Tuesday, 11 June 2013

Penyakit Zaman Sekarang

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)

Peningkatan taraf hidup seiring dengan modenisasi mengubah gaya hidup rakyat Malaysia.statistik yang dikeluarkan dalam Kajian Kesihatan dan Kematian pada 2011 menunjukkan satu per tiga rakyat Malaysia gemuk atau mempunyai berat badan yang lebih, satu dari tiga mengalami kolestrol yang sangat tinggi, dan satu dari lima mengalami penyakit kencing manis.

“Empat dari 10 rakyat Malaysia berusia 30 tahun ke atas mengalami tekanan darah tinggi. Ini sangat menakutkan, lebih teruk dari negara maju,” kata Dr Yap Yee Guan, pakar kardiologis.

Pendapat aku : Walaupun kita sedang menuju ke arah negara maju,modenisasi yang mengubah gaya hidup kita sejak era 80an lagi,yang sebenarnya penyakit ni semua berpunca dari diri kita sendiri,kita yang telah mengkhianati badan kita,kita sendiri yang merosakkan kesihatan kita dan kita jugak la sendiri yang mencari penyakit tu semua.
Jangan salahkan nasi pasal anda semakin gemuk,jangan salahkan rokok jika dapat penyakit batuk kering,salahkan diri kita sendiri kerana tak kawal pemakanan dan kesihatan kita.

#Sekadar ingatan untuk diri sendiri,dan juga sahabat2 ku blogers semua.. ;)

12 comments:

  1. bagus entri ni bro, aku pun mengalami masalah yg sama...baru umur 31 dah kena tekanan darah tinggi dan high cholesterol...alhamdulillah setelah muhasabah diri sendiri, baru nak jaga makan, gua dah berhenti merokok
    lebih setahun dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah..moga sihat sepenuhnya bro

      Delete
  2. lupa letak 1 lg penyakit zmn moden - stress

    ReplyDelete
  3. Gua layan ubat anti cholesterol sejak umur 27...Saja2 berenti konon...Tergolek dog sambung balik sampai la..huhuuu

    ReplyDelete
  4. tetiba tergiang2 pulak lagu Blues Gang Sakit Sakit Sakit....

    ReplyDelete
  5. aku salah seorang pesakit zaman sekarang.... aduiiii

    ReplyDelete
  6. Hehe..sabar bro..tu semua dugaan dariNya..

    ReplyDelete
  7. "yang sebenarnya penyakit ni semua berpunca dari diri kita sendiri,kita yang telah mengkhianati badan kita"

    betul tu, kitalah yang mengkhianati badan kita sedangkan badan ini bukan kita yang punya..

    ReplyDelete
  8. Betul tu. Kita sendiri yang mengkhianati badan kita sendiri. Satu lagi penyakit nak kena buh dalam list - GHOUT hahaha!

    ReplyDelete