Monday 9 January 2017

Wings - Hukum Karma Vinyl (1988) Reissue 2016

Album yang dah berusia 29 tahun pada 2017 ni.





Tengok kat entri Hukum Karma Berteromber di tambah pulak dengan komen berachun dari beliau,aku pun nak tambah rachun dengan riak Hukum Karmawi..heheh..

Album Hukum Karma ni memang muncul tepat pada masanya la..zaman glam rock tengah berada di kemuncak iaitu pada tahun 1988.dah banyak kali aku cakapkan tahun 88 memang zaman rock dan zaman heavy metal bertembung.persaingan yang sihat ni la yang menjadikan tahun 1988 tahun emas bagi pemuzik dan peminat rock seantero dunia.sayangnya kat Malaysia masa tu cetak rompak pun berleluasa macam cendawan tumbuh selepas hujan.













Piring hitam Hukum Karma versi 2016 ni memang terbaik punya packaging.berbanding versi cdnya yang main tangkap muat je.cover lp nya kulit keras yang bermutu,ada gate fold,sampul piring hitamnya pun menggunakan kertas kalis habuk,bukan sampul kertas biasa dan di sertakan sekali poster yang sama pernah di keluarkan pada tahun 1988 dulu.(aku pernah nampak poster ni kat mudah.my ada yang nak jual sampai rm300!..padahal poster reprint balik je.)dengan harga rm 150,memang aku puas hati la.dengar ceritanya piring hitam ini di cetak di German.





Dari segi soundnya memang tip top la.pressing Germankan.mesti la sedap bunyinya.siapa yang takkan lupa lagu-lagu dalam album ini seperti 'Opera Hidup','Misteri Mimpi Syakila',(lagu wajib bebudak rock dulu kalau jamming)lagu jiwang sepanjang zaman 'Taman Rashidah Utama' lagu yang menjadi tajuk album 'Hukum Karma' dan dua lagu yang berunsur ketuhanan dan nasihat iaitu lagu 'Sembunyi' dan juga 'Anugerah'.





Ini adalah khazanah rock melayu.aku cadangkan kat kau orang semua beli la sorang satu buat kenangan,tampal kat dinding pun ok bak kata Berteromber.heheh..atau pun lepas 10 tahun nanti boleh jual balik dengan harga lagi kejam dari kapitalis yang ada sekarang ni.heheh..terima kasih kepada mereka2 dan pihak NSR yang menerbitkan kembali piring hitam Hukum Karma ini.

11 comments:

  1. ok bro.. nanti aku pun nak sambar juga satu.. huhuh, pas tu boleh jual balik, mengalahkan harga kapitalis haaaaa haaaa

    ReplyDelete
  2. lagu anugerah paling win, walaupun underrated berbanding lagu MMS dan TRU

    ReplyDelete
  3. untungla ada LP... larikkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takleh lawan king..king lagi powerrr..heheh

      Delete
  4. terbaik bro, cd pun baru tu, sbb ada serial cv/1990..

    ReplyDelete
  5. Aku wish aku ada satu.. tapi dalam hidup kita tak boleh dapat semua..
    untuk sedapkan hati aku, aku puas hati aku dapat gi tengok Wings sebanyak mungkin setiap kali dorang main kat KL, JB & Singapore.
    tu je la kenangan aku...

    ReplyDelete
  6. Pasni sambar yang warna biru la pulak..haha..

    ReplyDelete
  7. bila baca mmg memaksa utk membelinya...racun

    ReplyDelete
  8. tajuk lagu 'Taman Rashidah Utama'bila gua fikir balik adalah satu tajuk lagu yang sangat pelik. nama taman dijadikan tajuk lagu. Taman Rashidah Utama ada kat Seremban. tak percaya gua. ha ha haa...

    ReplyDelete
  9. Wings terbaik from the beginning until the end...gayour...I'm your fan Dari zaman remaja sampai ke tua...har har har...bersama selamanya

    ReplyDelete