Thursday 10 January 2013

Nostalgia : Reverse Charge Call


Sekitar awal 80an dan sekitar awal 90an,sebelum wujudnya handphone yang sebesar batu bata tu,yang ada hanyalah telefon rumah dan penggunaan telegram.dua benda ni la yang selalu di gunakan oleh sebahagian rakyat Malaysia dulu,walaupun masa tu boleh di katakan bukan semua di setiap rumah memiliki telefon.dan salah satu perkhidmatan paling popular ketika dahulu ialah 'reverse charge call' ni.juga di panggil 'collect call'.
Reverse Charge ni maksudnya apabila si pemanggil ni membuat panggilan telefon,tetapi yang menerima panggilan telefon tu yang akan bayar dan akan di cas di dalam bil telefon bulanan nya.

Perkhidmatan ni dulu biasanya di gunakan oleh pelajar2 sekolah yang tinggal di asrama,pelajar IPTA,dan juga yang baru dapat kerja,tapi terpaksa berpisah dengan mak bapak.bukan macam zaman sekarang dah ada hanphone,duduk asrama ke IPTA ke,ada handphone call je mak bapak kalau nak mintak duit ke,nak suruh mak bapak datang.(aku percaya bebudak skang kalau takda handset duduk belajar IPTA yang jauh dari mak bapak mesti jadi cacing kepanasan takda handphone..haha)
Tapi nak buat panggilan ni bukan suka2 je,kena call operator dulu,lepas tu kena bagi nama dan apa hubungan dengan si penerima panggilan tu samada keluarga ke,pakcik,makcik atau awek ke(tapi pastikan mak bapak awek tu tau lah..heheh)dan operator tersebut akan menyambung panggilan tu ke penerima panggilan dan akan bertanya adakah beliau kenal akan di pemanggil tersebut yang ingin memasukkan panggilan tu ke dalam bil si penerima.jika penerima bersetuju,boleh lah bercakap seberapa lama yang si pemanggil mahu tanpa di kenakan apa2 bayaran.senang je kan?tapi sebaliknya kalau si penerima kata tak kenal,jangan harap la nak dapat bercakap.(kes ni kebanyakkan nya nak bercakap ngan awek lah,masa zaman penpal kat majalah URTV dulu,kenal awek pulak jauh2 ada yang dari Kedah,Penang,Perak,ramai member2 aku masa zaman sekolah menegah dulu guna strategi ni,selalunya kena maki je lah ngan mak bapak awek yang nak di call tu..hahah..)

Perkhidmatan ni masih lagi ada,cuma rasanya dah berkurangan lah kot.maklum lah sekarang ni teknologi makin maju,nak call handphone ada,kalau anak2 ni belajar sampai oversea pun boleh guna video call macam Skype tu,tak perlu la mak bapak ni menanggung kos bila telefon yang mencecah beratus ringgit kalau anak buat reverse charge call dari oversea.
Kalau dulu mak bapak kadang kala je kena reverse charge ni,berbanding sekarang mak bapak kena menanggung bil postpaid/prepaid anak2 yang aku rasa lebih banyak penggunaannya dari harga reverse charge tersebut.

p/s : bebudak sekarang pelik,macam mana student ipta dan sekolah berasrama penuh dulu boleh survive tanpa handphone..well,80s rules beb.heavy metal,thrash metal,rock kapak,glam rock,tv hitam putih,kaset katrij,tape video,piring hitam,majalah urtv ruangan kembang setaman(dulu majalah urtv rock ok,bukan macam sekarang ni) dan Michael Jackson masa tu pun belum putih lagi tau..dan masa tu pun jugak aku sama dengan bro berteromber yang beranggapan King Diamond tu adalah band yang paling setan menyetan sekali!.. heheh

8 comments:

  1. kenangan tu...masa ILP dulu aku pernah guna...siap kena sound dek arwah ayah aku... sebab call nak duit....heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..biasa la tu bro.tapi jasa orang tua susah kerana kita dulu kena kita balas balik

      Delete
  2. One of the best moment bro! Dekad 80'an memang KLMJ...zaman kegemilangan idola gua, Michael Jackson!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah..! Ini macam baru rokkk..(sebutan mat rock dulu2)..hehe

      Delete
  3. betul tu bro...sekarang tanggung kos hp anak aku jer dah berpuluh RM sebulan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan..apa boleh buat,kita kena la ikut rentak.heh..

      Delete
  4. zaman dulu call gini mahal...bual pun kejap2 je

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete