Thursday 21 July 2016

Joe Satriani - The Extremist (1992)




Antara album gitar instrumental paling di gemari,dan album ini la yang buat aku kenal siapa itu Joe Satriani selain Yngwie Malmsteen.cd ni merupakan kali kedua di beli tapi versi remastered.cd yang dulu entah siapa pinjam sampai sekarang tak di pulangkan balik.
Ok sebut pasal gitar hero,antara gitar hero kegemaran aku ialah Yngwie Malmsteen,Jeff Hanneman (Slayer) Kirk Hammett (solo2 dalam album terawal Metallica aku suka) Eric Johnson,Vinnie Moore dan juga Joe Satriani ini.












Pada yang taktau,Steve Vai,Kirk Hammett dan Alex Skolnick (Testament) pernah berguru dengan Joe Satriani ini.gelaran 'guitar virtuoso' memang sesuai la dengan beliau.ramai lagi pemain gitar hebat yang pernah berguru dengan beliau dan menjadi pemain gitar hebat.Joe Satriani juga pernah menjadi 'bidan terjun' menggantikan Ritchie Blackmore yang pada ketika itu meninggalkan Deep Purple ketika tour di Jepun pada tahun 1993.kira banyak jugak la jasa beliau dalam dunia muzik.dan yang terkini beliau menyertai supergroup 'Chickenfoot' yang di anggotai oleh Sammy Hagar (ex Van Halen) Chad Smith (Red Hot Chili Peppers) dan  Michael Anthony (ex Van Halen)





Berbalik pada album ini,walaupun kesemua lagu dalam album ini instrumental,JS bijak dalam memainkan peranan sebagai pemain gitar.lagu2nya semua ada pelbagai mood.lagu dengan mood sedih ialah 'Cryin' lagu gembira 'Summer Song' ( lagu ni ramai dj radio era 90an guna untuk di jadikan lagu latar) lagu untuk kawan2 'Friends' mid tempo tapi best kalau dengar sambil melepak dengan kawan2.lagu sedih lagi dengan bunyi gitar akustik yang mendayu dalam 'Tears In The Rain' dan lagu sedih,marah,geram,sakit hati dalam 'War'.kesemua solo2 dalam setiap lagu memang mengikut mood lagu tersebut.kalau sedih memang mendayu2 solonya.kalau gembira solonya juga bergembira jugak..heheh..Joe Satriani menggunakan gitar signature series beliau berjenama Ibanez.







Kepada anda yang meminati pemain gitar solo ataupun yang meminati bunyi bunyian gitar tanpa vokal,boleh dengar album Joe Satriani The Extremist ini.dengar ketika pemanduan jarak jauh pun best.takda la mengantuk.

8 comments:

  1. aku tahu nama dia saja, tak perna dgr pun muziknya, nanti aku cuba2 dgr di utube..

    ReplyDelete
  2. Saya suka dengar lagu2 JS bila memandu..Adrenalin drive!

    ReplyDelete
  3. aku kenal JS zaman dia dah botak :)

    ReplyDelete
  4. Joe satriani.. mula2 dgr dlu igtkn org melayu punye nama..

    ReplyDelete
  5. Aku tau joe satriani masa berkawan dengan geng2 gitaris zaman belajar dulu...masa tu album flying in the blue dream baru keluar...dorang gila2 prektis nak jadi macam satriani...aku jer yang jari bangku...

    ReplyDelete
  6. aku fully recommend album ini kepada sesiapa yang baru nak mengenal siapa itu joe wings.. ops silap, joe satriani yang sebenarnya.. heheh

    ReplyDelete
  7. Paling tak boleh lupa dekni, 90an dulu Ritchie Blackmore main giler, Deep Purple dah nak kena tour Jepun, dorang telepon JS ni, terus dia join gi Jepun ambik tempat Ritche. Kurang improvisations la kalau dengar bootlegs zaman tu, tapi... memang amazing la.
    bayangkan Deep Purple tu jam hilang Ritchie dan nak kena main di Jepun, first phone call - Joe Satriani. Dan giler tak mau tolong. DEEP purple tu.

    ReplyDelete
  8. dalam kamus aku joe satriani hanya lagu always with me always with you yg smp skrg masih melekat dikepala..

    ReplyDelete