Saturday, 4 July 2015

Anak - Anak Kita

Flashback saturday minggu ini agak emosional sikit.lupakan sekejap pasal hiburan..

Pada era 80an ketika aku dan adik beradik yang lain masih lagi bersekolah,kehidupan kami tidaklah mewah,tapi Alhamdulillah sentiasa murah rezeki.arwah ayah aku dulu boleh di katakan garang juga lah,kadang2 kerap juga aku,abang2,kakak dan adik di marahi adakalanya di sebat dengan tali pingang,tapi takda la kerap,sebabnya bila arwah ayah aku ni baru acah2 nak ambik tali pingang kitaorang adik beradik memang dah kecut perut dah..heheh..tapi biasanya arwah ayah aku marahnya memang tak lama,dalam 5 minit lepas tu dia ok dah.bila dah besar ni baru aku faham,dia marah tu sebenarnya kerana dia sayangkan kita..

Suatu ketika,ada kucing datang di rumah kami dengan kaki yang tempang dan badan yang penuh dengan luka2,(mungkin kena pukul atau pun bergaduh)bila melihat keadaan kucing yang macam tu,arwah mak aku terus merawatnya,membersihkan luka2 nya dan juga sapu minyak urut di kakinya yang tempang tu sehingga kucing tu sembuh seperti sedia kala,.bila dah elok arwah mak pesan kalau kucing tu nak keluar terus dari rumah tu biarkan.tapi walau dah sembuh sekali pun kucing tu tetap tinggal dengan kitaorang.bijak dan manja,bagusnya kucing ini dia tak berak dalam rumah,dia akan pegi berak jauh2..heheh..sehinggalah pada suatu petang,kucing ni kena langgar dengan kereta betul2 depan rumah aku,memang sedih la masa tu,abang dan kakak aku menangis.seminggu kitaorang adik beradik teringat2kan kucing tu sehinggakan ada kucing lain yang arwah ayah aku bawak balik pun kitaorang tak mahu bela...


Dan pada minggu ini...
Hati aku jadi tersentuh,geram dan sakit hati bila baca tentang adik yaya yang di dera sehingga patah 13 tulang dan mendapat kecacatan kekal.apa dosa budak tu di dera sehingga demikian rupa,manusia jenis apa mak tiri dan bapak dia ni?aku tengok dalam internet muka sikit punya baik bertudung semua tapi setan! budak tu memang di lahirkan normal,tapi akibat hawa nafsu syaitan mak tiri dan bapaknya yang tak guna tu menyebabkan budak ini di sah kan bongkok dan tempang kaki nya..
Kalau ikut pada aku lah,hukuman yang patut di kenakan pada mereka berdua tu ialah dera mereka balik seperti yang mereka dera budak tu sehingga mendapat kecacatan kekal.baru adil.

Binatang pun tau sayangkan anak..



Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal budaya
Canggung bangsa sendiri



7 comments:

  1. Untuk kaum melayu perkara ni dah kira selalu. Tak kira la melayu di mana sahaja. Melayu yang sememangnye Muslims.
    Cuma yang ni dapat perhatian media massa.

    Panjang umur budak tu, rasanya boleh mati dah kena bantai cam gitu.

    ReplyDelete
  2. Kesian kan....aku nak baca pun tak sampai hati...

    ReplyDelete
  3. Sedih jugak baca pasal kisah adik yaya tu. Geram pun ada, marah apatah lagi terhadap mak tiri dgn bapak dia yang mcm setan tu. Mudahan sahabat2 blogger aku semua tergolong di kalangan org2 yg soleh semuanya. Amin.

    ReplyDelete
  4. bapa mana tak sayangkan anak. tapi tulah manusia ni bukan semua sama, kesian tgk bdk tu, dapat aku bayangkan jeritanya masa mereka pukul. tak sampai hati nak tgk.. aku ada anak juga ni, kadang2 memang marah gak tapi tulah bdk2 memang lah nakal kan. apapun semoga anak2 kita selamat dunia akhirat.

    ReplyDelete