Monday, 27 July 2015

Medicine - Titian (1988) Reissue 2015





Terjumpa secara tak sengaja di terminal bas Larkin ketika aku pulang ke JB pada hari terakhir Ramadhan tempoh hari,oleh kerana ia nya rilisan semula dari NSR Records (dengar cerita banyak lagi rilisan album rock lama2 yang akan di terbitkan semula oleh NSR Records)tanpa fikir panjang aku terus ambil dan bayar.sebab album ini adalah album yang banyak mengimbau kenangan lama semasa di kampung..



Album pertama Medicine ini pertama kali aku dengar pada tahun di terbitkan pada ketika itu aku baru darjah 6.versi kaset yang di beli oleh abang aku,yang pada masa itu baru berharga RM 9.90.harga LP pada tahun 80an pun murah lagi.seperti kata Berteromber,inlay cd nya memang menggunakan kertas bermutu tinggi,bau kertas tersebut betul2 mengimbau kenangan lama.dulu dengar kaset sambil belek2 lirik kat inlay dengan bau kertasnya yang kuat tu memang priceless laa..(tapi kalau dulu ramai tangan yang pinjam sampai lunyai inlay tu bau dia pun dah takda..heheh)





Ok cerita pasal album ini pulak.album ini di terbitkan oleh Usop dan Sani dari kumpulan yang penuh seni iaitu Kopratasa.patutlah lirik2 dalam album pertama Medicine ni puitis dan berseni,sebabnya ianya di terbitkan oleh dua lagenda yang memang 'art'.lagu2 dan lirik juga kebanyakkan nya dari lagenda muzik seperti M.Nasir,JS Kevin,Nasir Jani,Siso,Azida NS dan juga Ainol Jamal Zainal (kalau tak silap beliau ni dj radio yang agak popular dulu kot?)kalau versi asal,ada dua track dalam minus one iaitu lagu 'Titian' dan 'Rimba Cinta'.dari segi soundnya memang agak puas hati,rasanya versi ini memang dah remasterd kot,sebab soundnya lemak berkrim,tiada tenggelam timbul,bunyi bass,gitar,bunyi akustik gitar dan bass drum semua secukup rasa.dah try main kat sistem hifi pun ok memang best.


lirik dengan bau 'reunion'






Lagu 'Tika Dan Saat Ini' dan 'Rimba Cinta' memang meletop pada masa tu,balik sekolah selalu nyanyi ramai2 lagu 'Tika Dan Saat Ini' tapi dengan lirik yang tungang langgang..heheh..secara peribadi lagu yang aku suka dalam album ini ialah 'Wangian Kasih Ibu' lagu ni memang rock mid tempo memang kena la pada zaman tu,lagu mengisahkan seorang anak yang ingin mengubati kesedihan ibu nya.lirik dia memang syahdu 'ibu ku..di kejauhan diriku..seakan terdengar tangis mu..tika kau sendiri..' lagu 'Titian' pun aku suka, lirik puitis dari JS Kevin, lagu 'Rentak Kehidupan' yang agak hard/heavy,dan juga lagu 'Derita Seorang Filosuf' yang ala2 Iron Maiden pun aku suka.dulu2 taktau apa makna 'Filosuf' tu..heheh..

Apa pun terima kasih kepada NSR Records sebab menerbitkan kembali album2 rock lama ini,khazanah rock negara ni tak boleh di biarkan pupus,kalau di terbitkan dalam bentuk piring hitam pun best juga.


Untuk rilisan album rock dulu2 yang lain boleh jenguk kat blog Berteromber DI SINI dan juga blog PC Kokak KAT SINI

4 comments:

  1. serius! ini aku jealous... medicine ni aku cuma ada kompilasi je kalau nak dgr lagu2 diorang

    ReplyDelete
  2. cis!..aku baru nak buat cerita pasal cd ni....heheh...tapi aku setuju la...soundnya bagus kalau nak banding dengan Doktrin Metos...

    ReplyDelete
  3. lagu band ni sedap, tapi nama band hobit

    ReplyDelete
  4. betul la kali ni punya pressing bau kertas tu ada mari la

    rasa aku pun nak beli la cd ni pulak

    ReplyDelete