Monday 25 July 2016

Hidayu - Perjanjian (1991) Reissue 2016





Pada mulanya aku nak skip album ni taknak beli,tapi di sebabkan pernah dengar lagu hitnya 'Impian Lain Warna' yang kerap juga aku dengar di radio dulu,terus aku ambik.sejak dah banyak sangat band meleweh yang di riliskan semula,memang aku tak beli la.nak suruh aku dengar Ukays? memang tak laa..hahah.

Kumpulan Hidayu ni sebenarnya merupakan anak didik kumpulan May yang juga berasal dari Ipoh Perak.ketika May buat road tour dulu,kumpulan Hidayu lah yang menjadi opening untuk May.kalau di perhatikan pada album ini,kebanyakkan lirik lagu hasil daripada Mus May.juga yang menarik tentang band ini ialah,lagu2 dalam album pertama mereka ini juga di tulis oleh mereka sendiri kecuali lagu 'Impian Lain Warna' di cipta oleh Nasha dan JS Kevin.





Lagu2 rancak/hard rock pun juga menarik.track pertama 'Perjanjian' intronya ada di ceduk sedikit dari 'For Whom The Bell Tolls'.lagu 'Hidup Metal Rock' tapi bukan berentak metal,masih mengekalkan hard rock.'Aku Adalah Aku' pun boleh tahan.'Pembela Bangsa' sound yang agak heavy,ok boleh tahan.ada dua lagu slow rock leleh juga ciptaan Hidayu (mungkin untuk siaran radio)iaitu 'Kenangan Cinta Silam' dan lagu 'Walaupun Sangsi'.apa yang aku perasan,suara vokalis nya sama seperti vokalis kumpulan Vagrant.adakah orang yang sama?jeritan nada tinggi beliau pun seakan sama.








Sound untuk cd ni pulak kali ini agak menarik juga.bunyi petikan bassnya ala Steve Harris memang dengar satu persatu,juga bunyi bass drumnya pun padat dan padu.entah di mana silapnya,kumpulan Hidayu ini hanya setakat satu album je.dengar cerita selepas album ini mereka berpecah.sayang kumpulan ini berbakat dalam penciptaan lagu tetapi tak bertahan lama.pada aku album ini masih boleh di layan,(mungkin sebab pendengaran dari telinga aku yang dah biasa dengar bunyi rakaman analog 80an)kalau rasa nak dengar hard rock penghujung 80an dan awal 90an.



12 comments:

  1. bab cd reissued ni skrg aku cuma teringin nak beli metalian

    ReplyDelete
  2. Vokalis Ajoi/Tajol masuk FTG, dah takleh tarik tinggi dah...mungkin sbb byk bawa lagu growl..

    ReplyDelete
  3. Woi apasal cover tak sama macam kaset ha?? marah ni tau.. hahaha
    Band ni best uii.. boleh kata my pebret dulu.. impian lain warna tu solo best..

    ReplyDelete
  4. Adik aku ada kaset ni dulu...walaupun aku tak pernah dengar tapi aku perasan cover dia tak sama...tak best betul la...tapi aku beli jugak..haha..

    ReplyDelete
  5. Kalau pengaruh May untuk aku mesti gerek..
    ok i want to buy this hohoho.

    ReplyDelete
  6. ok la best jugak album nie.. tapi aku lagi prefer album handy black - tangan hitam, cd reissue nya pun dah berada kat pasaran gitu..
    vokal isa rahman - vokalis handy black memang mantop (ade iras-iras suara vokalis blackcity rockers - Acid)

    ReplyDelete
  7. Syam Hidayu main lead gitar untuk SYJ sekarang

    ReplyDelete
  8. Cover kumpulan hidayu x sama mcm cover fauziah latiff kini dlm cover kaset ...aku dah rasa mcm x best je cover nak tukar2..

    ReplyDelete
  9. Gila best musicianship depa.. serius!!

    ReplyDelete
  10. ...Pernah tengok band nih main live dorang cover album Ride The Lightning...Memang best! Tapi bila dengar album debut dorang semua skill tadi hilang especially pada vocal...Sayang bila terpaksa ikut kehendak rekod company...

    ReplyDelete
  11. Jap..yang mana satu vokalisnya ni bro..ajoi ke tajul..habis siapa yg nyanyi lagu impian lain warna atau walaupun sangsi dan taman kenangan..

    ReplyDelete