Lagi cerita pasal Nirvana.filem ni arahan Gus Van Sant yang sebelum ni pernah tercalon dalam Academy Awards bagi filem Good Will Hunting(lakonan Matt Damon).filem ni mengisahkan hari2 terakhir Kurt Cobain sebelum beliau membunuh diri.watak beliau di lakonkan oleh Michael Pitt.(mamat ni jugak merupakan pemain gitar dan penyanyi dari band indie Pagoda).
Filem ni agak slow jugak jalan cerita dia.(art movie lah katakan..)nak kata filem muzikal pun bukan,takda soundtrack lagu2 Nirvana pun dalam filem ni,yang ada hanya lah lagu ciptaan Michael Pitt sendiri dalam versi akustik yang bertajuk 'Death To Birth' dan jugak lagu2 jam sesssion ciptaan beliau.watak dalam filem ni pun tak menggunakan nama sebenar,antara pelakon yang terlibat :
Michael Pitt sebagai Blake (Kurt Cobain)
Asia Argento sebagai Asia (Jennifer Hopper,ada yang kata ni watak Courtney Love yang sebenarnya)
Ricky Jay sebagai detektif (Tom Grant,beliau ni yang siasat kes Cobain ni yang mengatakan Cobain sebenarnya kena bunuh,bukan bunuh diri)
Bagi peminat tegar Nirvana,haruslah kena tonton movie ni,pada aku filem ni ok2 je lah,kalau time malam tu mata susah nak tido,boleh la layan movie ni..hehe..
2 bintang*
Dvd ni telah di riliskan pada tahun lepas,dan konsert ni telah di rakamkan pada Ogos 1991 di Paramount Theater,Seattle Washington (tempat di mana lahirnya muzik grunge atau juga di panggil 'Alternative music') ia juga sempena ulang tahun ke 20 album Nirvana 'Nevermind'.album yang paling laris jualannya dalam sejarah muzik dunia..
Versi ni sebenarnya ialah versi lanun,nampak macam original je packaging dia kan?aku baru je dapat dvd ni beberapa hari yang lalu.walaupun aku tak berapa minat sangat dengan Nirvana ni,tetapi lagu2 dalam konsert ni kebanyakkan nya lagu dari album 'Nevermind' mereka yang terkenal tu..
Band Nirvana ni jugak lah yang telah mengubah persada muzik dunia pada masa tu.sebelum wujudnya Nirvana,persada muzik dunia ketika itu di pelopori oleh muzik heavy metal.glam rock dan rap.pada tahun 1991,apabila album 'Nevermind' ni menjadi hit di seluruh dunia,telah wujud satu muzik baru yang di gelarkan 'Grunge' muzik yang seakan2 muzik punk,dengan hanya permainan gitar yang simple dan lagu yang tak sampai 5 minit,telah berjaya menarik pecinta muzik untuk layan muzik ni pulak.pada awal 90an ni jugak la berakhirnya era 'Thrash Metal' dan era 'Glam Rock' yang bertahun2 menguasai persada muzik di US dan UK.kalau tak kerana Nirvana ni,takkan wujudlah band2 alternative muzik yang lain.jikalau heavy metal ada 'The Big Four' band heavy metal terbaik sepanjang zaman seperti Anthrax,Megadeth,Slayer dan Metallica,genre Grunge ni pun ada 'The Big Four' jugak.mereka ialah Nirvana,Soundgarden,Pearl Jam dan Alice In Chains.wabak ni telah merebak hingga ke Asia termasuklah Malaysia.
Nirvana hanyalah '3 piece band' yang di anggotai oleh Kurt Cobain (gitar,vokal) Krist Novoselic (bass) dan Dave Grohl (kini terkenal bersama Foo Fighters)pemain drum.
senarai lagu2 dalam dvd konsert ni
Ketika nama Nirvana ni berada ni kemuncak persada muzik dunia,dan ketika dunia mula menggilai muzik jenis ni,Kurt Cobain telah mati membunuh diri.setelah kematian beliau,album2 Nirvana semakin laris jualannya berjuta2 unit di seluruh dunia.ini menjadikan Kurt Cobain sebagai seorang selebriti paling berpengaruh dan menjadi idola kepada pemuzik Grunge di seluruh dunia selepas John Lennon(The Beatles)
Apa pun,dvd ni memang terbaik lah,non stop Nirvana memainkan lagu2 hit mereka.Cobain pun takda nak bebual2 dengan penonton,hanya berhenti tukar gitarnya dan meneruskan lagu2 dari album klasik mereka 'Nevermind'.
Bebudak yang lahir pada awal tahun 90an,memang jadi peminat tegar Nirvana lah kan?Lagu paling hit Nirvana yang kira 'anthem' kepada muzik jenis ni sudah tentunya 'Smell Like Teen Spirit".
Sebahagian dari koleksi tshirt kegemaran aku.yang sebelah kanan tu beli kat JB,yang sebelah kiri beli secara online kat mudah.kenapa sampai 2 tshirt ni?sebabnya aku memang minat komik The Punisher,yang keduanya logo tengkoraknya tu.memang cantik dan simple,even kalau tak letak nama The Punisher pun mesti orang tau logo tu memang logo The Punisher.
Bezanya baju ni gigi tengkorak tu je.tu pasal aku beli sampai 2 tshirt ni.tshirt yang ni,gigi tengkorak dia ada 4 batang je..hehe..yang ni aku pakai time aku buat keja part time malam.kadang2 pakai time nak keluar melepak ngan member2 aku.
Yang ni pulak gigi dia ada 6 batang,tapi logo dia kecik sikitlah takda tulisan The Punisher,cuma cop copyright Marvel Comics kat sebelah kanan tu.sebelum ni aku ada cerita pasal komik The Punisher ni..boleh baca kat sini
Setakat ni tshirt The Punisher ni je lah selain dari tshirt rock aku.dulu masa aku tengah menggila main game Playstation 2,game The Punisher ni pun jadi koleksi permainan game aku tanpa jemu..lepas ni nak collect tshirt dari movie yang best pulak,macam Star Wars ke,Fredy Krueger atau Jason Vorhees..hehe..
Oleh kerana aku takda blu-ray player,hanya player dvd biasa yang menggunakan sambungan kabel HD(high definition)untuk kualiti gambar yang cantik sikit,aku pun try la dvd The Avengers blu ray copy versi lanun ni..cetak rompak laa..hehe..sebenarnya aku dah tengok filem ni kat pawagam April lalu dalam 3D,cuma dvd ni hanya di simpan untuk menambahkan koleksi aku je.selain mengumpul LP,hobi aku juga mengumpul dvd2 yang ceritanya pada aku terlampau best,untuk di jadikan koleksi.
Aku pun belum pernah buat lagi entri pasal movie ni.sebab aku tau,memang ramai yang akan review movie ni kerana movie ni yang paling tertinggi ratingnya sewaktu di tayangkan di pawagam tempoh hari.
Packaging pirate ni pun dah nak hampir sama dengan original punya blu ray,cuma yang buat kantoinya ada tulisan china.memang dvd,blu ray pirate ni kebanyakkan yang ada kat sini memang semuanya datang dari Hong Kong dan China.lagi pun aku tau,ramai antara pembaca blog aku ni pun memang pernah beli dvd cetak rompak ni kan..pasal lebih murah dari yang original.tak kisah lah,tu hak pembeli masing2.pada aku,kalau sesuatu yang betul2 aku minat,memang aku beli yang original,contohnya cd2 Iron Maiden aku.sebabnya ada sentimental value kat situ.dan memang aku prefer yang original.
Ok,The Avengers ni mengisahkan sekumpulan superhero yang berganding bahu untuk mempertahankan bumi ni dari ancaman dari anasir luar.berdasarkan dari komiknya dengan tajuk yang sama,keluaran Marvel Comics.idea asalnya datang dari Stan Lee,(beliau merupakan pencipta watak superhero yang terkenal,Spiderman ialah hero ciptaan beliau yang pertama)pertama kali di perkenalkan dalam komik sekitar penghujung tahun 60an.dalam filem ni,watak2 superhero yang ada ialah :
Tony Stark/Iron Man - Seorang jutawan terkenal yang kaya raya dan idea mewujudkan The Avengers ni datangnya dari dia.
Natasha Romanoff/Black Widow - Seorang agen perisik wanita terkenal yang bekerja untuk organisasi S.H.E.I.L.D sebuah organisasi sulit yang melatih team Avengers ni.
Clint Barton/Hawkeye - Beliau juga sama seperti Black Widow,berkhidmat dalam organisasi yang sama.beliau amat mahir dalam memanah dan sniper.(penembak tepat)
Dr.Bruce Banner/Hulk - beliau merupakan saintis hebat,di atas kesilapannya,beliau telah terkena sinaran gamma dan akan bertukar menjadi Hulk apabila perasaan marah menguasai dirinya.
Thor - Beliau merupakan dewa dari kerajaan Asgard merupakan dewa kerajaan langit dari dimesi lain.terkenal dengan tukul hikmat beliau yang boleh di jadikan senjata.(aku rasa Ayah Pin mesti kenal dia ni pasal dari kerajaan langit)..haha..
Steve Rogers/Captain America - Merupakan ketua superhero ni.beliau seorang veteran perang dunia kedua yang telah membeku selama 60 tahun di dalam ais di dasar laut sebelum di temui oleh organisasi SHEILD ni.
Nick Fury - Pengarah bagi organisasi S.H.I.E.L.D ni.beliau juga yang bertanggungjawab melatih superhero ni semua.
Kalau nak di ikutkan dalam komik sepatutnya ada Spiderman dan Wolverine(X-Men).tetapi masalah hakcipta dari syarikat perfileman yang menerbitkannya.terpaksa lah kedua karakter ni di mansuhkan dulu.secara ringkasnya,filem ni mengisahkan Loki,adik Thor,telah memasuki bumi dan cuba menakluki nya dengan begabung dengan 'Chitauri' sekumpulan alien jahat yang ingin menakluki bumi.pada mulanya kumpulan superhero ni selalu berselisih pendapat,akhirnya mereka bergabung tenaga untuk menewaskan askar2 alien ni yang telah memasuki bumi dan membuat huru hara..part aksi dalam filem ni memang terbaik.dengan teknik 3D dan teknik CGI yang canggih.filem ni juga mencatat kutipan tetinggi pada minggu pertama tayangan nya sahaja.
Kala anda memang peminat filem aksi superhero,boleh layan filem ni..aku suka part Bruce Banner nak bertukar jadi Hulk tu.sebelum tu dia cakap 'i'm always angry'.
Sekitar tahun 2007 dulu,sewaktu aku menetap di Rawang,Selangor ada seorang rakan sekerja aku telah menghadiahkan aku sebuah cd yang unik.sayangnya cd tu hilang sewaktu aku nak berpindah balik ke JB masa tu.walaupun jiwa aku kental dengan muzik heavy metal,ternyata lagu2 dari cd tersebut amat menyentuh perasaan..bila dengar je lagu2 dalam cd tersebut sewaktu stress,terasa tenang je minda aku.cd yang aku maksudkan ialah ni..
Tapi anda janganlah salah faham,Rasuk tu hanyalah tajuk album.sebab tu aku cakap cd ni unik.pada mulanya aku dapat cd ni pun aku rasa pelik,kena Rasuk?adakah bila mendengar lagu ni aku akan di Rasuk?jawapan nya tidak,lagu2 dalam cd ni hanyalah instrumental(tidak ada vokal)album ni berkonsepkan 'World music' sesuatu yang unik.alatan muzik yang di gunakan dalam ni adalah semua alatan muzik tradisional seperti rebana,gendang,seruling.ada juga di masukkan elemen2 dari jawa dan sunda.
Penerbit,penggubah lagu dan susunan muzik ni semua di buat oleh Dzul Rabull Jalil ni.siapakah beliau?beliau adalah seorang melayu warga Singapura yang telah memperjuangkan irama etnik ni sejak sekian lama.selain mahir bermain alatan muzik tradisional.beliau juga merupakan komposer,guru muzik,konduktor muzik,studio sessionist,dan juga guru vokal.selain dari album Rasuk ni,beliau juga ada meriliskan beberapa lagi album dengan konsep yang sama.antaranya seperti 'Karma' 'Ghaib' 'Mahaguru' dan 'Sakti'.
Ada 8 trek lagu kesemuanya dalam cd ni.
1.Intan
2.Enchanment
3.Joy
4.Rasuk
5.Mystic
6.Ecstasy
7.Fiesta
8.Journey To Ihsan
Walaupun beliau kurang di kenali di arus muzik perdana,tapi semangat beliau menghasilkan lagu tanpa jemu harus di contohi.kepada anda yang ingin mengenali Dzul Rabull Jalil ni,boleh like kat Facebook beliau klik sini
Lagu2 dari album ni memang sesuai di mainkan di lobi2 hotel dan tempat mandian wap atau spa tu..memang relaks..mesti ada yang pelik dengan entri aku malam ni kan?pasal bercerita tentang world music pulak..hehe..lagi pun muzik tu kan universal.sesekali kena la dengar yang lain dari yang lain kan?
Filem yang di adaptasikan dari siri permainan video yang paling popular di Playstation,Playstation2 dan Playstation 3(PS3).dulu memang aku suka permainan video ni sejak dari Playstation 1 dan 2.game dan cerita ni asalnya dari Jepun.di Jepun game ni di namakan 'Biohazard' selain dari permainan video dan filemnya,Resident Evil juga ada di terbitkan dalam bentuk komik.bagi francais filemnya pula,filem Resident Evil mula2 sekali di tayangkan pada tahun 2002.secara ringkasnya kronologi filem Resident Evil :
Resident Evil (2002)
Resident Evil : Apocalypse (2004)
Resident Evil : Extinction (2007)
Resident Evil : Afterlife (2010)
Aku memang tak pernah ketinggallan walau satu daripada siri filem Resident Evil tersebut walaupun sekarang ni aku dah tak jadi pemain game tegar lagi..hehe..kerana sebelum francais filem Resident Evil ni di tayangkan pun,memang aku dah main game dia sejak tahun 2000 lagi di pelantar Playstation.
Sambungan daripada RE : Afterlife pada tahun 2010,mengisahkan Alice telah berjaya menemui Arcadia(sebuah kapal yang menempatkan orang2 yang bebas dari T-Virus (sejenis virus merbahaya yang boleh menukarkan manusia menjadi zombie)tetapi malangnya kapal tersebut telah di serang oleh Jill Valentine (member baik Alice yang telah di 'brainwash' oleh Umbrella Corporation sebuah organisasi jahat yang bertanggungjawab menyebarkan T-Virus)Alice telah di tangkap dan di kurung di markas Umbrella Corporation.Alice telah bertemu dengan Ada Wong,bekas pekerja Umbrella yang dah tak bekerja lagi untuk organisasi tersebut.Ada Wong dan Simon Wesker (musuh Alice dalam RE:Afterlife) cuba membantu Alice untuk melepaskan diri dari markas tersebut.tetapi agak sukar untuk mereka melepaskan diri kerana markas tersebut telah di pantau oleh 'Red Queen',sejenis supercomputer yang telah memantau setiap pergerakkan Alice.
Alice yang pada mulanya tidak mempercayai Simon Wesker dan Ada Wong,tetapi yakin kerana Wesker telah menghantar pasukan penyelamat untuk menyelamatkan beliau.pasukan tersebut di ketuai oleh Leon Kennedy yang telah pergi untuk meyelamatkan Alice dan Ada Wong.lebih memeranjatkan Alice,terdapat juga beratus2 klon beliau yang telah di hasilkan di markas Umbrella tersebut..kalau nak tau apa kesudahan dia,boleh gi tengok wayang nanti..hehe..
Walaupun movie yang ke 5 ni biasa2 je.sesapa yang pernah tengok Resident Evil sebelum ni,boleh tengok sekuelnya yang ni.
Ed Hunter was Iron Maiden's first computer game and was released on the 17th of May 1999. It was produced in a deluxe 3 CD package. the 2CD double album features the soundtrack to the game itself whereas the third contains Iron Maiden's first computer game. the soundtrack was voted for by fans on the official Iron Maiden website.
Just as Iron Maiden were the first to release a promotional video, the first to have released a full length concert video and one of the first to have released their entire back catalogue of albums as enhanced CDs they are one of the first bands to have released a video game. Ed Hunter is a shoot 'em up game in the style of "Time Crisis" and "Virtua Cop" game where you use your PC mouse to control the shooting. it has 8 levels ranging from the streets of London to the pyramids of Egypt and even into the future.
The first CD contains 14 songs, the second CD contains 6 songs and the installation program for the game, and the third CD contains the game data..the US version also contained a hidden bonus track of a new vocal version of "Wrathchild" with Bruce Dickinson.
The album was released alongside a tour of the same name, in which the band only played songs which were featured in the compilation. The tour itself was also notable for marking the return of former vocalist Bruce Dickinson and former guitarist Adrian Smith, who had left the band in 1993 and 1990 respectively.
cd booklet.instruction how to play this game
The game passes through various levels, starting in London's East End before progressing to a psychiatric hospital, hell, and other various locations, all of which are lifted from the covers of past Iron Maiden albums. While the gameplay itself consists of shooting the appearing enemies with the mouse cursor, it acts as a rail shooter, meaning that the player has no control over movement apart from occasionally choosing the route he will take through the levels. In spite of this, the user can select which tracks play in the background, although only one song can be chosen for each level, which led to critics complaining about the soundtrack's repetitiveness.
And the level from this game :
1.London's East End (Killers)
2.The Shady Pines Asylum (Piece of Mind)
3.The Pits of Hell (The Number of the Beast)
4.The Graveyard (Live After Death)
5.The Pharaoh's Tomb (Powerslave)
6.Blade Runner (Somewhere in Time)
7.Futureal
8.Finale
Tracklisting :
Disc one.
1.Iron Maiden (live)
2.The Trooper
3.The Number Of The Best
4.Wrathchild
5.Futureal
6.Fear Of The Dark
7.Be Quick Or Be Dead
8.2 Minutes To Midnight
9.Man On The Edge
10.Aces High
11.The Evil That Man Do
12.Wasted Years
13.Powerslave
14.Hallowed Be Thy Name
Disc two
1.Run To The Hills
2.The Clansman
3.Phantom Of The Opera
4.Killers
5.Stanger In The Strange Land
6.Tailgunner
Just another one of my maiden collection,but i didnt play the game..haha.