Thursday, 13 November 2014

King Diamond - Fatal Portrait Vinyl Reissue (1986)

Lagi2 King Diamond :p



Pada aku King Diamond ni lebih kurang macam Tamar Jalis atau pun Stephen King versi metal.kalau dia buat lagu contohnya untuk concept album seperti 'Abigail','Them',dan 'Conspiracy',cara penyampaian cerita dalam lagu tersebut memang sampai pada pendengarnya.dengan mood lagu ada yang saspen dan seram.sama seperti kita membaca novel seram.dengan vokal King yang unik menghayati setiap lagu.ada masanya suara King boleh jadi nenek tua,budak lelaki,suara perempuan garang,dan juga suara hantu yang growl.sesiapa yang biasa layan King Diamond mesti tau punya..

King Diamond,Andy LaRocque,Michael Denner,Timi Hansen dan Mickey Dee


isi dalam.thank list

yang lagi sebelahnya lirik


Fatal Portrait merupakan debut album King Diamond setelah keluar dari Mercyful Fate.album ini juga tiada lagu2 hasil ciptaan Andy LaRocque.kesemua lagu adalah hasil ciptaan King sendiri dan hanya 2 lagu ciptaan Michael Denner dan King.walaupun tiada lagu ciptaan Andy,tapi kerja gitar beliau dan Michael Denner tetap best.
Album ni juga bukan lah concept album sepenuhnya,cuma 4 lagu terawal ('The Candle','The Jonah','The Portrait'.'Dressed In White')dan 'Haunted' merupakan lagu yang ada jalan ceritanya.



setlist


piring gold transparen


Walaupun album ini tak sehebat 'Them' dan 'Abigail' (sebab lagu2 ciptaan Andy memang best2) lagu2 dalam Fatal Potrait ni tak lah mengecewakan.semua lagu pun best.kalau nak dengar kerja gitar King Diamond pun boleh dengar lagu instrumental 'Voices From The Past'.boleh tahan jugak riff yang di mainkan oleh pakcik King ni,ala2 abang Mustaine gitu..heheh..
Apa pun,layannn...(tiada niat untuk menyinggung perasaan apatah lagi menghidupkan viral :P)

Monday, 10 November 2014

Din Daa Daa

George Kranz is a German dance music singer and percussionist. He is best known for his song "Trommeltanz", otherwise known as "Din Daa Daa". The song hit No. 1 on the Hot Dance Music/Club Play chart in 1984 and then returned to the chart in a new version in 1991, peaking at No. 8. "Din Daa Daa" (sometimes spelled "Din Da Da") is considered a classic dance music track and has been remixed, sampled and bootlegged many times, including in 1987's seminal "Pump Up the Volume" by MARRS, 1998's Praise Joint Remix by Kirk Franklin, 2005's "Shake" by the Ying Yang Twins, "Turn Around" by Flo Rida and an Xbox 360 commercial. - Wikipedia

Teringat masa kecik2 dulu,masa belum kenal 'Powerslave' dan 'Somewhere In Time' yang aku tau masa tu cuma Duran Duran,Dato Shake dan Sudirman.tapi yang buat aku ingat balik ialah ketika aku tengah ronda2 kat Jusco semalam boleh terdengar pulak lagu ni..balik rumah bukak Youtube cari dengan keyword 'Din Daa Daa' tu je baru lah aku tau siapa sebenarnya pencipta di sebalik lagu yang pelik ni..
Walaupun lagu agak pelik tetapi popularitinya memang melonjak pada era 80an dulu.yang masih aku ingat lagu dan video klip pelik ini selalu bersiaran di 'Playback 84' yang pernah tayang kat tv Malaysia.masa tu tv kat rumah baru je beli yang ada warna punya..sebelumnya tv takda warna..(tv hitam putih orang dulu2 panggil)

Sesiapa yang pernah membesar sezaman dengan aku,(yang dulu ingat kumpulan Wham dan lagu 'Careless Whisper' tu lagu paling rock nak mampos bak kata abang Deaf..heheh)mesti ingat akan lagu dan video klip pelik ni..


Thursday, 6 November 2014

Marai No Tora (1943)



Aku baru tahu akan kewujudan filem klasik Jepun ni..filem ini berdasarkan dari kisah benar seorang lelaki Jepun yang di katakan lahir di Malaysia.Marai No Tora atau dalam bahasa melayunya bermaksud 'Harimau Malaya' adalah bedasarkan kisah benar lelaki Jepun yang bernama Tani Yutaka.di katakan beliau lah sebenarnya 'Harimau Malaya',bukan nya General Yamashita tu.
Mengikut cerita,Tani Yutaka telah lahir di Terengganu pada tahun 1910.keluarga beliau memiliki kedai runcit yang di usahakan di Terengganu.Keluarga mereka ini suka bergaul dengan masyrakat melayu pada ketika itu,malah ada yang mengatakan Tani Yutaka ini lebih melayu dari orang melayu sendiri.beliau dan keluarganya fasih berbahasa melayu mengikut loghat Terengganu.

wajah sebenar Tani Yutaka dengan baju melayunya

Ketika pasca perang dunia ke 2,beliau juga terlibat bersama2 dengan orang melayu dalam menentang British.kalau nak cerita pasal sejarah dia ni memang panjang,so korang google la sendiri..heheh..
Apa yang menarik pasal filem Jepun ni ialah,walaupun ianya filem Jepun,dan pelakonnya semua orang Jepun,uniknya kesemua pelakon dalam filem ni berbaju melayu,malah pelakon perempuannya juga berbaju kurung.ada juga scene yang menarik,siap nyanyi lagu 'Rasa Sayang' lagi.nama 'Yamada Gang' dalam filem Hong Kong 'Young And Dangerous V' di ambil dari nama kedai runcit keluarga Tani Yutaka iaitu 'Yamada &Co.'
Tapi sayangnya ramai yang pertikaikan filem ini,pada aku kalau di remake semula pun best juga.mana ada filem luar yang nak tonjolkan budaya orang melayu?Hollywood nak buat?takda mana nya der..
Ini sebahagian dari klip filem 'Marai No Tora'


Tuesday, 4 November 2014

Ahmad Nawab s/t Vinyl (1978)

Aku pernah cerita pasal Ahmad Nawab ni dulu KAT SINI


The living legend.
Rekod ni sebenarnya pernah arwah ayah aku beli dulu.masa tu pun aku kecik lagi,tanda harga pada era tersebut,(penghujung 70an dan awal 80an) baru 8 ringgit je harga lp ni.terjumpa secara tak sengaja kat Amcorp,aku terus beli.sebab teringatkan arwah ayah aku penah beli dulu..
Ahmad Nawab merupakan salah seorang pemuzik dan komposer hebat yang terkenal pada tahun 70an dan 80an dulu.tiupan saxophone beliau la yang selalu  di dengar masa aku kecik dulu.tak kira la kat radio ke atau kat kedai2 yang jual piring hitam dulu.(sebab dulu masa kecik aku selalu ikut arwah bapak aku pegi beli rekod2 kegemaran beliau..sayangnya kesemua rekod tu hilang masa pindah rumah dan banjir)




setlist


Album ini adalah album intrumental Ahmad Nawab.senarai lagu2nya ialah lagu yang pernah beliau cipta dan popular yang pernah di nyanyikan oleh penyanyi2 popular pada era 70an dan 80an dahulu seperti lagu 'Kasih' nyanyian Boery Marantika/Sudirman,'Bunga Tanjong' nyanyian Allahyarham Datuk Sharifah Aini,'Gelora' nyanyian Tan Sri P.Ramlee,'Rindumu Rinduku' nyanyian Boery Marantika,dan satu lagu cover 'O! Kekasih Ku' lagu asal 'Wishing On a Star nyanyian Rose Royce.juga pernah di nyanyikan dalam versi melayu oleh Khatijah Ibrahim.lagu intrumental 'Aries' pun ada dalam ni.

barisan pemuzik otai yang hebat


piring hitam manis


Lagu2nya best.vokalnya di gantikan dengan tiupan saxophone Ahmad Nawab.rekod ni aku suka putar waktu malam.pasal stail muziknya yang smooth dan relax memang sesuai bila di dengar di malam hari..(takkan malam2 aku nak putar rekod King Diamond,tak pasal2 KDN datang serbu cakap aku anjurkan pehimpunan black metal pulak)
Apa pun,memang aku bernasib baik dapat balik piring hitam ni semula,dapat la aku dengar balik lagu2 yang jadi kegemaran arwah ayah aku dulu..

Sunday, 2 November 2014

Don't Break The Oath 30 Years

Yang Ijau pernah review kat blog beliau pasal album ni KAT SINI



Aku pun takda album ni dalam bentuk fizikal.(memang ada versi reissue vinyl album ini dan Melissa,tapi mungkin tak lepas masuk sini kot.tengok artwork dia pun dah tau kan)tapi  di sebabkan Ijau dah review dan kebetulan aku masuk Youtube layan nak layan balik lagu2 lama MF,terjumpa pulak video Hank Shermann dan Michael Denner memainkan kembali riff-riff klasik dari album 'Dont Break The Oath' ini.
Mercyful Fate ialah 'first wave of black metal in mid 80's' bersama2 dengan Venom.ketika dunia belum tahu apa itu Black Metal,Mercyful Fate dan Venom lah yang mula memperkenalkan muzik setan meyetan ni.berbeza dengan band black metal sekarang,(pada pendapat aku)yang hanya nampak ganas dengan corpse paint,tapi lagu2nya agak kurang menarik.berbeza dengan Mercyful Fate,mereka lengkap serba serbi.dari lagu,imej sehinggalah ke cover albumnya.

Apa pun album ini dan Melissa dari Mercyful Fate memang 'cult classic' lah.King Diamond walaupun dah hampir nak masuk usia emas,vokalnya masih lagi power.

Layan riff-riff klasik 'Don't Break The Oath' kat bawah ni..(ni semua Ijau punya pasal la ni..heheh)