Saturday, 4 February 2012

Maulidur Rasul

Saban tahun umat Islam menyambut tarikh keramat ini. Kelahiran yang membawa berjuta rahmat untuk sekalian alam.tanggal 12 Rabiulawal kalendar hijriah laungan selawat pasti kedengaran.dan hanya sehari lagi kita akan menyambut hari keramat ini..

Betapa indahnya lantunan itu, namun timbul persoalan kenapa ia semakin pudar ditelan arus kemodenan? Wahai generasi baru pemangkin masyarakat kini, ayuh bangkitlah kenalilah siapakah kekasih ALLAH ini. Salamun alaika ya Rasulullah..!!
 ‘Selagi hayat dikandung badan,’ antara ungkapan menerjah cuping telinga dan jelas membawa maksud begitu mendalam kerana roda putaran kehidupan manusia akan terus berputar selagi mana masih ada hayat atau nyawa.
Putaran itu membawa seribu satu memori, kenangan yang dikenali sebagai sejarah dan seribu satu iktibar dikenali dengan pedoman.setiap sejarah dihasilkan dipadu pada satu tarikh diperingati umpama tugu peringatan. justeru, Maulidur Rasul juga mempunyai sejarah dan iktibar menjadikan ia begitu signifikan.sebagai seorang Muslim, catatan diari dalam kehidupan kita sudah pasti berpaksikan kepada sejauh mana kefahaman kita terhadap ALLAH, Rasul dan Islam.tiga perkara tersebut pasti memandu untuk kita hidup bahagia di dunia dan akhirat.Maulidur Rasul bukan ciptaan baru, namun sebenarnya suatu usaha murni boleh memberikan kesan positif jika digunakan dengan tujuan dan cara yang betul.
 Maulid pula berasal daripada perkataan Arab bermaksud tarikh kelahiran. Maulidur Rasul bermakna tarikh kelahiran Rasulullah. walaupun para ulama berbeza pendapat dalam penentuan tarikh kelahiran Baginda, namun penting di sini ialah dipilih satu tarikh yang boleh disambut masyarakat Islam.Ihtifal Maulid bermaksud suatu sambutan secara besar-besaran pada satu tarikh yang dianggap penting iaitu tarikh kelahiran Rasulullah dengan bertujuan mendapatkan manfaat dan kebaikan daripada perhimpunan tersebut.
 Maulidur Rasul sebenarnya bertujuan mengembalikan dan memugar semula perasaan mencintai Islam yang dibawa Rasulullah, seterusnya membulatkan pengabdian diri kepada TUHAN semesta alam, ALLAH.
antara tujuan yang hendak dicapai ialah; mencintai ALLAH dan Rasul-NYA, menjadikan Islam sebagai cara hidup dan memahami peranan sebagai Khalifah.apabila tujuan ini berjaya dicapai maka harapan untuk membentuk dan melahirkan remaja Islam yang menjadi penerus kepada tugas Rasulullah dapat direalisasikan.kecintaan kepada ALLAH datang dalam bentuk pakej yang lengkap. apakah pakej tersebut? hayatilah firman-NYA yang bermaksud:


“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi ALLAH maka ikutlah AKU nescaya ALLAH mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu”. (Surah Ali ‘Imran ayat 31),”


Tarikh hanyalah angka yang tiada sebarang keistimewaan namun jika diselitkan memori dan pedoman ia mampu menjadi tarikh keramat. Rasulullah.. dirimu sentiasa di hati dan Maulidmu pemugar kealpaan diri.Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat pembaca2 blog ni yang beragama islam..semoga kita semua di rahmati Allah selalu..

No comments:

Post a Comment