Friday, 15 March 2013

Terima Kasih?


Oleh : Lea LipstikMerah


Situasi- Kedai Mamak di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) beratur nak order, ni mamak yang pelik. mahal dan  kene layan diri. + tak sedap.
have u ever act nicely to people and didn't get a recognition? (english level 1 ni. ok?)

Ade seorang abang ni.berbangsa Melayu telah kejatuhan duit nya sebanyak rm10 .
saya yang berada di belakang nya menegur la dengan penuh unsur2 baik

"abang baju hitam. duit abang jatuh"

gua siap ambikkan
dia tak cakap apa.

"oh!" muka terkejut. blah camtu je

ape oh! oh! ingat Oh Tidak? Oo mai english ke?

bukan nak dia tabik gua or bagi wa sijil pengiktirafan
cukup sekadar cakap THANK U YA ADIK ;)

susah ke nak cakap camtu. kalu gua rembat duit lu..heheh..
nanti tak cukup tambang LRT nanti

pernah jadi macam ni sekali dekat tempat lain.cuma kali ni lelaki Chinese
lagi banyak amount nya.rm30 di Makro (ni supermarket zaman dinosaur.sape tau 10 markah)

bezanya, dia cakap terima kasih berbakul bakul rasa macam wakil rakyat hari tu even dah bertahun jadi
still ingat.

bukan nak kondem bangsa sendiri atau kutuk tapi..kebanyakkan nya macam tu.susah nak berterima kasih
contohilah orang yang jual barang meja ke meja tu
even tak beli pun dia still senyum dan cakap TERIMA KASIH :)

Wednesday, 13 March 2013

Tuesday, 12 March 2013

Metallica : Enter Night Part 2


Ok sebelum tu pada sesapa nak tau kisah dalam buku ni dari awal,Doc Ben Krenmaut ada buat review jugak. boleh check out Kat Sini lepas tu Sini dan jugak Kat sini yang aku punya part 1 haritu boleh tengok Sini jugak

Selepas kegagalan album St.Anger,dengan jualan album yang semakin menurun,Metallica telah mengumumkan akan masuk studio untuk rakaman terbaru mereka.ini membuatkan peminat2 Metallica telah mewujudkan online petition supaya Metallica menyingkir Bob Rock dari menerbitkan album terbaru Metallica.akhirnya mereka akur dengan pemintaan peminat.Metallica mengumumkan akan menggunakan khidmat Rick Rubin (yang sebelum ni pernah menerbitkan album terbaik Slayer,Reign In Blood)sebagai penerbit untuk album terbaru Metallica ni nanti.reaksi Bob Rock tentang petition tersebut beliau menjelaskan,'kejadian tersebut telah membuatkan anak2 aku sedih dengan apa yang berlaku' yang sebenarnya dia sendiri yang sedih..heheh..yelah,peminat Metallica kutuk Bob kaw2 punya..diorang cakap Bob Rock punya pasal la Metallica jadi pop metal..hehe..Bob Rock menghancuskan muzik heavy metal la,Bob Rock tak pandai terbit album la,dan macam2 lagi..hehe..tapi pada aku memang betul apa,mana mungkin beliau nak 'melembutkan' muzik Metallica seperti zaman Load ngan Reload tu..Metallica takkan jadi macam Bon Jovi yang sebelum ni Bob jugak pernah jadi penerbitnya..

Album Death Magnetic akhirnya di riliskan pada tahun 2008,dengan single 'The Day That Never Comes',album Death Magnetic berjaya menduduki tempat pertama dalam carta Billboard US dan UK,seluruh Eropah dan Asia,dan juga di timur tengah.keluarnya album ni bersama dengan tekad baru Metallica,tidak akan berhenti bermain muzik.ni memang terbukti sehingga pada hari ni,Metallica masih lagi melakukan tour mereka.dan yang terbaru di Soundwave Festival Australia pada febuari lalu.mereka juga telah mengubah jadual tour pada kali ini,dengan 2 minggu melakukan tour,dan 2 minggu mereka bercuti untuk bersama keluarga.
Selain daripada tu apa yang menarik ialah :
- Mereka telah di undang oleh Activision,company game yang menerbitkan Guitar Hero untuk menerbitkan special Guitar Hero Metallica.mereka juga telah mengundang Lemmy (Motorhead) dan jugak King Diamond untuk 'motion capture' dalam game ni.
-Masa mereka di jemput bagi penghormatan untuk Rock n Roll Hall Of Fame,Lars ada jugak mengundang abang Mus (Dave Mustaine,Megadeth)tapi bukanlah sebagai bekas anggota Metallica,kerana pihak Rock Hall hanya mahukan bekas ahli band yang pernah merakamkan album bersama Metallica,(yang menerima penghargaan ialah Jason Newsted dan bapak Cliff Burton).walaupun di undang di meja VIP,abang Mus menolak dengan jawapan dia,'takpa,satu hari nanti aku dengan Megadeth akan berada di pentas Hall Of Fame terima award jugak!'..heheh..statement sakit hati dari abang Mus..heheh..
-The Big Four Tour.sebenarnya memang diorang dah plan lama nak buat tour begini.tapi selalu tak menjadi pasal jadual band2 lain yang padat dengan rakaman album,tour dan jugak ada yang mengalami masalah kesihatan.akhirnya The Big Four menjadi kenyataan dengan tour pertama mereka kat Sofia,Bulgaria di festival Sonisphere.konsert bersejarah yang menggabungkan 4 lagenda thrash/heavy metal terkenal dunia bergabung dalam satu pentas (Metallica,Megadeth,Slayer dan Anthrax)dan masa ni jugakla 'perang'antara abang Mus dengan Metallica berakhir.abang Mus dah boleh berpeluk,bertepuk bertampar dengan Lars dan ahli band Metallica yang lain..heheh..mereka juga plan nak buat The Big Four ni tour keliling dunia,tapi agak sukar sebab band lain pun ada banyak agenda lain.mungkin satu hari nanti akan ada 'The Big Four' world tour kot.

Buku ni berakhir dengan Metallica berkata akan terus berkarya tanpa henti,dan akan meneruskan misi dan visi mereka yang belum tercapai kata nya.apa yang best dalam buku ni,semua kebaikkan dan keburukkan Metallica di ceritakan secara detail.ni baru betul nama biografi.semua fakta pasal Metallica ada dalam ni.so pada peminat tegar Metallica,boleh la dapatkan buku ni.yang aku tau kat Kinokuniya klcc je yang ada jual..

Sunday, 10 March 2013

Somewhere In Time Reissue

Sebelum ni aku penah tepek LP Iron Maiden Somewhere In Time versi 1986 Kat Sini yang ni versi reissue dan juga rilisan terakhir 8 album IM dalam bentuk piring hitam edisi terhad piring hitam bergambar..


Rilisan yang last ni album dari 'Somewhere In Time ngan LP 'Seventh Son Of a Seventh Son'..aku tepek Somewhere In Time dulu..

depan

belakang.sama macam lp yang lama


Bukak gatefold.gambar2 konsert,ada gambar yang tak penah tengok pun ada.

gambar sebelah kiri..kasi jelas sikit nampak..heheh

sebelah kanan


Kocek dalam..yang putih tu bukan flash kamera,tapi gambo dia memang macam tu..ada asap la kononnya..hehe

Lirik lagu.yang ni nampak jelas sikit la kalau nak tengok lirik.tak macam yang dulu.kertas dia pun berkualiti..

Alexander The Great

Okeh..bahagian piring dia pulak..

LP side one.gambar Eddie the cyborg

side 2.Wasted Years

song list
Deja Vu..! Tu je lah yang ada dalam versi Reissue ni.nanti aku tepek LP SSOASS pulak.di harap semua peminat tegar IM terhibur..heheh..

Wednesday, 6 March 2013

Lagu Rakyat

Tak lapuk di telan zaman,tetapi semakin di lupakan oleh generasi sekarang..

Masa aku kecik,time tu sekolah rendah lagi.bila masuk akhir tahun persekolahan,kelas aku mesti ada buat persembahan bagi acara tahunan sebelum cuti sekolah.biasanya kelas aku ambik bahagian dalam nyanyian untuk persembahan pada hari penyampaian hadiah (zaman tu di panggil 'hari ibu bapa').memang meriah la pada minggu terakhir persekolahan tu.biasanya acara ni di adakan pada waktu pagi atau petang.dan untuk kelas aku masa tu kena menyanyi ramai2 lah.antara lagu yang di nyanyikan pada hari tersebut adalah lagu2 rakyat klasik sepanjang zaman seperti 'Rasa Sayang' 'Geylang Si Paku Geylang' 'Can Mali Can' dan lagu favourite budak kelas aku masa tu, 'Anak Itik Tok Wi'..heheh..

Haritu masa aku nak balik kerja,lalu kat kawasan sekolah yang dekat dengan rumah aku ni,tetiba boleh terdengar pulak budak2 sekolah ni nyanyi lagu Anak Itik Tok Wi tu.serta merta aku teringat masa aku kecik dulu..hehe..aku ingatkan bebudak sekolah zaman sekarang dah tak nyanyi dah lagu ni.tapi memang sepatutnya lagu2 rakyat di perkenalkan pada bebudak zaman sekarang ni,biar mereka ni tau betapa uniknya bahasa melayu kita ni.
Lagu2 rakyat ni harus di kembangkan penggunaanya yang di perkayai dengan maksud yang tersirat dan keindahan bahasa kiasannya yang unik.juga biar dunia mengetahui,bahawa lagu2 rakyat ni mampu menyatu padukan rumpun alam Melayu (Indonesia,Sulu,Brunei,Singapura dan seluruh pelusuk nusantara)kalau pada zaman dulu,lagu ni di nyanyikan ketika kanak2 sedang bermain,mendodoikan anak,hiburan ketika balik lepas abis kerja seharian membanting tulang,dan jugak majlis kenduri pada zaman tu.selalunya lagu2 ni pada zaman dulu di nyanyikan oleh kanak2 lelaki dan perempuan untuk majlis kenduri kendara.

Antara lagu2 rakyat yang popular hingga sekarang :


Ala Canggung
Ambil Madu Lebah
Anak Ayam (lagu rakyat)
Anak Itik Tok Wi
Anak Ondeng (Lagu Lembu Patah Tanduk)
Ayam den lapeh
Bapaku Pulang dari Kota
Burung Kakak Tua (lagu rakyat)
Can Mali Can
Dadong
Geylang Si Paku Geylang
Hello Hello (lagu rakyat)
Hijau (lagu rakyat)
Inang rodat
Jambatan Tamparuli
Joget Tari Lenggang (Joget Pahang)
Jong Jong Inai
Kenek Kenek Odeng
Ketipang Payung
Kurik Kundi
Lemak manis (lagu rakyat)
Lenggang Kangkung
Menghilir di Sungai Pahang
Pak Ketipak Ketipung
Pak Pung Pak Mustafe
Puteri Santubong
Rasa Sayang
Tepuk Amai-Amai
Trek Tek Tek
Tualang Tiga (juga di kenali sebagai tari tualang tiga, pernah dinyanyikan dalam filem Sumpah Orang Minyak arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee)
Tanjung Puteri (kalau orang johor tak tau lagu ni malu tau!..heheh)
Ulek mayang (Cromok pun pernah cover lagu ni kan)

Harapan aku,jangan lah di lupakan terus lagu ni,biarlah ia berkekalan hingga ke anak cucu kita.. lagu yang dah memang jadi klasik,lagenda turun temurun zaman berzaman..

                                        Tari Tualang Tiga


Monday, 4 March 2013

Mangkuk Jamban

Aku bukan lah pro kerajaan atau pembangkang,tapi komen musibat ni aku tak boleh terima..nyawa orang tu..bukan nyawa haiwan la apek!

http://keadilandaily.com/mobile/?post=46232



Sunday, 3 March 2013

Adidas ZX Trainer

Masa aku balik keja,laluan nak balik ke rumah aku tu memang lalu kat satu kedai yang jual kasut ni,semalam aku lalu,terpampang la iklan 'Jualan Penghabisan Stok Kasut berjenama'.memang banyak la kasut berjenama yang lama punya stok kedai tu jual murah.ada jugak yang baru sampai,tapi di jual dengan harga diskaun 20%..aku  pun tengok2 la.sekali terpandang kasut yang ni..


Kasut Adidas ZX Trainer Red/Black.yang ni keluaran terbaru Adidas pada bulan febuari katanya.so aku pun try la search kat tenet,memang betul lah.ada banyak reka bentuk Adidas yang ni,tapi yang ni aku paling suka,nampak sempoi je.harga pun murah,aku terus la sambar satu..heheh..


Memang salah satu dari hobi aku memang mengumpul kasut,kalau tak silap kasut aku kat rumah kl ni di campur dengan kasut kat rumah jb,aku rasa ada dalam 15 pasang jugak la kot.ada dari Nike,Puma,Reebok,Converse,termasuk la Adidas ni..


Masa beli kasut ni,dapat la free gift mug Adidas ni..so,pada sesapa yang tinggal berdekatan Wangsa Maju ni,boleh lah pegi kedai yang aku cakap ni.jualan murah ni sampai 10 Mac je.
Alamat kedai :

JJ Chain Marketing

No 10, Jalan 3/27F, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Tel: 03-41429925 / Fax: 03-41437133 (bersebelahan dengan Klinik Kita)

*Teringat kasut old skool zaman Rock kapak/rock kangkang dulu.. kasut Aliph..!