Monday 19 October 2015

Footloose Soundtrack Vinyl ( 1984 )

Sesekali layan piring hitam sountrack pulak.piring hitam Footloose cetakan Jepun..




Sejujurnya untuk filemnya aku tonton versi remake dulu,kemudiannya baru tengok yang versi asal.ternyata versi asal lah yang paling best dan terbaik.salah satu sebab aku suka versi yang asal kerana aku membesar pada tahun tersebut memang tengah hangat dengan 'Breakdance' 'Flashdance' dan 'Fame' dan juga Duran Duran..heheh..budak2 generasi Y dan Z ni jangan ingat generasi kau orang yang cipta tarian B-Boy dan filem 'Step Up' tau,ini semua asal usul dari tahun 80an jugak.kalau sekarang aku sebut disco anak2 sedara aku ketawa kan aku,dia cakap sekarang orang panggil clubbing bukan disco.heheh..



cover belakang.gambar2 dari filem 'footloose'


Untuk versi filemnya Berteromber pernah cerita dulu,boleh tengok Kat Sini.sesiapa yang membesar sezaman dengan aku mesti tau dan pernah tonton filem ini, boleh di katakan top juga pada ketika itu,ramai yang berangan nak jadi Kevin Bacon.lebih kurang sama macam demam filem Saturday Night Fever dulu la ramai guna duit syiling 20 sen sebab nak lekuk kan dagu nak jadi macam dagu John Travolta..heheh..




versi japan ni best,macam2 ada.tapi tu lah tulis jepun langsung tak faham



Memang dah lama aku nak cuba kumpul soundtrack piring hitam.tapi kebanyakkannya yang aku jumpa takda yang betul2 menarik,sehinggalah jumpa piring hitam Footloose cetakan Jepun ini dengan harga yang murah.selain ianya mengimbau zaman kanak2 aku pada tahun 1984 dulu..




lirik2 dan cerita pasal filem ni kot?panjang berjela inlay dia berlipat2.nak cerita pun aku sendiri taktau semuanya tulis jepun
Pada 1998,sempena 15 tahun filem ini,soundtracknya juga telah di riliskan semula dengan tambahan 4 lagu yang tiada dalam versi asal.lagu Metal Health (Bang Your Head) dari Quiet Riot juga yang takda dalam versi asal di muatkan dalam rilisan semula ini.



piring hitam manis jepun






side A







Side B



Lagu2 nya yang aku masih ingat sehingga ke hari ini sudah tentunya 'Footloose' nyanyian Kenny Logins,dan juga lagu dari Bonnie Tyler 'Holding Out For A Hero' (I Need A Hero) yang kadang kala selalu juga dengar di radio.dan yang lain2nya seperti lagu dari Sammy Hagar 'The Girl Get's Around' dan juga lagu 'Let's Hear It For The Boy' nyanyian Deniece Williams.

Minggu ini memang aku putar rekod ni je pada waktu petang.lagu2 dalam album ni memang sesuai dengar pada waktu petang sambil mengimbau kenangan masa budak2 dulu..

p/s : sesiapa yang suka kat lakonan Kevin Bacon ni boleh layan drama bersiri lakonan beliau yang bertajuk 'The Following' memang best drama tu.
  

5 comments:

  1. mengamit memori ni...best betul zaman ni....zaman budak-budak tak perlu susah payah nak pikir esok cukup duit tak nak makan apa...hahaha....

    btw...'The Following' tu macam best...tapi tak pernah tengok...tak pasti ada main tak kat tv astro...

    ReplyDelete
  2. Lets hear it for the boys.. ? HAHAHAHA.
    legend siot posting ni.
    tu hari ada interview di sokkabar singapore dengan giorgio moroder gitu.
    dekni legend la kan... clubbing scene ni semua nye music banyak influence dari dia. Ada cerita pasal dia ngan human league, flashdance dan sountrack top gun.
    ok lepas ni buat review ost dirty dancing la pulak hahaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko sebut giorgio moroder ni teringat pulak aku filem Electric Dreams...suka betul aku lagu Together in Electric Dreams yang Philip Oakey (The Human League) nyanyi tu...

      Delete
  3. aku tingin jga nk kumpul lp2... tp mne yer nk tmpt terbaik nk beli lp player ni...kire nk belikan sebijik utk bpk aku...tlong2 kabo kt teman

    ReplyDelete