.
.
.
.
.
Seperti yang di infokan oleh encik Berteromber,harini pulak masalah jerebu yang teruk melanda hampir ke seluruh pelusuk negara.paling teruk di Johor dan Singapura.indeks pencemaran udara akibat jerebu semakin kritikal,dan telah merebak hingga ke Muar dan Melaka..
keadaan di Muar |
Dalam keadaan sekarang dengan cuaca panas,berkabus,dengan bau asap lagi,dengan tahap pencemaran udara yang semakin kritikal,memang tak mustahil masalah kesihatan akan berlaku.
indeks API semalam |
Apa yang aku nak cakapkan ialah :
-Kalau tak silap aku ni ntah kali yang keberapa pihak Indonesia ni keja membakar hutan,tiap kali mereka bakar hutan,tiap kali tu juga lah Malaysia dan Singapura di landa jerebu,tapi jerebu kali ni yang paling teruk.
-Macam yang bro deaf cakap,Indonesia punya respon mengatakan Singapore ni macam budak kecik sebab komplen pasal jerebu.ni bukan macam budak kecik ke tak,masalahnya kesihatan orang la beb,kalau dah semua penduduk Singapura dan Johor nya sakit atau ada yang meninggal dunia,korang boleh ganti ke nyawa diorang?
-Pembakaran ni di katakan kat kawasan ladang,dan ladang2 di Indonesia kebanyakkannya kepunyaan 'orang2 besar' kat sana.so,takda siapa yang berani ambil tindakkan kat 'orang2 besar' ni ye tak?juga di katakan syarikat perladangan dari Malaysia juga bertanggungjawab dalam hal ni.kalau betul,di minta pihak yang berwajib memantau dan siasat perkara ni.
-Takda kesedaran sivik,takda sikap perikemanusiaan pada 'mereka' ni.mana perginya nilai2 kemanusiaan dalam diri 'mereka' ni?.cuba fikir kalau benda ni berlaku kat anak cucu mereka.
-Aku harap lepas ni takda la lagi kejadian macam ni berulang lagi,tolonglah,dah berapa kali korang buat silap lepas tu minta maaf?kalau sekali takpa la,ni dah berkali2.
-Pihak WHO tak boleh saman ke diorang ni?saman di bawah akta pencemaran udara.dah berapa kali berlaku jerebu ni,tapi WHO buat taktau je.
-Yang paling kesian kat anak2 kecil,mereka yang menghidap asma dan juga ibu2 mengandung tu.kesihatan mereka juga pasti terjejas akibat jerebu yang teruk ni.
Pada penduduk Johor dan Singapura,dan juga penduduk kawasan lain yang di landa jerebu,harap bersabar.hentikan segala aktiviti di luar rumah buat sementara ni.jaga lah kesihatan masing2 dan banyakkan minum air mineral.
aku duduk kat banting, orang kampung kat sini suka buat pembakaran terbuka utk tujuan pertanian kot. entah laaa,jiran sebelah rumah aku ni dalam keadaan tengah jerebu kuat kat banting , dia selamber je pegi bakar sampah petang-petang setiap hari.nak tegur kang, takut bertumbuk pulak, dah la wife aku tengah pregnant. hahaha serba salah.
ReplyDeleteTu la bro..kalo di tegur di katanya kita ni pandai2 pulak ya tak?tapi diorang ni langsung takda kesedaran n perikemanusiaan.sabar la bro..yg penting kesihatan wife ko tu..
DeleteJB pagi ni masih teruk....aku bau asap tu yang aku tak tahan...rasa sesak napas...nasib banyak juga sekolah yang tutup...termasuk tadika anak aku...
ReplyDeleteSimpati bro..kesian kat anak2..kita yg dah besar ni pun hidu asap tu pun tak tahan,apa lagi budak2.
DeleteSama jugak kat tempat aku ni bro Metal Brain Asylum, kpg bini kat sini kalau waktu petang ajer dah jadi pesta asap, org kampung suka sangat buat pembakaran terbuka, nak bersih halaman rumah katanya. Bersih tu x salah tapi ingat lah sikit, masa ni masalah jerebu dah peringkat kronik, jgn lah mengeruhkan lagi keadaan. Kesian kat budak2, org2 tua dan ibu mengandung.
ReplyDeleteSusah nak cakap la adi..kementerian kesihatan pun senyap je takda kuar apa2 statement.diorang mcm buat tak tau je..
Deletebab kerajaan ni aku tak berani komen.. semua ada sebeb sendiri... SERBA SALAH..apapun singapore juga selamber kritik Indonesia
ReplyDeleteSemua affected, tourism, ekonomi, kesihatan, kebahagian, mental pun jadi stress...
ReplyDeleteIndon nye menteri yg cskap tu... menunjukkan tahap minda indon sendiri..
Menteri dah lemah mental, rakyat apa lagi.
Aku rasa betul2 pangkat tinggi berpendidikan takkan cakkap gitu
Betul tu bro deaf..statement dia ibarat melepaskan batuk di tangga je
DeleteAnyway masalah air lembah kelang kena sentiasa jaga2 beb.
ReplyDeleteAku sentiasa pastikan balik kl, air2 minum semua stanby berapa tong yg lima liter tu, just in case takde air, nak minum, basuh muka, toilet atau wuduk
betul tu bro... aku dah simpan ber-botol2 tong 5 liter tu kat bawah katil :)
DeleteBawah katil eh..hehe..memang skang ni aku stand by air satu tong besar dalam bilik air..kerap sangat masalah air kat kl ni
Deleteburung pun boleh mati sebab jerubu ni... manusia berapa lama boleh tahan?
ReplyDeletebetul betul...gamba burung merpati mati berkumpulan tu pada aku memang sadis... sebab aku rasa burung merpati haiwan yg comel.hahaha
DeleteSenang je caranye...yang mne kepala batu tu...suruh bakar sampah kat dalam rumah dia...baru dia taw....kalau melenting juga sumbat sampah2 tu kat dalam mulut....dah taw jerebu lagi nk bakar sampah...akai takda....
ReplyDelete