Thursday 25 October 2012

007 Yang Ke 50 Tahun

Sempena ulang tahun yang ke 50 James Bond dan juga filem ke 22 James Bond yang berjudul 'Skyfall' yang akan di tayangkan 1 November ni,teringat nak buat entri pasal Jebon ni.baru2 ni syarikat perfileman MGM (yang menerbitkan francais filem2 James Bond ni)telah meriliskan boxset Blu Ray koleksi James Bond dengan title nya 'Bond 50'.
Aku mula mengenali James Bond ni masa aku bebudak dulu sewaktu Roger Moore memegang watak ni dalam filem 'A View To A Kill' yang lagu tema dia di nyanyikan oleh Duran Duran tu.selepas tu Dimothy Dalton,masa filem 'The Living Daylights' tengah meletup,aku sampai menangis2 ajak arwah ayah aku nak tengok James Bond..hehe..satunya yang buat aku teruja pasal gadget2 yang canggih tu,lepas tu kereta dalam movie tu siap ada torpedo,machine gun,kereta kena tembak takda apa2 pun.sampai aku berangan bila dah besar nanti nak beli keta macam kereta James Bond tu..hehe..

Lepas tu bila aku dah mula pandai cari duit sendiri,aku ada jugak la kumpul tape VHS James Bond.(masa tu belum wujud lagi vcd player ngan dvd player)kebanyakkannya,biasa lah,kalau dah ada yang meminjam tu biasa nya memang terus buat harta laa..tak reti nak pulangkan semula.(sesapa pun memang pernah mengalami situasi begini).secara peribadi,aku lebih meminati Pierce Brosnan memegang watak James Bond ni,beliau ni memang memiliki pakej lengkap la..hensem,charming,pompuan pun mudah cair ngan renungan dia..hehe..tapi kalau dari segi aksi,aku rasa tak berapa kena sangat.kalau Daniel Craig memang kena.Bond baru lakonan Daniel Craig ni pun aku suka jugak,kerana Bond yang ni takda rasa belas kasihan dan agresif.mungkin juga pihak penerbitan francais Bond ni ingin melakukan perubahan.tengok la lakonan beliau dalam 'Casino Royale',bila dia nak bunuh,dia terus bunuh je takda banyak cakap.
'Casino Royale' dah banyak kali aku tonton tanpa jemu berbanding filemnya selepas tu iaitu 'Quantum Of Solace' yang pada aku agak boring sikit.
Ni antara senarai filem2 Bond yang mana mencecah boxoffice dan jumlah kutipan tiket tertinggi dan terendah selama 50 tahun ikon perisik ni menguasai layar perak.

Dan jangan lupa jugak yang ni,perisik melayu terkenal di pawagam Malaysia/Singapura pada tahun 60an dahulu..tau sapa?ni haa dia..hehe..
                                    filem Gerak Kilat (1966)

9 comments:

  1. Sayang betul filem Jefri Zain ni tak dibuat francais mcm Bond...lakonan Dato Jins Samsudin dlm filem ni pun memang kena jugak,klasik dan ada kelas tersendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yu..betul tu bro.nanti nak cari la vcd dia.haritu ada perasan kat music valley..

      Delete
  2. patot Jefri Zain ada movie. remakeeeeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni sean connery versi melayu punya dayteenlea..hehe

      Delete
  3. tak silap aku Jefri Zain ada 3 movie...Gerak Kilat (1966),Bayangan Ajal (1968)dan Jurang Bahaya (1968)...sayang ianya tak disambung...

    tapi jangan lupa filem Nora Zain - Agen Wanita 001...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang aku ingat movie bayangan ajal je,ada scene jins samsudin kiss patung tu,tapi rupa2nya dia ambik rokok dalam mulut patung tu..hehe

      yep..Nora Zain double o one..hehe

      Delete
  4. Jefri Din... eh salah... Jefri Zain Rules!

    ReplyDelete