Tuesday 2 October 2012

Bad Company LP (1974)

Album ni telah di riliskan pada 26 Jun 1974.berpuluh tahun dah.memang kategori klasik rock ni.kalau tak kerana arwah ayah aku dan pakcik aku layan Bad Company ni dulu,memang aku tak tau yang ni band klasik rock terbaik sepanjang zaman.(arwah ayah aku dan pakcik aku memang minat Bad Company,Pink Floyd dan King Crimson).album ni jugak berjaya berada di no.1 carta Billboard di US,dengan jualan 5 juta unit dan berada ni ranking ke 46 'best selling album of the 70s'.majalah Kerrang jugak pernah menyenaraikan album ni antara album terbaik sepanjang zaman.
 Band Bad Company ni sebenarnya terbahagi kepada 2 era.original Bad Company era Paul Rodgers (1973 - 1982)dan era Brian Howe (1986 - 1994) yang popular dengan lagu 'If You Needed Somebody'.tu pun kalau tak silap lagu tu je yang hit kot?..tapi era Paul Rodgers ni lagu2 dia pun kira paling best dan betul2 klasik la.lagu 'Rocksteady' dan lagu 'Ready For Love' tu pun selalu jugak aku dengar kat radio.selain dari tu,lagu 'Cant Get Enough' dan 'Bad Company' pun best.line up dalam album ni :
Boz Burrel -Bass (ex- King Crimson)
Simon Kirke - Drum
Mick Ralphs - Gitar
Paul Rodgers - Vokal,Gitar


LP ni aku beli cuma rm 10 je kat Plaza Seni JB.ada satu kedai apek cina tu jual barang2 antik.Laser Disk pun ada jual kat kedai tu (bro berteromber mesti tau kedai ni)kedai dia memang banyak LP.kebanyakannya LP lagu pop cina 80an..hehe..nak kena rajin selongkar kat kotak dia tu,kalau bernasib baik jumpa la LP yang best2 kat situ.apek tu tak tau betapa klasiknya Bad Company ni,aku ingat kalau dia tau mesti dia jual mahal punya..hehe
Kepada sesiapa yang nak tau muzik klasik rock tu macam mana,boleh dengar Bad Company ni,atau dedikasikan lagu 'Ready For Love' tu untuk awek yang korang dah suka..hehe..

5 comments:

  1. dulu selalu g Plaza Seni sbb ada kedai Fadzil Muzik Box..

    ReplyDelete
  2. cis...kenapa time aku selongkar balik2 lagu cina ajer...

    ReplyDelete
  3. Pc kokak : dah takda lagikan kedai tu?

    berteromber : hehe..nak kena rajin usya seluruh kedai tu..apek tu dia memang letak lp di bersepah2

    ReplyDelete
  4. if you needed somebody eh... dulu budak2 dulu memang pop hit lagu ni ye, memanjang kat radio

    ReplyDelete
  5. memang lagu berhantu tu..era Brian Howe,time tu baru ramai minat Bad Company rasa nya..

    ReplyDelete