Monday 26 May 2014

Poison - Native Tongue (1993)


Testing guna kamera cikai aku yang dah lama tak di gunakan :p
Sama macam album Def Leppard 'Retro Active', ini adalah album terakhir dari Poison yang aku beli dan dengar,tahun 1993 merupakan tahun 'sedih' bagi penggemar irama glam/hard/heavy metal kerana kebanyakkan band2 yang jadi pujaan pada waktu itu semuanya telah merubah stail dan arah tuju muzik mereka,ada yang terpengaruh dengan grunge dan alternatif muzik,ada yang jadi juga yang berubah kepada rock lebih 'moden'.salah satunya ialah Poison ni..



senarai lagu dalam album ini

Poison adalah antara 'bad boys band' yang aku suka selain Motley Crue,Guns n Roses dan Skid Row.masing2 mempunyai keistimewaan sendiri,baik dari segi muzik,vokal dan perangai rockstar diorang..heheh..terma 'sex,drugs and rock n roll' tu memang kena la dengan keempat empat band ini.untuk album terbitan tahun 1993 ini,Poison telah mengubah hala tuju muzik mereka dari glam rock kepada 'rock alaf baru' penuh dengan elemen blues dan southern rock.dengan gitaris baru mereka Richie Kotzen yang banyak mengubah stail muzik Poison yang menjadikan mereka lebih matang.imej mereka dalam album ni pun dah berubah,tiada lagi imej bad boys.(kira ok la dari imej Metallica Load tu)heheh..



Bret Michaels - vocal


Bobby Dall - Bass

Rikki Rockett - drums

Richie Kotzen - guitar

Walaupun lagu2 dalam album ini  dah berubah dari segi stail dan soundnya,ada juga lagu2 yang sedap.seperti lagu 'Stand' 'Theater Of The Soul' 'The Scream' (1st time dengar lagu ni tekejut aku,macam tak caya Poison punya lagu) dan lagu ballad blues rock yang paling aku suka 'Until You Suffer Some (fire and ice)'vokal Bret memang kena la dengan stail muzik Poison yang baru ni.slang english ala koboi dia tu memang kena dengan semua lagu.tak rugi mereka ambik Richie ni join Poison.Richie juga banyak cipta lagu untuk album ini,cuma setelah berakhirnya tour untuk album ini,Richie telah di tendang keluar dari Poison pasal ada skandal dengan tunang Rikki Rockett.(yang mana Rikki juga telah putus dengan tunang beliau tu)selepas keluar dari Poison beliau juga pernah join Mr.Big,tapi tak kekal lama.
Walaupun hanya menduduki tangga ke 16 dalam carta Billboard pada tahun 93(mungkin peminat Poison tak boleh terima stail muzik baru Poison)tapi album ni sebenarnya best.

Kalau anda hanya pernah dengar lagu 'Every Rose Has Its Thorn' cuba dengar lagu2 dari album Native Tongue ini.juga untuk peminat blues dan southern rock.
Lagi cerita pasal Native Tongue boleh jenguk kat blog abang Berteromber kita di sini :
http://berteromber.blogspot.com/2013/08/native-tongue.html

5 comments:

  1. Poison yeah! tapi aku tak minat album ni..hehe..aku suka Flesh and Blood.

    ReplyDelete
  2. Untuk era glam...aku pilih Look What the Cat Dragged In... tapi untuk sentimental value...Flesh and Blood adalah yang terbaik!

    ReplyDelete
  3. ooo I didnt know pasal scandal tu...now I know hihihihi

    ReplyDelete
  4. Ahhh..Bret...Bret...*nak senyum je sambil layan Only Time Will Tell in repeat mode* ;)

    ReplyDelete