Monday 9 December 2013

Wings & Superfriends - Opera Dalam Kenangan Part 1 (1994)

Sebelum ni dah ada yang Part 2


Haritu jalan2 kat JJ,terpandangkan cd ni cuma harga 9.90..dengan pantas aku beli tanpa fikir panjang lagi.pasal versi cd part 1 memang belum ada,lagi pun aku rasa sekarang cd ni agak sukar nak dapat di pasaran dan juga untuk melengkap kan koleksi Wings aku (cuma Best Of Wings 92 versi cd je takda)
Sama macam Part 2,lagu2 dari album part 1 ni merupakan lagu2 lama dan baru dari Wings yang di nyanyikan kembali oleh artis rock terkenal di Malaysia..




Satu masalah kat album ni ialah inlay nya walaupun bukan jenis sekeping macam kebanyakan cd Malaysia sekarang ni,..lirik dia susah nak baca,sakit mata nak kena belek lama2..heheh.
Nak cerita panjang pun rasanya ramai dah tau pasal album ni,album ni mengingatkan aku sama seperti album Guns N Roses Use Your Illusion Part 1 & 2 cuma bezanya kaler dia je la..

Setlist dalam album ni :
1.On My Side - Andy Maclean (Lagu fast/heavy memang best.)
2.Dia - Hattan (lagu ni memang popular dulu,selalu keluar kat radio)
3.Rock And Roll Band - Azul (dengar cerita dia ni hampir jadi penyanyi tetap Wings,suara pun boleh tahan)
4.Taman Rashidah Utama - Ramli Sarip (versi papa rock ni agak slow sikit dari versi asal,tapi ok la,kena dengan suara serak2 basah papa rock Ramli Sarip)
5.Perhentian - Joe,Jojet,Eddie (pertama kali band member menyanyi dalam album ni)
6.Sejati - Azul (pun best,walau pun vokal Azul ni masih di bayangi oleh suara Awie)
7.Midnight Blues - Hattan
8.Serati Tak Bisa Jadi Undan - Amy Search (lagu baru dalam album ni,aku suka lagu ni,lirik dari arwah Loloq memang terbaik)
9.Peronda Jaket Biru - Sahara Yaacob (mana pegi makcik ni sekarang eh?suara dia pun boleh tahan powerful)
10.Bazooka Penaka - Yantzen Rusty Blade (kedua2 versi aku suka,)
11.Tangisan Marhain - Sahara Yaacob (aku lagi suka versi makcik Sahara ni,ala Tina Turner gitu)



Overall,baik part 1 atau part 2,dua2 best.salah satu projek album terbaik dari Wings.memang menjadi 'opera dalam kenangan' bagi semua peminat Wings..


8 comments:

  1. packaging quality album ni (dan bbrp lagi album reissue/reprint) bikin sakit hati kan?

    mungkin memang beginilah "kualiti" untuk album reissue/repirnt yg berharga RM9.90, aku rasa kalau diorang bikin packaging cantik2, collectors sanggup beli walaupun RM50+ per album

    ReplyDelete
    Replies
    1. Versi kaset aku penah beli tahun 94 pun sama jugak inlaynya..tak nampak apa

      Delete
  2. Ito ada jugak nyanyi dalam album ni ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada bro..tapi kat album part 2.. Lagu Di Tepian Gelanggang

      Delete
  3. kualiti kertasnya memang hampeh...aku tak minat sangat album ni...beli sekadar melengkapkan koleksi...dan macam aku cakap kat entri Ijau tu...sampai sekarang pun aku tak pernah bukak cdnya lagi...heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu 2-3 tahun lagi dah jadi rare boleh jual mahal2..heheh

      Delete