Friday 15 July 2016

MD.45 - The Craving ( 1996 ) Remastered 2004

Pada sesiapa yang tidak tahu,album ini merupakan projek khas (side project) dari Dave Mustaine orang kuat dan juga pengasas Megadeth.album yang dah berusia 20 tahun..




Band side project ini di tubuhkan oleh abang Mus bersama2 dengan Lee Ving,penyanyi dari band punk 'Fear',di bantu oleh Kelly LeMieux (bass) dan Jimmy DeGrasso (drum).aku sebenarnya mencari versi asal terbitan tahun 1996 dengan vokal asal dari Lee Ving,tapi susah nak jumpa,yang ada ni pun versi remastered yang bahagian vokalnya di nyanyikan semula oleh abang Mus.









cerita di sebalik pembikinan remastered version ni.klik gambar bagi besar kalau nak baca


Nama MD.45 ini merupakan gabungan dari nama Dave Mustaine yang di terbalik kan jadi MD.dan 45 pula merupakan nama Lee Ving yang di terjemahkan dari angka roman 'VL' yang bermaksud 45.dan album 'The Craving' ini merupakan satu2nya album side project yang bergenrekan punk rock dan ada sedikit elemen heavy metal.aku memang tak pernah dengar versi Lee Ving.sebab vokal abang Mus ni aku rasa memang tak kena dengan muzik punk.






Versi 2004 ini ada 3 lagu bonus iaitu 'Chutney' 'Segue' (instrumental) dan juga 'The Creed' yang merupakan demo Megadeth pada era 'Countdown'.







Oleh kerana album ini bergenrekan punk rock dan vokalnya oleh Dave Mustaine,memang agak sukar aku nak hadam,sebabnya aku dah biasa dengar Megadeth,bila tiba2 dengar album ini yang bergenrekan punk rock memang susah sikit nak masuk telinga..heheh.walaupun begitu ada juga la beberapa lagu yang aku dengar sekali dah suka contohnya seperti lagu 'Hell's Motel' 'Day The Music Died' dan 'Fight Hate'. sound drum Jimmy DeGrasso yang padat dan padu memang sedap di dengar,cuma bila bahagian vokalnya di nyanyikan semula oleh Dave,ada sesetengah lagu kedengaran seperti Megadeth.

Walaupun genre punk bukanlah kegemaran aku,tetapi apa yang cuba di lakukan oleh abang Mus ini boleh di katakan berjaya jugak.kalau anda suka punk rock,boleh la cuba dengar album ini.

7 comments:

  1. serius, berbelas tahun aku ada mp3 album ni (dlm CD mp3 tahun 2000) tapi tak pernah dengar, sedih...

    tapi aku boleh hadam album risk (asal, bukan remastered), antara album megadeth feberet sepanjang zaman

    ReplyDelete
  2. aku pun cuma hanya ada versi sedut...cuba dengar...tapi tak berapa nak masuk...

    ReplyDelete
  3. Aku langsung tak tahu ni album ada dua versi suara penyanyi

    ReplyDelete
  4. Album abang mus yang bernasib malang Gitu.. Lagi baik layan side project Max cavalera.. Cavalera Conspiracy.. Superb Gitu

    ReplyDelete
  5. Layan skit2 kat youtube, masih boleh layan, lebih suka suara Mus yg ala Pearcy tu, yg ori suara besar..mungkin sbb metal + punk, akupun rasa tak sedap macam lagu2 punk rock yg biasa...

    ReplyDelete
  6. mmg klu utk album side projek ni biasanya mmg serba tak kene aje kedengarannya.. mungkin tu nk bikin side projek pasal dorg nk cuba sesuatu yg lain

    ReplyDelete