Friday, 28 November 2014
Horns (2014)
Salah satu sebab kenapa aku nak tengok filem ni bukan kerana mamat heri poter tu,sebabnya ialah Juno Temple,salah seorang awek hollywood yang sedang meningkat naik..heheh..
Filem ni aku dah tengok sebulan yang lepas sebelum di tayangkan kat wayang lagi.(mesti kat wayang banyak dah potong pasal banyak scene yang xx dan scene yang telampau tahyul)lagi pun filem ini bertemakan supernatural/dark thriller memang berunsurkan tahyul pun.aku pelik kenapa lepas pulak di tayangkan kat pawagam.
Filem ini mengisahkan Ig Perrish yang telah di tuduh membunuh dan memperkosa aweknya Merrin yang menyebabkan beliau dan keluarganya di sisih dari masyrakat di sekilingnya.sehinggalah pada satu pagi,tiba2 beliau di tumbuhi tanduk seperti syaitan black metal,ironinya,setiap orang yang Ig temui mula menceritakan keburukan masing2,mengakui segala dosa yang pernah di lakukan.dengan kuasa aneh yang beliau ada,Ig mula melakukan siasatan kes kematian awek beliau itu yang akhirnya terbongkar segala rahsia yang berlaku dan kenapa awek beliau Merrin takmau berkahwin dengan beliau akhirnya terjawab.
Pada aku filem ni so-so je lah,lagi pun watak Daniel Radcliffe ni memang sesuai dengan filem yang bergenre fantasi begini,sebabnya dah biasa dengan filem2 Harry Potter beliau.dia jugak cakap untuk menjiwai watak dalam filem ini beliau banyak dengar lagu2 dari Megadeth terutama lagu 'Foreclosure Of A Dream'
Pada sesiapa yang sukakan filem bergenre fantasy/dark thriller yang agak terlalu tahyul boleh je menonton filem ini.untuk 18 tahun ke atas sahaja :p
2/5*
Tuesday, 25 November 2014
Sting WWE
Secara peribadi,Sting dan The Undertaker adalah 2 wrestler yang aku minati.perwatakan mereka yang berunsurkan dari dunia gelap memang menarik.Sting yang sentiasa memakai corpse paint kat muka dia yang ala King Diamond memang aku suka.bukan macam John Cena ngan Hulk Hogan tu yang pakaiannya je dah berwarna warni..heheh..memang aku tak suka langsung.
Setelah sekian lama menyepikan diri dari dunia gusti,khabar angin yang mengatakan Sting akan muncul di WWE akhirnya menjadi nyata.beliau membuat kejutan dengan muncul di acara 'pay per view' Survivor Series ahad lalu dengan membantu team John Cena memenangi perlawanan menentang team Authority pimpinan Triple H.
Sting nak belasah Triple H |
Ada juga desas desus yang mengatakan Sting akan menentang The Undertaker dalam acara Wrestlemania pada tahun hadapan.kalau betul memang best la dapat tengok dua legend yang aku suka ni bergusti.tak kisah la walau diorang dah tua pun..heheh..dah nama pun sukan hiburan kan.so,setiap perlawanan tu memang dah siap jalan ceritanya untuk menghiburkan penonton.
Sting juga antara penggusti yang aku minati sewaktu aku budak2 dulu sejak dari zaman NWA/WCW lagi.sejak beliau tukar pewatakan ke arah kegelapan ni,aku rasa perwatakan ni la yang paling cool.walaupun gusti sekarang tak macam dulu lagi,tapi takpa lah,sesekali layan apa salahnya..
Saturday, 22 November 2014
Memori Mixtape
Seperti yang pernah duktur Bentara cerita Kat Sini
Baru2 ni ada jumpa kawan sekolah menengah aku dulu kira aku punya cinta monyet dulu lah..heheh..(actually she's now a single mother with two kids)kami bebual2 tentang masa sekolah dulu2,lagi pun ini kali pertama aku berjumpa dia setelah berpuluh tahun tak jumpa.kali terakhir jumpa beliau selepas exam SRP.dan kebetulan masa tu dia nak pindah sekolah.so untuk menghargai persahabatan yang terjalin tu,aku kasi dia mixtape.aku menggunakan kaset TDK (kalau sesapa masih ingat kaset ni macam gambar kat atas tu.)aku pilih kaset yang berdurasi 60 minit.yang di beli dengan harga rm 4.00 di sebuah pasaraya terkenal kat tempat aku kat Segamat dulu.dan selepas tu pergi ke satu kedai apek ni untuk record lagu yang kita mahu.masa ni memang aku dah suka muzik rock,thrash,heavy semua tu,tapi tau je la kan jiwa remaja,kalau dah di lamun cinta (kononnya) semuanya lupa..kira 'metal outside,garden inside' la kan..heheh
Sebab kaset tu berdurasi 60 minit,memang ngam2 la 10 lagu kan..tapi part yang paling buat aku tersenyum sampai sekarang ni ialah list lagu nya..heheh..lagu2 yang pernah popular di penghujung 80an dan awal 90an.list lagu nya ialah :
1.Tommy Page - A Shoulder To Cry On
2.Roxette - It Must Have Been Love
3.Richard Marx - Right Here Waiting
4.Scorpions - Always Somewhere
5.New Kids On The Block - Tonight
6.Linear - Sending All My Love (pasal lagu ni la aku kena kelentong ngan member aku dia cakap ni band rock baru..hehe)
7.Elton John - Sacrifice
8.Odyssey - Masih Ada (band rock melayu,lagu ni memang syahdu siot..hehe)
9.Sinead o Connor - Nothing Compares To You
10.Poison - Life Goes On (lagu ni dia pernah kasi aku dulu,so aku masuk kan sekali lagu ni dalam mixtape ni)
Memang jiwang gitu kan aku punya setlist masa tu..heheh..for the record,aku sebenarnya pun dah lupa setlist lagu dalam ni,kawan aku tu yang masih ingat,ironinya,beliau masih lagi menyimpan kaset tersebut sehingga sekarang walau pun dah rosak.aku suruh dia snap gambar tu kaset nanti bila dia balik kampung.pasal kaset tu ada tersimpan di rumah pusaka orang tuanya..
Untuk lagu2 yang di atas tu,boleh jenguk kat youtube kalau nak dengar..heheh..
Info pasal pasal TDK boleh tengok kat sini :
http://vintagecassettes.com/tdk/tdk.htm
"Hingga kini..masih ada..lagu kita itu..berkumandang di udara..menyentuhi kalbu..." - Odyssey -Masih Ada
p/s : story la korang punya pengalaman mixtape pulak.

Wednesday, 19 November 2014
Tuesday, 18 November 2014
Sepultura - Arise LP (1991)
Yang aku punya ni versi limited edition 180g black vinyl..
Antara album paling best Sepultura yang di rakamkan di Morrisound Studios di Florida,studio yang dah lama Max mengidam nak rekod album kerana suka dan terpengaruh dengan idola dan juga sahabat baik beliau iaitu David Vincent dari Morbid Angel.secara peribadi,hanya dua album Sepultura yang betul2 aku suka,album 'Arise' ni dan album 'Beneath The Remains'.pada aku kedua album ini la yang menonjolkan sound 'classic death metal/thrash' yang unik.dengan kerja gitar yang betul2 'berat' dengan vokal growl Max yang agak 'ganas'.walaupun growl tapi sebutannya jelas di dengar tanpa tengok lirik.dengarkan saja lagu2nya seperti 'Arise',Dead Embryonic Cells','Desperate Cry','Under Siege', dan lagu cover dari Motohead 'Orgasmatron'.senang cakap semua lagu2 dalam album ni memang best2 lah.
So,kalau peminat Sepultura kecewa dengan album 'Chaos A.D.' dan 'Roots',sekurang2nya penyelamat bagi peminatnya ialah dengan album ini,dan juga album2 terawal Sepultura yang lain.
Kalau rasa nak dengar death metal klasik,album ini ialah jawapannya...
"Obliteration of mankind
Under a pale grey sky
We shall Arise!"
depan |
belakang |
isi dalam.macam2 gambar sepultura lama |
lirik |
line up klasik sepultura |
setlist.ada bonus tracks |
double lp |
Antara album paling best Sepultura yang di rakamkan di Morrisound Studios di Florida,studio yang dah lama Max mengidam nak rekod album kerana suka dan terpengaruh dengan idola dan juga sahabat baik beliau iaitu David Vincent dari Morbid Angel.secara peribadi,hanya dua album Sepultura yang betul2 aku suka,album 'Arise' ni dan album 'Beneath The Remains'.pada aku kedua album ini la yang menonjolkan sound 'classic death metal/thrash' yang unik.dengan kerja gitar yang betul2 'berat' dengan vokal growl Max yang agak 'ganas'.walaupun growl tapi sebutannya jelas di dengar tanpa tengok lirik.dengarkan saja lagu2nya seperti 'Arise',Dead Embryonic Cells','Desperate Cry','Under Siege', dan lagu cover dari Motohead 'Orgasmatron'.senang cakap semua lagu2 dalam album ni memang best2 lah.
So,kalau peminat Sepultura kecewa dengan album 'Chaos A.D.' dan 'Roots',sekurang2nya penyelamat bagi peminatnya ialah dengan album ini,dan juga album2 terawal Sepultura yang lain.
Kalau rasa nak dengar death metal klasik,album ini ialah jawapannya...
"Obliteration of mankind
Under a pale grey sky
We shall Arise!"
Sunday, 16 November 2014
Google Tribute To SuperMokh
Tersangkut kat draf haritu,terlupa nak publish,tapi baru je berapa hari berlalu,aku publish jugak la sempena memperingati lagenda bola sepak negara Allahyarham Mokhtar Dahari.
Doodle khas dari Google untuk SuperMokh ini sempena hari lahir beliau pada 13 november tempoh hari (kalau mengikut pada kiraan kalendar beliau berusia 61 tahun pada tahun ini)
Mungkin generasi baru ada yang tak mengenali beliau.rajin2 la search kat internet pasal lagenda bola sepak ni atau pun boleh tengok kat sini :
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/11/13/google-doodle-supermokh/
p/s : keyboard warrior pun kena baca dan ambik tau.jangan asyik nak salahkan Mat Yo je.macam la korang pandai sangat tendang bola.belum tentu kalau korang yang tendang boleh masuk gol...kan?
Thursday, 13 November 2014
King Diamond - Fatal Portrait Vinyl Reissue (1986)
Lagi2 King Diamond :p
Pada aku King Diamond ni lebih kurang macam Tamar Jalis atau pun Stephen King versi metal.kalau dia buat lagu contohnya untuk concept album seperti 'Abigail','Them',dan 'Conspiracy',cara penyampaian cerita dalam lagu tersebut memang sampai pada pendengarnya.dengan mood lagu ada yang saspen dan seram.sama seperti kita membaca novel seram.dengan vokal King yang unik menghayati setiap lagu.ada masanya suara King boleh jadi nenek tua,budak lelaki,suara perempuan garang,dan juga suara hantu yang growl.sesiapa yang biasa layan King Diamond mesti tau punya..
Fatal Portrait merupakan debut album King Diamond setelah keluar dari Mercyful Fate.album ini juga tiada lagu2 hasil ciptaan Andy LaRocque.kesemua lagu adalah hasil ciptaan King sendiri dan hanya 2 lagu ciptaan Michael Denner dan King.walaupun tiada lagu ciptaan Andy,tapi kerja gitar beliau dan Michael Denner tetap best.
Album ni juga bukan lah concept album sepenuhnya,cuma 4 lagu terawal ('The Candle','The Jonah','The Portrait'.'Dressed In White')dan 'Haunted' merupakan lagu yang ada jalan ceritanya.
Walaupun album ini tak sehebat 'Them' dan 'Abigail' (sebab lagu2 ciptaan Andy memang best2) lagu2 dalam Fatal Potrait ni tak lah mengecewakan.semua lagu pun best.kalau nak dengar kerja gitar King Diamond pun boleh dengar lagu instrumental 'Voices From The Past'.boleh tahan jugak riff yang di mainkan oleh pakcik King ni,ala2 abang Mustaine gitu..heheh..
Apa pun,layannn...(tiada niat untuk menyinggung perasaan apatah lagi menghidupkan viral :P)

King Diamond,Andy LaRocque,Michael Denner,Timi Hansen dan Mickey Dee |
isi dalam.thank list |
yang lagi sebelahnya lirik |
Fatal Portrait merupakan debut album King Diamond setelah keluar dari Mercyful Fate.album ini juga tiada lagu2 hasil ciptaan Andy LaRocque.kesemua lagu adalah hasil ciptaan King sendiri dan hanya 2 lagu ciptaan Michael Denner dan King.walaupun tiada lagu ciptaan Andy,tapi kerja gitar beliau dan Michael Denner tetap best.
Album ni juga bukan lah concept album sepenuhnya,cuma 4 lagu terawal ('The Candle','The Jonah','The Portrait'.'Dressed In White')dan 'Haunted' merupakan lagu yang ada jalan ceritanya.
setlist |
piring gold transparen |
Walaupun album ini tak sehebat 'Them' dan 'Abigail' (sebab lagu2 ciptaan Andy memang best2) lagu2 dalam Fatal Potrait ni tak lah mengecewakan.semua lagu pun best.kalau nak dengar kerja gitar King Diamond pun boleh dengar lagu instrumental 'Voices From The Past'.boleh tahan jugak riff yang di mainkan oleh pakcik King ni,ala2 abang Mustaine gitu..heheh..
Apa pun,layannn...(tiada niat untuk menyinggung perasaan apatah lagi menghidupkan viral :P)
Wednesday, 12 November 2014
Monday, 10 November 2014
Din Daa Daa
George Kranz is a German dance music singer and percussionist. He is best known for his song "Trommeltanz", otherwise known as "Din Daa Daa". The song hit No. 1 on the Hot Dance Music/Club Play chart in 1984 and then returned to the chart in a new version in 1991, peaking at No. 8. "Din Daa Daa" (sometimes spelled "Din Da Da") is considered a classic dance music track and has been remixed, sampled and bootlegged many times, including in 1987's seminal "Pump Up the Volume" by MARRS, 1998's Praise Joint Remix by Kirk Franklin, 2005's "Shake" by the Ying Yang Twins, "Turn Around" by Flo Rida and an Xbox 360 commercial. - Wikipedia
Teringat masa kecik2 dulu,masa belum kenal 'Powerslave' dan 'Somewhere In Time' yang aku tau masa tu cuma Duran Duran,Dato Shake dan Sudirman.tapi yang buat aku ingat balik ialah ketika aku tengah ronda2 kat Jusco semalam boleh terdengar pulak lagu ni..balik rumah bukak Youtube cari dengan keyword 'Din Daa Daa' tu je baru lah aku tau siapa sebenarnya pencipta di sebalik lagu yang pelik ni..
Walaupun lagu agak pelik tetapi popularitinya memang melonjak pada era 80an dulu.yang masih aku ingat lagu dan video klip pelik ini selalu bersiaran di 'Playback 84' yang pernah tayang kat tv Malaysia.masa tu tv kat rumah baru je beli yang ada warna punya..sebelumnya tv takda warna..(tv hitam putih orang dulu2 panggil)
Sesiapa yang pernah membesar sezaman dengan aku,(yang dulu ingat kumpulan Wham dan lagu 'Careless Whisper' tu lagu paling rock nak mampos bak kata abang Deaf..heheh)mesti ingat akan lagu dan video klip pelik ni..

Sunday, 9 November 2014
Apa Nak Jadi Dengan Malaysia Ni?
http://www.astroawani.com/news/show/lelaki-transgender-boleh-berpakaian-wanita-kata-mahkamah-rayuan-47902
http://www.astroawani.com/news/show/mufti-negeri-sembilan-pertahankan-undang-undang-diguna-mahkamah-syariah-negeri-47960
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/transgender-perlembagaan-tak-harus-langgar-hukum-allah-kata-mufti-perak
Malas nak cakap panjang2..cuma aku cakap,sudah lupa kah kita akan peristiwa yang menimpa kaum Nabi Luth?
Thursday, 6 November 2014
Marai No Tora (1943)
Aku baru tahu akan kewujudan filem klasik Jepun ni..filem ini berdasarkan dari kisah benar seorang lelaki Jepun yang di katakan lahir di Malaysia.Marai No Tora atau dalam bahasa melayunya bermaksud 'Harimau Malaya' adalah bedasarkan kisah benar lelaki Jepun yang bernama Tani Yutaka.di katakan beliau lah sebenarnya 'Harimau Malaya',bukan nya General Yamashita tu.
Mengikut cerita,Tani Yutaka telah lahir di Terengganu pada tahun 1910.keluarga beliau memiliki kedai runcit yang di usahakan di Terengganu.Keluarga mereka ini suka bergaul dengan masyrakat melayu pada ketika itu,malah ada yang mengatakan Tani Yutaka ini lebih melayu dari orang melayu sendiri.beliau dan keluarganya fasih berbahasa melayu mengikut loghat Terengganu.
wajah sebenar Tani Yutaka dengan baju melayunya |
Ketika pasca perang dunia ke 2,beliau juga terlibat bersama2 dengan orang melayu dalam menentang British.kalau nak cerita pasal sejarah dia ni memang panjang,so korang google la sendiri..heheh..
Apa yang menarik pasal filem Jepun ni ialah,walaupun ianya filem Jepun,dan pelakonnya semua orang Jepun,uniknya kesemua pelakon dalam filem ni berbaju melayu,malah pelakon perempuannya juga berbaju kurung.ada juga scene yang menarik,siap nyanyi lagu 'Rasa Sayang' lagi.nama 'Yamada Gang' dalam filem Hong Kong 'Young And Dangerous V' di ambil dari nama kedai runcit keluarga Tani Yutaka iaitu 'Yamada &Co.'
Tapi sayangnya ramai yang pertikaikan filem ini,pada aku kalau di remake semula pun best juga.mana ada filem luar yang nak tonjolkan budaya orang melayu?Hollywood nak buat?takda mana nya der..
Ini sebahagian dari klip filem 'Marai No Tora'
Tuesday, 4 November 2014
Ahmad Nawab s/t Vinyl (1978)
Aku pernah cerita pasal Ahmad Nawab ni dulu KAT SINI
The living legend.
Rekod ni sebenarnya pernah arwah ayah aku beli dulu.masa tu pun aku kecik lagi,tanda harga pada era tersebut,(penghujung 70an dan awal 80an) baru 8 ringgit je harga lp ni.terjumpa secara tak sengaja kat Amcorp,aku terus beli.sebab teringatkan arwah ayah aku penah beli dulu..
Ahmad Nawab merupakan salah seorang pemuzik dan komposer hebat yang terkenal pada tahun 70an dan 80an dulu.tiupan saxophone beliau la yang selalu di dengar masa aku kecik dulu.tak kira la kat radio ke atau kat kedai2 yang jual piring hitam dulu.(sebab dulu masa kecik aku selalu ikut arwah bapak aku pegi beli rekod2 kegemaran beliau..sayangnya kesemua rekod tu hilang masa pindah rumah dan banjir)
Album ini adalah album intrumental Ahmad Nawab.senarai lagu2nya ialah lagu yang pernah beliau cipta dan popular yang pernah di nyanyikan oleh penyanyi2 popular pada era 70an dan 80an dahulu seperti lagu 'Kasih' nyanyian Boery Marantika/Sudirman,'Bunga Tanjong' nyanyian Allahyarham Datuk Sharifah Aini,'Gelora' nyanyian Tan Sri P.Ramlee,'Rindumu Rinduku' nyanyian Boery Marantika,dan satu lagu cover 'O! Kekasih Ku' lagu asal 'Wishing On a Star nyanyian Rose Royce.juga pernah di nyanyikan dalam versi melayu oleh Khatijah Ibrahim.lagu intrumental 'Aries' pun ada dalam ni.
Lagu2nya best.vokalnya di gantikan dengan tiupan saxophone Ahmad Nawab.rekod ni aku suka putar waktu malam.pasal stail muziknya yang smooth dan relax memang sesuai bila di dengar di malam hari..(takkan malam2 aku nak putar rekod King Diamond,tak pasal2 KDN datang serbu cakap aku anjurkan pehimpunan black metal pulak)
Apa pun,memang aku bernasib baik dapat balik piring hitam ni semula,dapat la aku dengar balik lagu2 yang jadi kegemaran arwah ayah aku dulu..

barisan pemuzik otai yang hebat |
piring hitam manis |
Lagu2nya best.vokalnya di gantikan dengan tiupan saxophone Ahmad Nawab.rekod ni aku suka putar waktu malam.pasal stail muziknya yang smooth dan relax memang sesuai bila di dengar di malam hari..(takkan malam2 aku nak putar rekod King Diamond,tak pasal2 KDN datang serbu cakap aku anjurkan pehimpunan black metal pulak)
Apa pun,memang aku bernasib baik dapat balik piring hitam ni semula,dapat la aku dengar balik lagu2 yang jadi kegemaran arwah ayah aku dulu..
Sunday, 2 November 2014
Don't Break The Oath 30 Years
Yang Ijau pernah review kat blog beliau pasal album ni KAT SINI
Aku pun takda album ni dalam bentuk fizikal.(memang ada versi reissue vinyl album ini dan Melissa,tapi mungkin tak lepas masuk sini kot.tengok artwork dia pun dah tau kan)tapi di sebabkan Ijau dah review dan kebetulan aku masuk Youtube layan nak layan balik lagu2 lama MF,terjumpa pulak video Hank Shermann dan Michael Denner memainkan kembali riff-riff klasik dari album 'Dont Break The Oath' ini.
Mercyful Fate ialah 'first wave of black metal in mid 80's' bersama2 dengan Venom.ketika dunia belum tahu apa itu Black Metal,Mercyful Fate dan Venom lah yang mula memperkenalkan muzik setan meyetan ni.berbeza dengan band black metal sekarang,(pada pendapat aku)yang hanya nampak ganas dengan corpse paint,tapi lagu2nya agak kurang menarik.berbeza dengan Mercyful Fate,mereka lengkap serba serbi.dari lagu,imej sehinggalah ke cover albumnya.
Apa pun album ini dan Melissa dari Mercyful Fate memang 'cult classic' lah.King Diamond walaupun dah hampir nak masuk usia emas,vokalnya masih lagi power.
Layan riff-riff klasik 'Don't Break The Oath' kat bawah ni..(ni semua Ijau punya pasal la ni..heheh)

Subscribe to:
Posts (Atom)