Sunday, 5 February 2012

Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain

"Membongkar kewujudan dan rahsia sebenar pejuang agung" ialah tagline buku ni...buku ni pun baru je aku beli 2 hari lepas,dan belum abes baca pun..pasal bz ngan keja,bila time nak tido je aku baca dan kadang2 tu terus terlelap..menyingkap segala rahsia siapakah sebenarnya pejuang agung ini yang pernah hampir menakluki dunia ini..
Tentu korang suma mesti tertanya2,benarkah Raja Iskandar atau Alexander The Great bukan Zulqarnain?siapa sebenarnya individu yang sesuai di gelar Zulqarnain berdasarkan ciri2 yang di tunjukkan  oleh Al Quran?bagaiamanakah kisah sebenar pembinaan tembok penghalang bagi Yakjuj dan Makjuj oleh Zulqarnain?apa kaitan Raja Namrud,Raja Sulaiman dan Raja Bukhtanasar dengan Zulqanain?siapa pula Raja Kurush?apa kaitan nya dengan Zulqarnain?

Sejak sekian lama,kita mempercayai Iskandar Zulqarnain adalah individu hebat dalam sejarah.beliaulah yang di gelar Alexander The Great.namun tahukah korang,sebenarnya Raja Iskandar atau Alexander ni tidak sesuai di sandarkan gelaran  Zulqarnain,satu gelaran yang diberikan oleh Al Quran.bahkan ada tokoh lain yang lebih sesuai dan layak di sandarkan dengan gelaran itu.berbekalkan kajian mendalam melibatkan pandangan dan kajian tokoh2 agama,pakar sejarah dan para intelektual,buku ini memuatkan perbincangan lengkap disertai dengan hujah2 bernas bagi menjelaskan tokoh yang paling sesuai disandarkan dengan gelaran Zulqarnain.selain di ceritakan secara terperinci di dalam buku ni.terdapat juga gambar2 menarik di dalam buku ni..
                                            gambar2 yang terdapat dalam buku ni
 
juga di ceritakan kawasan2 yang pernah di takluk oleh pejuang agung ini.catatan sejarah menunjukkan terdapat sekurang2nya 16 bandar yang berjaya di takluki oleh Alexander/Zulqarnain dari Macedonia dan di namakan sebagai Alexanderia sempena nama beliau.bandar2 ni di katakan secara fizikal menyerupai bandar2 yang terdapat di kota Yunani seperti adanya tempat mandian awam,taman2 bunga,bangunan pentadbiran dan pasar.
                                            kawasan yang penah di takluk oleh beliau

Alexanderia yang terletak di Mesir  adalah bandar yang paling terkenal sebagai pusat perdagangan,pentadbiran dan penyebaran ilmu.empayar yang di bina oleh Alexander ni berakhir apabila dinasti Ptolemaic di Mesir di kalahkan oleh tentera Rom pada tahun 30 sebelum Masihi.


pada keseluruhan nya,buku ni bersifat informatif kerana bersandarkan pada sumber2 rujukan yang di tulis oleh para ilmuan barat dan islam.selain menggunakan kaedah kajian perpustakaan,buku ni juga menggunakan kaedah temu bual dengan para ilmuan yang mengkhusus dalam bidang sejarah islam bagi mendapatkan himpunan perspektif yang pelbagai untuk pembaca buku ni.juga di sertai dengan hujah2 bernas bagi menjelaskan tokoh yang paling sesuai di sandarkan dengan gelaran Zulqarnain.
aku tak boleh nak cerita panjang2 kat sini..tapi buku ni seharusnya di miliki kalau korang nak tau siapa sebenarnya pejuang agung ini..

Zulqarnain mengikut Al Quran :
*Bermakna : yang mempunyai dua tanduk,yang datang dari dua kurun,yang datang dari dua generasi,yang memiliki dua ufuk(timur dan barat),yang memiliki kekuatan jasmani dan rohani,yang beroleh hidayat berupa ilham dan petunjuk Ilahi.
*Namanya di sebut oleh Allah S.W.T sebanyak 3 kali dalam Surah Al-Kahfi.
*Menerima Wahyu dari Allah berupa Ilham
*Membina tembok besi bercampur tembaga bagi menghalang kemaraan Yakjuj dan Makjuj.

Kalau korang minat sejarah Islam,aku cadangkan memang korang kena baca buku ni..tak rugi punya..

"Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya":(Al-Kahfi 18:83)



1 comment: