Monday 17 April 2017

Wings - Belenggu Irama LP ( Reissue 2017)

Selepas piring hitam 'Hukum Karma' di riliskan,kali ini piring hitam 'Belenggu Irama' pula di riliskan dalam format piring hitam..





Dengar khabarnya sebelum ini dah di jual versi warna biru tapi di jual semasa konsert Wings and Superfriends di istana budaya tempoh hari.dan sempena Record Store Day nanti,pihak Dream Studio akan jual edisi khas piring warna hijau pulak dengan free bandana dan tshirt.


dulu bila tengok gambar ni aku ingat black tu penyanyi utama.heheh


Ok pasal piring berwarna hitam aku pulak.album ini di cetak di German.yang aku punya ni dapat free gold cd 'Belenggu Irama' (cd je takda cover) dengan bandana warna biru.kalau dari soundnya pulak mengikut pada telinga aku yang takda sijil sound menyaound ni bila main kat sistem cap ayam aku memang sedap la bunyi nya.menepati piawaian telinga aku.taktau la kalau kat telinga orang lain.heheh..


free gold cd dengan bandana


Tapi yang paling best dalam album ni dah tentunya kerja gitar Syam.semua lagu dengan kerja gitar dia memang aku suka terutama solo dalam lagu 'Intanku Kesepian' memang syahdu solo dia.kalau Wings panggil dia join balik pun ok jugak kan.dia pun boleh tahan hebat macam Jo Branko.


piring kehitaman

Dan yang lain2 aku takda nak komplen la.packaging pun puas hati,terperinci.tak main tangkap muat je.kalau rasa nak beli album ni boleh contact Dream Studio atau pun pergi Victoria Music kat Amcorp Mall.

10 comments:

  1. logo wings yg belum ada identiti... nampak poyo, hahaha

    start HK baru nampak lawa logo wings

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku dulu pernah ambik upah lukis logo ni kat tshirt kawan sekolah...senang nak lukis..haha...

      Btw...dah beli jugak...makan pasir bulan ni...

      Delete
    2. Ekekeke puasa la sekejap beli2nie ehehe mmg berantu layan hobi zaman GST nie

      Delete
  2. Aku jugak ada cita2 nak beli ni semua lp2 ni semua buat koleksi, tapi entah cita2 yo yo oh je.
    thanks for the tip nak beli kat mana.
    Sakit bontot siak duduk kat bangku tren, aku nak kena tukar2 lrt sampai kat Amcorp Mall. hahaha...

    ReplyDelete
  3. Update: kalo yg versi cd free tu ada lagu live intanku kesepian dengan belenggu irama yg di rakamkan live di rock in rio brazil..heheh

    ReplyDelete
  4. wow.mampu tgk je lah lp2 ni

    ReplyDelete
  5. Memang geram juga tengok LP2 reissue nie..ada terniat juga nak beli walaupun tak ada turntable..nasib baik masih boleh kawal & tak terjebak dgn LP nie..he he..

    ReplyDelete
  6. Bro, semua guitar track dlm Belenggu Irama dimainkan oleh Opie Bloodshed. Rasanya cuma satu lagu je dimainkan oleh Sham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana tau Opie yang main.. Sebelum ni aku dengar crite lagu Intan Ku Kesepian je Opie yang main? Haa ni ko pulak cakap semua gitar track Opie yang main? Ade bukti kukuh ke? Ke dengar crite orang je?

      Delete
  7. Tu lah. Tahun 1987 Opie & Joe branko dalam kumpulan Scandals, baru nak naik. Diaorang terikat under Warnada rekords. Mcm mana plak dia boleh main untuk Wings under AMP rekords.  Kalau nak amik guitarist sessionist untuk recording album, mesti amik yng lebih berpengalaman. Scandals album pun takda waktu tuh...

    ReplyDelete