Monday 7 November 2016

The Walking Dead Season 7




Oleh kerana tak sabar,aku cari dan download season 7 punya episod pertama sebab nak tau siapa yang kena bunuh oleh Negan,antara watak paling brutal dalam komik The Walking Dead.seperti dalam komik,jangkaan aku tepat.Glenn yang mati di bunuh oleh Negan,dan juga Abraham kedua2nya mati di pukul oleh Lucille,kayu baseball yang di lilit dengan dawai,senjata utama Negan.part ni memang sadis habis.watak Glenn di matikan pada awal episod season 7 ni.dan aku jangka season 7 ni akan lagi panjang jalan ceritanya.sebab kalau ikut versi komik,Negan ni memang tak mati lagi.


glenn kena bunuh versi komik




versi tv.sama macam komik bijik mata nak terkeluar dah


Promo tentang Ezekiel yang akan muncul dalam season ini pun memang ikut versi komik.Ezekiel ni dari komuniti 'The Kingdom' yang akan muncul dengan harimau dia yang bernama Shiva.sebelum zombie apocalypse,beliau merupakan seorang zookepeer.dia dan Rick akan bergabung untuk menentang Negan.cuma satu je masalahnya ialah,Ezekiel ni ialah ex boyfriend Michonne.boleh ke Rick terima? sebab Rick kan dah tidur sekatil dengan Michonne.heheh.

Tapi kalau producer TWD tak ikut versi komik,aku harap Rick akan balas balik kat Negan dengan cara yang lebih kejam.masa dia bermusuh dengan Governor Phillips pun tak ganas sangat.cuma jangan ada cerita Rick dengan Ezekiel bergaduh sebab berebutkan Michonne dah la,versi komik Michonne tidur sebantal balik dengan ex dia tu!..hahah..



7 comments:

  1. so far...jalan cerita memang ikut komik ker?...(tak baca komik)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yg ikut ada yg tak.kalo versi komik,andrea masih hidup lagi,abraham cara mati dalam komik kena panah kat mata.bila geng negan kalah.rick kurung negan n nak biar negan tekurung sampai mati.selepas setahun,ada geng rick belot lepaskan pastu lari ngan negan tu

      Delete
  2. permulaan twd season 7 ni agak tragis.. negan memang bad ass.. haha

    ReplyDelete
  3. fuhh aku tak follow ceta ni tau dari blog kamu saja.

    ReplyDelete
  4. Amboi tido sekatil pun ada. Thrill cerita ni

    ReplyDelete
  5. Akhirnya Glenn mati.. Season lepas dia dah selamat drp kena mkn dgn segerombolan zombie.. Antara watak paling lama kot.. Sedih gila..

    ReplyDelete
  6. Akhirnya Glenn mati.. Season lepas dia dah selamat drp kena mkn dgn segerombolan zombie.. Antara watak paling lama kot.. Sedih gila..

    ReplyDelete