Tuesday, 12 September 2017

Rampage - Rempuh (2017)

Lagi yang terbaru dari kumpulan yang boleh di katakan otai juga..



Album mini ini menurut kata Yazit Ahmad (ketua Rampage dan juga tulang belakang band ini) memang telah lama di rakamkan sejak dari tahun 2000 lagi.tapi untuk album mini ini hanya 5 lagu sahaja yang ada,sementara nak tunggu full album Rampage siap.walaupun dah terperap lama selama 17 tahun,stail muziknya masih relevan lagi untuk tahun 2017 ini.seperti kata Yazit konsep muzik Rampage agak berlainan sedikit dengan pelbagai rentak tapi keluar tepat pada waktunya.dan pada aku ini antara album rock terbaik untuk tahun 2017 dengan musim cd reissue yang dah mula reda,salah satu album rock yang menjadi penyelamat dalam industri muzik Malaysia yang dah tenat ni.



Ok.oleh kerana aku takda degree dalam sound engineer,aku cuba review dengan cara aku dan dari pendengaran halwa telinga aku sendiri.lagipun aku bukan wartawan muzik macam Metal Hammer atau pun Kerrang.tak di bayar pun..heheh..sebelum tu untuk yang tak tau Rampage ni di anggotai oleh Yazit (drum dan ketua kumpulan) Moq ( penyanyi,pernah menggantikan Amy dalam album Search Selepas Banjir) Zham (bass)dan dua gitaris undangan iaitu Rithan (dari band apa aku lupa) dan Jemboo (bekas gitaris Def Gab C)

Kita mulakan dengan track pertama


1.Torpedo
Untuk track pertama merupakan salam perkenalan dari Rampage dengan lagu heavy progresif ala Dream Theater dengan lirik sinis hasil tulisan Moq.track pertama ni aku suka sound bass drum dari Yazit.memang padu.sambil dengar lagu ni pun kaki aku pun sama menghentak ikut irama pedal drum Yazit tu.




2.Selimuti Hawa
Track ke 2 pulak lagu berentak mid tempo.bukanlah lagu cintan jiwang.lagu ni lebih mengisahkan dosa yang di buat oleh kaum hawa.dan stailnya sama macam aku cakap tadi,ala Dream Theater.

3.Hipokritik
Experimental.ada bunyian tabla pada awal lagu.ada elemen reggae sikit tapi menarik.liriknya seolah menyindir seseorang..dengan liriknya yang berbunyi 'lagak bergaya,nak jadi "big superstar" '..heheh..agak siapa yang di sindir tu eh.liriknya juga ada bercampur dengan bahasa inggeris.memang lain dari yang lain lagu ni.


nurkilan dari Yazit

4.Apa Mahu Mu
Slow rock pada awal lagu dan fast pada penghujung lagu.pada permulaan lagu ni mengingatkan aku pada lagu 'Kejoraku Bersatu' sebab vokal Moq ni kalau lagu slow suara dia ada iras Amy Search sikit.cuma takda tarik nada tinggi melangit.yang ini pun menarik.





5.Rempuh
Lagu yang menjadi tajuk album ini.dan track terakhir ini berentak Nu Metal ala Korn dan Linkin Park.tahun 2000 dulu memang tengah demam Nu Metalkan banyak band2 Nu Metal tengah hot masa tu.Moq ni pun kira versatile la jugak nyanyi lagu berentak Nu Metal pun boleh,slow pun boleh.


Overall pada aku album ni terbaik la.sebab belum ada mana2 band yang nak ketengahkan konsep atau stail muzik yang sebegini.tabik pada Yazit yang bertanggungjawab bersusah payah nak terbitkan album ini walaupun lewat 17 tahun dengan susunan muzik yang mantap dan bersama pemuzik boleh dikatakan kesemuanya orang lama dalam scene rock tempatan.album ni memang aku rekomen kau orang semua beli.ada dapat poster lagi.(sorry poster aku lupa nak snap..heheh)
Itu je lah review aku..kalau ada salah silap harap di maafkan.maklum la takda degree sound engineer.

10 comments:

  1. dah beli tp x bukak lg sealed..heheh..good review bos.. (m)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq bro sudi singgah rumah buruk ni..heheh

      Delete
  2. Replies
    1. Haa..betul la tu.aku nak sebut nama band dia tak ingat.hehe

      Delete
  3. packaging dia tu aku kurang minat la...saiz tu susah nak letak kat rak cd...

    ReplyDelete
  4. review yg menarik, macam nak beli je bila baca..tapi kiv dulu, kurang byk layan modern rock/metal nie..

    ReplyDelete
  5. AKU pun dah 2 masuk sebulan lebih beli album ni. Sekarang menunggu album Ella, Prime Domestic dan yang masih dalam proses rakaman juga, album baru SEARCH. Khabarnya album search ini bakal dikeluarkan sebelum hujung tahun. Menariknya, sifu M. Nasir jadi penerbit album ni...khabranya, 6 lagu ciptaan M. Nasir dalam album ini..sama2 tunggu

    ReplyDelete
  6. gila apa tak layan Rampage nie.. ada Jemboo kan gitar dia?

    ReplyDelete
  7. mmg besh ada family tree Search Wings berbetulan pulak problem melanda masing2 dah ada projek bekap..

    ReplyDelete