Tuesday 24 January 2017

Gersang s/t (1987) Reissue 2016

Genap 30 tahun album ni..




Ok yang pertama sekali buat aku betul2 kuciwa ialah packaging album ni.memang tangkap muat punya packaging.Rusa Marketing ni aku rasa memang fikir nak untung je.apa ingat yang dengar album Gersang ni budak-budak yang sebaya upin ipin ke?gambar band member Gersang pun takda.yang ada senarai lagu kat belakang,inlay dengan kat cd.tu belum masuk typo lagi.terima kasih la kerana meng'rip off' peminat-peminat dan pengumpul cd tegar ni.lepas ni buat lagi yer..





Tentang album dan lagunya pulak.album pertama Gersang ni memang kuat pengaruh Van Halen dan glam rocknya.walaupun pada masa tu muzik rock masih lagi di pandang serong oleh masyrakat dan ahli politikus Malaysia,lagu 'Masih Aku Terasa' memang kuat betul auranya pada masa itu.dari budak2 sehinggalah ke makcik2 memang suka betul lagu ni.album ini juga menjadi kegilaan awek2 pada zaman tu sebab masa tu Man Bai memang hensem sangat..heheh.selain lagu 'Masih Aku Terasa' ada satu lagi lagu slow dalam album ni yang boleh tahan menarik.lagu yang bertajuk 'Kehancuran'.tapi lagu ni kena banned oleh RTM pasal lirik lagu rangkap pertama dia berbunyi "ku calit warna ungu di dada tanda kasih ku".tapi yang peliknya lagu Def Leppard 'Love Bites' boleh pulak main kat radio..heheh.lain-lain lagu yang agak rancak sedikit seperti 'Jiwa Rock & Roll' kerja gitar Kid agak menarik dalam lagu ni.solo gitarnya pun simple jelas menunjukkan identiti kerja gitar Kid yang tersendiri.'Kaca Kaca Kota' riff yang agak heavy tapi kena dengan mood lagu.solonya yang ala Eddie Van Halen tapi best.'Kaca Dari Permata' memang betul2 berbunyi Van Halen.lagu slownya iaitu 'Sunyi' yang menjadi single kedua selepas 'Masih Aku Terasa' pernah di masuk 'Muzik Muzik' kat TV3 dulu.




Dan sound untuk cd rilisan semula ini ok lah.nasib baik soundnya tak sebu atau pun tenggelam timbul.main dekat cd player pun puas hati la,keluar juga la bunyinya.mungkin ada sesetengah orang tak kisah,tapi pada aku dengan packaging yang sedikit hampeh ni memang mengecewakan la.mungkin si Rusa tu boleh cakap,kalau nak beli,beli lah tanak beli sudah.tapi patut di fikirkan yang beli ni memang peminat/pengumpul cd.mereka ni sanggup beli walaupun mahal.apa salahnya kalau guna cover asal.mahal sikit pun takpa mesti ada orang beli punya.

Tu je lah aku nak cerita.berbanding dengan album 'Takdir' album pertama Gersang ini yang lagi menarik.selepas 30 tahun bila dengar balik album ini (tolak lagu2 jiwang tu..heheh) kira boleh layan jugak laa..dan macam biasa,jika anda 'gersang' boleh dengar album pertama Gersang ni..heheh.

9 comments:

  1. album gersang yang paling best, sesudah itu 2 album seterusnya dah jadi hampeh.. haha, leleweh meleweh

    ReplyDelete
  2. dari zaman gersang lagi solo2 kid dah mcm ada trademark... especially penggunaan tremolo utk efek dive-bomb

    ReplyDelete
  3. Gersang ni pemuziknya power2...Kid...Jojet...tapi semua kena rembat...haha..

    ReplyDelete
  4. rusa ni jual2 cd murah2 kan. jenis inlay macam tu.

    ReplyDelete
  5. CDR bootleg punya cover guna cover asal

    ReplyDelete
  6. Maybe sekarang aku boleh terima Gersang kot? haha.

    Tu hari aku akhirnya beli cd Mega. BADAI.. datang lagi melanda.. la la la

    ReplyDelete
  7. Itu hari macam ada dengar suara Man Bai nyanyi lagu Masih Aku Terasa masa orang tengok AJL kat kedai makan..

    ReplyDelete
  8. kenangan lama mengusik jiwa ni. pernah tengok diorang live perform dulu masa aku lagi budak-budak di Miri.

    ReplyDelete