Saturday, 1 August 2015

Break Dance



Flashback minggu ini,selain demam rock kangkang/rock antu,thrash/heavy metal dan juga new wave pada era 80an dahulu,masih aku ingat akan pengaruh 'Breakdance' ini yang agak kuat juga pengaruhnya pada suatu ketika dahulu.pada budak2 sekarang yang ingat tarian berirama ataupun di panggil 'B-Boying' ini wujud kerana francais filem 'Step Up',sebenarnya ianya telah wujud lama pada awal 80an dahulu,walaupun cara tarian pada masa kini lagi nampak menarik dan extreme,sebenarnya tarian ini telah lama wujud pada penghujung 70an yang di bawa oleh remaja2 African/American dan Latino di Amerika.
Pengaruhnya memang kuat sehingga abang2 aku pada ketika itu pun sibuk beli sarung tangan warna putih,cat sembur,dan juga seluar track besar sebab senang nak berjoget..heheh..pernah juga keluar di surat khabar gara2 breakdance ni,ramai jugak la bebudak melayu dulu yang terkehel leher atau patah tangan sebab nak melakukan aksi 'B-Boying'.ini semua di sebabkan gara2 filem 'Breakin' yang pernah popular dan di tayangkan pada tahun 84 dahulu,(pernah ikut abang2 aku menonton filem ni kat wayang masa di Segamat dulu,tiket pada masa tu baru RM 3.00)



Filem ini pun sama macam filem 'Step Up' jugak kisah penari B-Boy yang ingin mengejar impian nak jadi penari terkenal..
Scene dari filem 'Breakin' masa ni Ice T pada zaman Jahiliah beliau sebelum dia ada band heavy metal 'Body Count' tu..heheh..





Sebab apa aku cakap pengaruh B-boy ni kuat pada 80an dulu,filem melayu pun ada juga terselit juga scene breakdance,salah satunya filem 'Azura'





Yang ini scene Allahyarham Raffi Hussin tak kasi diorang ni menari kat public,sebab menganggu ketenteraman awam.ironinya,video ini di upload oleh salah seorang penari dalam scene menari tersebut.
Hasil dari gejala Breakdance ini lah Michael Jackson juga terkenal dengan tarian 'moonwalk' nya.

Mengimbau zaman bebudak,bila tengok balik video breakdance tu rasa nak gelak kuat2 pun ada..hahah


5 comments:

  1. kat tempat aku (waktu itu, the 80s) tarian breakdance ni lebih dikenali dgn nama "papit"

    ReplyDelete
  2. Haha...aku pun pernah terjebak...

    ReplyDelete
  3. fenomena breakdance memang dahsyat!

    ReplyDelete