Monday 6 February 2012

Dream Theater - The Number Of The Beast Official Live Bootleg

Cd ni sebenarnya dah lama di riliskan..sejak tahun 2005 kalau tak silap aku.akhirnya aku dapat jugak cd ni..yang di beli secara online dengan sorang mamat dari Thailand.kira murah jugak la dia jual ngan aku..dalam rm20 je.di rakamkan secara live,album ni kira tribute Dream Theater kepada idola band ni iaitu tak lain dan tak bukan band heavy metal terkenal dunia Iron Maiden.
                                                 
Di terbitkan oleh Ytsejam Records iaitu pemilik dan juga bekas pemain drum Dream Theater Mike Portnoy.memang best pemainan drum beliau dalam album ni.Dream Theater juga sebelum ni pernah cover semua lagu2 dari album Metallica "Master Of Puppets".dengan suara James Laberie yang sememangnya power.memang best diorang cover lagu2 dari album The Number Of The Beast ni..tugas solo gitar dan rhythm gitar di gantikan dengan permainan gitar John Petrucci dan permainan organ/piano dari Jordan Rudess sementara John Myung tetap bass nya bersama teknik permainan beliau yang unik.susunan lagu yang Dream Theater main kan sama dengan susunan lagu yang terdapat dalam album original Iron Maiden The Number Of The Beast.
                                             susunan lagu yang sama dengan album beast maiden


Secara peribadi,aku menyukai lagu "Children Of The Damned"."Invaders" dan "The Prisoner" dalam album cover ni..memang menarik.Dream Theater bermain dengan cara tersendiri,bukan hanya meniru bulat2 lagu2 tersebut.walaupun di rakamkan secara live bootleg,tapi muzik mereka berbunyi  padat dan penuh.Dream Theater juga pernah jadi special guest untuk konsert Iron Maiden ketika Maiden melakukan siri tour The Final Frontier jelajah Amerika pada tahun 2010 yang lalu..
kalau rasa nak layan Dream Theater mainkan lagu Iron Maiden ni macam mana..boleh layan kat youtube.
                                            Dream Theater - Invaders

No comments:

Post a Comment