Saturday 27 October 2012

Ramli Sarip - Ruh Zaman (2005) Versi Kaset

Rasanya belum terlewat lagi aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada rakan2 blog,pengunjung setia,pembaca setia blog aku(kalau ada)dan juga mereka yang pernah tersesat kat blog merapu aku ni..hehe..oleh kerana raya ni aku tak dapat cuti,terpaksa la batalkan plan aku yang kononnya nak gi Legoland cuti ni..hehe..(and yes,aku memang anak jati Johor,mencari rezeki kat KL ni)apa pun,moga kita semua mendapat keberkatan aidil adha pada hari ini..

Ok,sapa yang tak kenal dengan papa rock ni kan,ni antara albumnya yang aku ada..
Album ni sebenarnya aku ada yang versi CD,masih lagi ada di simpan kat rumah JB.kaset ni sebenarnya pemberian housemate aku pada tahun 2010 yang lalu.kerana beliau telah berpindah tempat kerja kat Ipoh. kaset player beliau pun dah rosak,dia bagi kaset ni kat aku katanya hadiah kenangan..hehe..album ni di datangkan dengan double kaset.
Condition kaset pun masih ok lagi.lum bercendawan lagi.album ni menampilkan lagu2 papa rock ni sepanjang 35 tahun penglibatan beliau dalam seni muzik di Malaysia/Singapura.lagu2 yang ada dalam album ni pun memang lagu sejak beliau dari Sweet Charity sehinggalah lagu2 dari album2 solo beliau.kesemua lagunya memang boleh di katakan lagu2 klasik yang biasa kita dengar.
         bahasa papa rock ni pun puitis jugak.aku suka baca quote kat dalam ni

Antara lagu2 dalam ni ada yang di rakamkan semula seperti lagu 'Kita Insan Biasa' duet bersama penyanyi Shima dengan penampilan khas Aji gitaris dari band Soul Journey.lagu 'Syair Laila Majnun' duet bersama Jamal Abdillah,Doa Buat Kekasih,(rakaman baru,masih duet dengan Khatijah Ibrahim),Senandung Hidup Berbudi duet bersama Jay Jay,Ku Miliki Bayanganmu duet dengan Francesca Peter,Bersenda & Sama-sama Merasa medley duet dengan Kopratasa,Lagu Zaman bersama Tan Sri Dato S.M Salim, dan Semangat Lamina bersama Lefthanded.pelbagai genre ada dalam ni,dari rock(lagu2 Sweet Charity)hinggalah ke irama melayu klasik.suara papa rock ni jangan cakaplah,memang maintain je sejak dari dulu lagi dengan trademark 'serak basah' tu.
                     senarai lagu dalam album ni

Album ni patut di miliki sekiranya anda memang peminat Sweet Charity/Ramli Sarip,atau yang tak pernah dengar langsung lagu2 dari nyanyian papa rock ni.cuba2 lah layan.lagu feberet : Sejuta Wajah,Batu,Jikalau Berkasih,dan Berita Gempa.Papa Rock the legend..

7 comments:

  1. Wajib dimiliki oleh semua rockers ni!aku pun ada versi cd album ni...insyaAllah kalo ada masa,aku akan buat review psl cd ni jugak nanti hehe...

    ReplyDelete
  2. hehe..aik?tak tido lagi bro?

    ReplyDelete
  3. Sound yang kaset punya lebih warm. Tu yang menariknya tentang kaset, tapi bab fungus tu kelemahannya pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..masalah fungus je yg takleh nak handle tu..hehe

      Delete
  4. he's damn fuckin good baik solo, fronting sweet charity atau fronting band campur2.
    Giler best studio atau live.
    Siot, umur gini tapi headbanging jalan terus siak.
    Dan....
    kat masjid saf depan, takde langsung rock star, hanya seorang jemaah sembahyang waktu ramai2.
    Tapi lepas sembahyang budak2 rebut2 nak ambik gambo ngan dia haha.
    i really like him..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau rockers lain ikut contoh macam dia pun bagus kan takda nak macam rock star pun..down to earth je.

      Delete