Thursday 3 March 2016

FTG - After The Promise (1992) Grey Vinyl

Versi cd nya telah di riliskan semula pada bulan ogos 2015 yang lepas oleh NSR records..




Oleh kerana rilisan ini terhad,piring berwarna ini hanya di cetak sebanyak 300 unit.100 berwarna hitam,100 berwarna hijau dan 100 berwarna grey.dengar khabarnya piring berwarna hijau dah sold out.dan aku bernasib baik dapat warna grey atau kelabu.





Lp ini di terbitkan oleh Mamat Records dan Nebiula Production.dan LP ini juga telah di cetak di German.




Bahagian dalam.ada dapat poskad.menampilkan gambar2 klasik FTG.juga terdapat lirik lagu kat gatefold.


gambar2 band member masa muda belia.





grey vinyl.



FTG merupakan band thrash metal Malaysia yang boleh tahan hebat.ini merupakan album penuh sulung mereka yang terbit pada tahun 1992 selepas kejayaan EP pertama mereka,apa yang masih aku ingat lagu 'Behind This Wall' pernah di calonkan untuk juara lagu.(pada ketika itu Melissa Saila yang menjadi pengacara untuk muzik - muzik terbitan tv3 dulu.)untuk album sulung ini,lagu2 mereka juga boleh tahan,susunan muzik dan remasterd untuk piring berwarna ini pun menarik.memang puas hati.Tahniah dan terima kasih Mamat records kerana bersusah payah menerbitkan vinyl FTG ini.

Kepada anda yang ingin mendengar sound klassik thrash metal.boleh dengar album 'After The Promise ini.sound nya memang aku suka..memang best la.

7 comments:

  1. very very nice. Kolek tiga2 la xyruszone

    ReplyDelete
  2. perghh lagi 5 tahun meletup lah harganya... aku ada cd rilisan semula ja, itu pun gambar ada sign hahahaha...

    ReplyDelete
  3. aku blum beli lg mesin pemutar piring hitam.. bajet p kt cd reissue jek skang hehe

    ReplyDelete
  4. Puasa LP. Harap2 MAMAT RECORDS rilis LP untuk BAZZAH dan MODAR hikhikhik!!

    ReplyDelete
  5. Boleh bagi saya gambar lirik album After the Promise tak? Saya nak masukkan ke website Metal-Archives.com.

    ReplyDelete