Friday 11 November 2016

Metallica - Master Of Puppets Vinyl ( 1986 )

Di riliskan pada 3 Mac 1986..30 tahun dah album ni.






Dah genap 30 tahun album thrash/heavy lagenda ni.antara album 'wajib' dengar oleh peminat Metallica dan juga mat mat thrash pada zaman tu.album ketiga Metallica ini di bawah Elektra Records antara major label yang agak terkenal juga di Amerika.2 album Metallica sebelum ini,'Kill 'Em All' dan 'Ride The Lightning' hanya di terbitkan oleh record company indie.juga merupakan album terakhir bagi Cliff Burton,pemain bass lagenda yang tiada gantinya.Metallica juga pernah memainkan kesemua lagu dalam album ini ketika ulang tahun ke 20 'Master Of Puppet' dalam siri konsert jelajah 'Escape From The Studio '06' pada tahun 2006 yang lalu.














Ada lapan track dalam album ni,dan semua lagunya memang best.tiada slow tempo,kecuali lagu 'Welcome Home (Sanitarium)' yang mid tempo dan heavy pada pertengahan lagu.aku belajar petik gitar mula2 dulu pun intro akustik lagu 'Battery' tu..heheh.aku suka kerja gitar Kirk Hammett dalam lagu 'The Thing That Should Not Be' solo gitar dan riff pada penghujung lagu bunyi gitarnya seperti orang mengasah pisau.dan tak lupa lagu intrumental 'Orion' antara lagu yang menampilkan  bunyi bass Cliff Burton dan di anggap antara kerja bass gitar beliau yang paling terbaik,ramai yang ingat ada beberapa part dalam lagu ni ialah bunyi gitar,tapi sebenarnya bunyinya datang dari bass Cliff yang kreatif.lagu 'Orion' ini juga di main kan di hari pengkebumian Cliff Burton.














Antara album klasik thrash sepanjang zaman yang wajib di dengar oleh peminat metal tak kira sama ada anda adalah peminat Kpop atau pun Babymetal.

Terima kasih Cliff Burton.RIP.



12 comments:

  1. jualan album ni pun masih lagi berjalan walaupun tiada re-issue seolah-olah tiada masa berhenti...itu yg hebatnya jenama metallica.

    ReplyDelete
  2. Cover album ni mcm sinonim pulak dengan trajedi yg menimpa Cliff Burton.

    ReplyDelete
  3. tengah kumpul duit nak beli versi piring hitam manis...haha..

    ReplyDelete
  4. aku kenal album ni selepas 11 tahun ia dirilis

    ReplyDelete
  5. First kaset Metallica aku was aku rasa Ride The Lightning, baru aku dengar Master Of Puppets. So macam kekok pasal orang semua cakap MOP best, tapi aku tu jam lagi suka RTL.
    Seronok dengar2 balik kadang2 lagu2 dari album ni, macam dua hari lepas aku teringat then terus masuk youtube pasang lagu Damage Inc. haha

    ReplyDelete
  6. ermm... dalam wishlist gak ( CD version :P )

    ReplyDelete
  7. Bila flemming rasmussen jd penerbit metallica muzik mereka btul2 thrash metal punye... tp sayang masuk je 90an kehendak muzik masa tu nk lgu yg lebih komersial...mtv pun xnk siarkan lg vc lgu2 rock n metal... maka metallica pun tuka stail muzik mereka jd mcm hampeh...hehe

    ReplyDelete
  8. sampai sekarang, lagu Orion tetap menjadi kegemaran aku

    ReplyDelete