Monday 26 September 2016

Sully ( 2016 )

Yang di tonton semasa cuti hari raya haji tempoh hari..




Filem berdasarkan dari kisah benar tentang pemandu kapal terbang US Airways Captain Chesley 'Sully' Sullenberger yang telah melakukan pendaratan kecemasan di sungai Hudson New York hanya beberapa minit selepas berlepas dari lapangan terbang LaGuardia akibat terlanggar sekumpulan burung.
Pihak berkuasa mula menyalahkan Sully atas apa yang berlaku dan kemungkinan lesen penerbangan beliau akan di gantung walaupun pendaratan kecemasan tersebut tidak ada seorang penumpang yang maut.

Filem ini  di arahkan oleh Clint Eastwood.walaupun memecahkan rekod Box Office,tapi pada aku   jalan ceritanya agak mendatar dan boleh agak apa yang berlaku.Lakonan Tom Hanks macam biasa memang terbaik dan memang beliau la penyelamat bagi setiap scene dan plot dalam cerita ni.takda la aku bosan sangat nak mengikut  setiap babak yang di tunjuk kan.

Apa pun filem ini masih lagi boleh di tonton jika anda peminat filem yang berdasarkan dari kisah benar dan juga peminat Tom Hanks.dan lagi satu filem Tom Hanks yang patut di tonton ialah filem "Hologram For The King".

*3/5

2 comments:

  1. Tu hari gi panggung ingat nak nengok cerita ni...tapi budak2 nak ikut...last2 kena ikut tengok cerita dorang, The Secret Life Of Pets....jawapnya yang ni tunggu versi sedut la jawapnya....

    ReplyDelete