Friday 17 June 2016

Desire - -+×÷ (1989) Reissue 2016

Antara album yang aku tunggu rilisan semulanya..





Desire ni setiap satu albumnya,sejak dari album pertama 'Sumpitan Senja' kerap bertukar penyanyi.untuk album kedua ini penyanyinya bernama Johan.stail muzik untuk album kedua ini juga semakin matang,dan ada juga pengaruh unsur thrash dalam album ini.












Apa yang menjadikan album ini nostalgik ialah rakan sekelas aku yang perkenalkan album ni,sama2 dengar kaset kepunyaan beliau di rumahnya.yang masih aku ingat dan suka sampai sekarang ialah lagu 'Otak Ular' tu,intro gitar solo ala Malmsteen tu yang buat aku tak boleh lupa.lagu 'Tolak,Campur,Kali, Bahagi' yang ala Poison dengan sedikit pengaruh 'southern rock' tu pun menarik.dengan bunyi acoustic yang jelas walaupun sumbernya dari piring hitam.lagu slow rock 'Bias Cinta' pun best sebab pernah kasi lirik lagu ni kat awek kelas sebelah..(belum jadi awek pun,baru nak usya) heheh..lirik dia memang leleh la 'biar berjuta tangan menghalang ,namun cintaku,tetap padamu'  heheh..puas usya orang lain yang dapat,aku melepas..haha..lagu 'Sentuhan' pun boleh tahan juga popular dulu,tapi aku lagi suka 'Bias Cinta'.
Lagu 'Angkara Manusia' pun menarik,ala Black Sabbath kerja gitarnya.vokal Johan memang kena dengan setiap lagu.dia boleh nyanyi lagu slow rock dan heavy.






Berbanding dengan album 'Sumpitan Senja' dan album 'Kata,Kata,Kata' aku lebih suka album ini.antara album rock yang best di penghujung tahun 80an.itu je lah cerita aku pasal album ni,nak cerita lebih aku taktau sangat infonya.kalau ada sesiapa yang tahu boleh cerita kat komen bawah tu..




8 comments:

  1. aku tak sempat lagi dengar cd ni...beli beli beli...dengarnya entah bila...hahaha...album ni aku cuma ingat lagu Bias Cinta..

    ReplyDelete
  2. Album nostagia nie, kaset rock tempatan ORIGINAL yg first aku beli dan terakhir sehiggalah selepas tahun 2000, baru ada aku beli beberapa kaset2 murah lain2..he he..

    ReplyDelete
  3. A Few months back, aku kat kl,
    aku tengah makan lunch kat satu gerai ni
    dorang bukak radio saluran pantai timur,
    tetiba dj main lagu sentuhan..
    pilu.... menyentuh hati...
    aku dah macam, siak ah, berpuluh tahun aku tak dengar lagu ni, kaset dah puluh tahun jugak hilang...
    kenangan xyruszone kenangan....
    nasik aku makan tu jadi saksi...
    hahaha

    ReplyDelete
  4. eh lagu sentuhan tu lagu pebret aku tau... johan punye sore kiut ble nyanyi lgu ni..

    ReplyDelete
  5. berita terkini yang aku dengar dari sumber rasmi.. kumpulan desire dihidupkan kembali dengan line-up asal album -+x/ ni.. masih mengekalkan johan @ joe sebagai vokalis diorang.. harap-harap diorang akan lancar album baru kelak.. kini masih aktif mengadakan show disekitar kelantan dan selatan thai.. gitu ceritanya yg boleh dikongsi pd geng semua..

    ReplyDelete
  6. Killer album.
    P.B.C tu sape yek....ada yg kata nickname Hillary Ang...sorry kalau salah info

    ReplyDelete
  7. tak tahu nak bermula dari mana klu desire ni.. rasanya aku pilih yang ni kot..

    ReplyDelete