Thursday 28 July 2016

2 Wayang Gambar

Criminal (2016)




Mungkin sebab Kevin Costner ni dah agak tua untuk di jadikan hero ala Jason Bourne,pengarah filem ini bijak  bikin jalan cerita bagi menggambarkan watak 'hero' dari sudut yang berbeza.Criminal mengisahkan Bill Pope ( Ryan Reynolds) seorang ejen CIA yang di bunuh oleh penjahat hanya kerana Bill ni memiliki 'wormhole program' yang boleh mengawal segala senjata berbahaya di Amerika.Bill Pope tidak memecahkan rahsia program tersebut sehingga beliau mati.oleh kerana terdesak,pihak CIA terpaksa menggunakan penjenayah berbahaya iaitu Jericho Steward (Kevin Costner) menjadi bahan ujikaji dengan mengambil memori dari otak Bill Pope yang mati di bunuh untuk di letak kan di otak Jericho ini.nak tau lebih lanjut sila tonton sendiri..heheh..

Filem ini pada aku kekuatannya pada pelakon yang hebat2.ada Tommy Lee Jones,Gary Oldman,Scott Adkins,Gal Gadot dan Ryan Reynolds.lakonan Kevin Costner sebagai criminal yang 'bad ass' juga menarik.kalau anda meminati genre crime thriller,boleh la tonton filem ini.
*3/5


Ada Apa Dengan Cinta 2 (2016)




Aku pun terjebak tengok cerita ni..heheh..terus terang,yang bahagian pertama aku hanya tengok sekali lalu dan yang paling di ingati ialah 'kissing scene' kat airport tu..heheh..walaupun filem ini berkisahkan selepas 14 tahun yang berlaku pada bahagian pertama,kalau ada sesiapa yang tak pernah menonton bahagian pertama masih boleh faham jalan ceritanya,sebab si Rangga ni dah terangkan dengan terperinci kenapa dia terpaksa tinggalkan Cinta.
Apa yang menarik tentang filem ini ialah kesenian temporari yang di tonjolkan.babak antara Rangga dan Cinta berjalan di sekitar kota Jogjakarta yang terkenal dengan seni klasiknya,menyaksikan keindahan kota Jogja dari puncak bukit di waktu subuh memang romantis dan berseni.

Filem ini pada pendapat aku walaupun nampak biasa2 je tetapi seni dan kebudayaan Indonesia tetap di tonjolkan.untuk ulasan panjang tentang filem ini boleh jenguk di blog Adi Herman Di Sini
*4/5 ( kali ni ada 2 kali kissing scene..aku tengok yang tak uncensored..heheh)

10 comments:

  1. yaka.. ada kisingnya. aku tgk tak ada pun. huhu. aku beli dvd pirate ja ni, astrofist punya. sayang juga tak dapat tgk rangga and cinta bercumbuan hahahahaah.. bagi aku ceta ni best juga. rangga sudah banyak ckp sini haha

    ReplyDelete
  2. criminal aku tak berapa nak suka.. tapi kalau AADC2 tu, memang aku layan habis.. pasal suka sangat tengok wajah ayu dian sastrowardoyo tu.. fuhh!! boleh terbawak2 sampai ke dlm mimpi tidur ku.. gitu

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Dah keluar tapi astro first punya copy.aku download je.yg ada kissing scene masa kat jogja ngan new york tu..heheh

      Delete
    2. kat mana kau dowload bagi aku linknya, aku nak tgk bercumbu tu haha

      Delete
  4. Criminal pelakon sama ada yang lama dan baru memang mantap2, mau kena tengok nih..

    ReplyDelete
  5. tak tengok lg ni AADC2..aku cuma minat kat Dian tu je..dia ni art.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamu jahat kata cinta dalam filem ni haha

      Delete
  6. Oo..ada cium2 eh..yg masuk malaysia dah kena potong...haha...

    ReplyDelete