Monday 4 July 2016

Helloween - The Time Of The Oath (1996)

Genap 20 tahun pada bulan march tempohari..




Secara peribadi,antara album Helloween era Andi Deris yang paling aku suka ialah album ini.antara album yang menarik hati peminat2 Helloween lama.stail muziknya masih mengekalkan power metal lama era 'Keeper Of The Seven Keys' dan maskot 'The Keeper' juga kembali menghiasi cover album ini dengan cincin dari album 'Master Of The Rings'.cd ni aku dapat versi cetakan jepun dengan harga 'second hand' yang agak murah juga.







Ada 14 lagu yang sebenarnya dalam album ini,hidden tracknya ialah lagu yang bertajuk 'Still I Dont Know' dan 'Take It To The Limit'.album ini juga Helloween tujukan khas untuk bekas pemain drum mereka yang telah membunuh diri iaitu Ingo Schwichtenberg.'The Time Of The Oath' merupakan 'concept album' (penceritaan di dalam lagu) berdasarkan dari kisah peramal masa depan yang terkenal di Eropah dan France yang kononnya boleh meramal masa depan dunia yang bernama Nostradamus.








lirik.ada dua bahasa inggeris dan jepun


Macam aku cakap tadi,album ni memang kembali ke akar umbi Helloween yang lama,lagu2nya yang heavy dan laju.walaupun vokalisnya bukan lagi Michael Kiske ( beliau keluar dari Helloween siap kutuk muzik heavy metal lagi..hampeh) Andi merupakan penyanyi yang tepat dan kena dengan album ke 7 Helloween ini.
Kesemua lagu2 heavy dalam album ini  best2.dari track pertama 'We Burn', 'Steel Tormentor', 'Power','Kings Will Be Kings' dan juga 'Mission Motherland' dan dua lagu power ballad yang agak hit 'Forever And One' dan juga 'If I Knew'.kerja gitar dari Michael Weikath dan Roland Grapow yang suka buat solo berharmoni dan berganti2 memantapkan lagi kesemua lagu heavy dalam album ini.




dapat free sticker pumpkin dan band member Helloween

Antara album power metal terbaik era 90an.kalau ada antara anda yang baru nak melayan power metal,boleh mulakan dengan album ini dulu.pak Deris dan rakan2 nya tak akan mengecewakan anda..heheh..

3 comments:

  1. Kan Betul jugak tu, Aku review dalam discography helloween, Kat blog Yusrina tempohari.. Hih hih
    Album ni memang Power gitu.. Huhu

    ReplyDelete
  2. Kan Betul jugak tu, Aku review dalam discography helloween, Kat blog Yusrina tempohari.. Hih hih
    Album ni memang Power gitu.. Huhu

    ReplyDelete
  3. "Forever and One (Neverland)"...syahdu!

    ReplyDelete