Tuesday, 9 October 2012

Metallica Fan Can - Live At Copenhagen 2009

Dah lama beli dvd ni yang sebenarnya,cuma baru tadi teringat dvd ni tersimpan lama dalam rak dvd aku.konsert ni di rakamkan kat Copenhagen Denmark,tempat di mana lahirnya Lars Ulrich.konsert yang berlangsung selama 5 malam ni pada tahun 2009,sempena jelajah 'World Magnetic Tour' dari album paling hit mereka yang telah kembali ke heavy metal kental iaitu 'Death Magnetic'.
 Versi ori,bukan versi lanun tau..hehe..tapi packaging dia macam dvd lanun lak..
 Ada 2 dvd set kat dalam ni.

Disc 1 :
Metallica memainkan sebanyak 19 lagu pada malam 27 july 2009.apa yang best dalam setlist mereka ni buat pertama kalinya mereka memainkan lagu instrumental 'Suicide And Redemption'.sebagai lagu special untuk crowd Copenhagen.Hetfield buat lawak cakap tajuk lagu ni  'Suicidal Tendencies' (band lama Rob Trujillo).selain lagu2 dari album Death Magnetic yang mereka mainkan,ada juga lagu yang amat jarang di mainkan live macam lagu 'No Leaf Clover' dan lagu 'Dyers Eve'.apa yang istimewanya konsert ni ialah,ia bukan di rakamkan oleh krew2 Metallica,sebaliknya Metallica telah mengambil peminat kelab mereka untuk memberi peluang peminat2 ni merakamkan video live mereka ni.footage dalam konsert ni pun memang keseluruhannya di rakamkan oleh ahli kelab Metallica tanpa di edit.sebab tu ada yang nampak agak 'kureng' sikit.walaupun ada kekurangan,tapi hasilnya memang bagus jugak lah.
                           setlist dalam dvd ni


Disc 2 :
Bonus songs dan bonus footage.
Yang ni pun best,Metallica memainkan lagu instrumental yang selalu di gunakan sebelum show mereka,yang mereka gunakan sebagai muzik tema mereka iaitu 'The Ecstasy Of Gold' lagu tema dari filem koboi  lama lakonan Clint Eastwood yang bertajuk "The Good,The Bad And The Ugly".Metallica juga pernah merakamkan lagu ni untuk tribute bagi pencipta asal lagu ni Ennio Morricone dalam album "We All Love Ennio Morricone".
Lagu lain dalam bonus songs ni,'My Apocalypse', 'Disposable Heroes', 'The Judas Kiss', 'All Nightmare Long' dan 'Trapped Under Ice'.
Bonus footage pulak cerita pasal belakang tabir untuk pembikinan konsert ni,perbincangan dan penerangan dari ketua krew Metallica untuk ahli kelab peminat ni,cara2 macam mana nak record sewaktu konsert,memilih sudut2 yang menarik untuk record,rakaman di celah2 penonton,penerangan macam mana nak rakam setiap anggota Metallica sewaktu konsert dan mereka juga di ajar cara2 menggunakan kamera HD yang canggih tu.selain dari tu ada jugak la tunjuk Metallica tengah rehearsal kat tuning room,lepas tu Lars tunjuk rumah lama dia yang mana dia di lahirkan dalam rumah tu,tempat2 dia selalu melepak masa zaman kanak2 dia.
Dvd ni memang best sama best dengan solo2 Kirk Hammett dalam konsert ni..hehe


4 comments:

  1. macam menarik ni...kena cari versi sedut...heheh...

    ReplyDelete
  2. aku nak cakap dua benda
    1) Steve harris lepas malam pertama rakaman Maiden England kat Birmingham 1988, dia tengok footage drummer Nicko, dia cakap tak kesahla tu professional kameraman pun, tapi kalo ambik peminat rakam, mesti peminat tu tahu apa yang nak dirakam kan. Bukan nak art-art gitu.
    2) aku tak paham,aku pergi kedai2 muzik, aku tengok dvd2 jual, ada ialah bootlegs of bootlegs la, tapi tetap ada sijil rasmi kerajaan gitu. Jadi, maknanya dvd2 ni dihalalkan kerajaan, tapi band2 tu sendiri, satu sen tak dapat dan tak tahu

    ReplyDelete
  3. Yg no.2 tu memang jadi persoalan jugak..sebab baru2 ni ada beli dvd the big four,tapi ada 1 dvd je.sepatutnya ada 2 disc,pastu cover pulak cover rojak,tak sama dengan original boxset big four,tapi sijil "halal" tu ada pulak,tu yg pelik..dvd pun mcm pirate je

    ReplyDelete