Monday, 29 October 2012

John Lennon - Gimme Some Truth Dvd

Dah lama beli dvd ni yang sebenarnya,di beli pada tahun 2009 kat Holiday Plaza JB.kalau dah nama Holiday Plaza la kan,biasalah,'lanun' pressing..hehe..Gimme Some Truth ni dokumentari rakaman album solo John Lennon yang paling terbaik dalam sejarah muzik selepas era The Beatles tak lain dan tak bukan album 'Imagine' dan jugak tersenarai dalam majalah Rolling Stone antara '500 greatest album of all time'.lagu Imagine yang bertemakan 'world peace' juga menjadi lagu klasik sepanjang zaman.bagi peminat tegar The Beatles,sapa yang tak kenal John Lennon ni kan?beliau juga boleh di katakan lagenda selepas Elvis Presley.
lanun pressing rm 6.(kalau mtv ke dvd konsert, kat holiday plaza jual rm6.)
 Dokumentari ni telah di tayangkan di US pada tahun 1972(aku pun belum lahir lagi)pengkritik kat US kata 'the most expensive home movie of all time' kerana segala perancangan dari penulisan lagu,idea dan demo lagu2 ni semua di buat di kawasan kediaman mewah John Lennon dan Yoko Ono di Tittenhurst Park,New York.ada jugak la beberapa selebriti terlibat dalam filem ni,ada George Harrison(The Beatles),Andi Warhol,Jack Palance dan Dick Cavett.antara lagu yang ada dalam dvd ni :
1.Imagine
2.Crippled Inside
3.Oh Yoko!
4.Jealous Guy
5.Its So Hard
6.I Dont Wanna Be A Soldier Mama
7.Gimme Some Truth
8.Oh My Love
9.How Do You Sleep
10.How?
11.Imagine (original)
12.Film Credit

Walaupun lagu2,pra produksi,idea perbincangan,susunan muzik dan segala hal dalam studio ni semua di buat oleh John Lennon dan producernya,tetapi kuasa veto sebenar terletak di tangan Yoko Ono.(juga menjadi pengurus bagi John Lennon)aku pun pelik John Lennon ni boleh ikut je telunjuk Yoko Ono ni.sebab tu la ramai yang cakap The Beatles hancus pasal dia la ni eh?.
Apa pun pasal Yoko Ono tu tolak tepi,layan dokumentari ni memang best.dapat tengok macam mana John Lennon ni buat lagu sambil main piano.lagu feberet aku selain 'Imagine' sudah tentunya 'Jealous Guy'..hehe..
Bagi peminat The Beatles/John Lennon atau bukan peminat pun boleh layan dokumentari ni.memang best.

*Pihak EMI pada mulanya ingin menjadikan lagu Oh Yoko! tu sebagai single,tapi di tolak oleh John Lennon alasannya kerana terlalu 'pop'(aku rasa ni pun pasal Yoko jugak yang tak bagi kot..)
 

6 comments:

  1. Wajib tonton buat peminat rock n roll....come on man,hanya budak alaf baru saja yg xkenal john lennon haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..betul tu bro.budak alaf baru kenal kpop je..haha

      Delete
  2. lejennnnnnn..... lagu lagu dia selepas Beatles banyak berunsur keamanan....

    ReplyDelete
  3. 1st tau pasal dia masa berita dia kena tembak kecoh keluar kat tv,radio dan suratkobo...lupa dah masa tu aku darjah berapa....

    beberapa tahun lepas tu baru tau...Imagine tu lagu John lennon...

    ReplyDelete
  4. beatles aku paling suka yang revolver ngan rubber soul ke hapa tu nye albums start sampai abis. Giler babi best ko try carik yang latest remastered repackaged tu. Tiap2 lagu.

    ReplyDelete