Berteromber.pernah la cuba dengar lagu2 mereka masa zaman belang2 dia orang tu kat youtube.heheh..apa yang buat aku teringin nak dengar Stryper ni sebab album The Covering ni.oleh kerana kat sini memang susah nak jumpa album ni,maka versi sedut adalah pilihan yang kedua.album ini menurut Stryper merupakan satu penghargaan mereka untuk band2 yang mana lagunya di cover oleh Stryper merupakan sumber inspirasi kumpulan ini sejak mula di tubuhkan lagi.apa yang menarik minat aku untuk dengar cover version dari Stryper ni adalah senarai lagu2 yang ada dalam album ini.kesemua lagu2nya yang aku pernah dengar sejak aku budak2 lagi.

Antara lagu yang ada dalam album ini :
1.Set Me Free (Sweet)
2.Blackout (Scorpions)
3.Heaven And Hell (Black Sabbath)
4.Lights Out (UFO)
5.Carry On Wayward Son (Kansas)
6.Highway Star (Deep Purple)
7.Shout It Out Loud (Kiss)
8.Over The Mountain (Ozzy Osbourne)
9.The Trooper (Iron Maiden)
10.Breaking The Law (Judas Priest)
11.On Fire (Van Halen)
12.Immigrant Song (Led Zeppelin)
13.God (lagu terbaru Stryper yang di selitkan dalam album ini)

Senarai lagu dalam album ni memang best2.tapi yang aku suka cuma beberapa lagu la yang kena dengan vokal Michael Sweet ni (dah tua pun sweet eh) ialah 'Lights Out','Over The Mountain','On Fire','Immigrant Song','Carry On Wayward Son' dan 'Breaking The Law'.lagu yang lain2 tu so-so je lah.album ini juga di kecam oleh peminat Stryper sebabnya Stryper ni kan christian band.kenapa christian band mesti nak mainkan lagu2 cover dari kumpulan rock lain.tapi yang sebenarnya Stryper nak tunjuk yang mereka juga menghormati pemuzik dan band lain walaupun band tu 'sesat' macam Ozzy contohnya..heheh.
Album ni masih boleh di layan kalau tak minat Stryper pun.lagu2 yang lain pun ok la boleh tahan juga.

Untuk album2 Stryper yang lain boleh rujuk kat blog Berteromber KAT SINI

5 comments:

  1. Dulu2 masa tahu band ni dari majalah RIP , aku takut nak dengar band ni, takut jadi kristian. Haha.
    Tapi band ni bastard pada aku, bila dorang keluar dvd live in Indonesia, aku tahu tu gimik nak tunjuk band kristian buat live show sampai ada offcial dvd in biggest muslim country in the world. Aku boikot band ni.

    ReplyDelete
  2. ni antara cd dia yang aku tak ada lagi...masih mahal kalau cari kat ebay...

    bagi aku dengar Stryper macam dengar black metal...lagu sedap...lirik buat tak tau ajer...lagi pun bukan semua lagu dia lirik dia macam tu...tambah2 yang slow...semua lirik cintan...

    ReplyDelete
  3. Metal yang warak la kiranya Stryper ni.. Menarik pilihan lagu cover dia..

    ReplyDelete
  4. stryper ni adalah salah sebuah band kristian yang di monopoli dana nya oleh puak-puak orientalis barat yang cukup liberal dan ekstrem dalam memurtadkan umat islam di seluruh dunia.. jadi beringatlah kawan-kawan semua.. bahaya ni, walaupun stryper tidak menyembah syaitan.. huhhuhh

    ReplyDelete