Tuesday 11 April 2017

Search - Fenomena (CD 2017 + Filem Fenomena 1990)

Walaupun takda sijil sound engineer,aku tetap beli jugak.sold out kat Malaysia aku pergi beli kat US. :p




Cakap pasal album Fenomena ni,sejak belum di terbitkan lagi memang banyak la kontroversinya.setelah melalui pelbagai masalah.album ini akhirnya di riliskan pada tahun 1989.pada ketika itu aku baru je tingkatan satu.kaset Fenomena abang aku yang beli.sebelum pergi sekolah,(aku sekolah sessi petang pada ketika itu)memang aku akan mainkan kaset Fenomena ni.tapi bila part lagu 'Isabella' memang aku fast forward kan terus ke lagu 'Derap Komando'.aku memang tak suka lagu 'Isabella' tu sejak dulu lagi.heheh..tapi dalam tak suka lagu ni menjuarai carta radio Pujaan 10 Nescafe 8 minggu berturut2.(kalau salah tolong betulkan)memang aura lagu 'Isabella' berhantu habis.dari awek,budak kecik sampai la makcik2 pun suka lagu ni.





Selain dari itu filemnya juga pun terkena tempias.sebelum menggunakan tajuk 'Fenomena' pengarah Aziz M.Osman terpaksa berebut dengan penerbit filem Indonesia untuk menggunakan tajuk yang sama,yang mana akhirnya filem arahan Aziz M.Osman  menggunakan tajuk 'Fenomena'.filem Isabella terbitan Indonesia juga di kritik peminat.kenapa Nia Zulakrnain yang membawa watak Isabella,sedangkan Julia Rais (pelakon kacukan melayu-inggeris) hanya pelakon pembantu? sepatutnya Julia Rais tu la yang bawa watak Isabella.tapi di sebabkan 90 peratus produksinya memang kepunyaan Indonesia,peminat terpaksa la akur.








Selepas 28 tahun,Fenomena akhirnya di riliskan kembali dengan edisi terhad made in USA.(sebelum ni pernah di keluarkan kembali pada tahun 2003)tapi nampaknya 'sumpahan' Fenomena tu macam dah 'melekat' pulak.ada juga beberapa kontroversi yang melanda tentang album buatan dari Amerika ini.bab ni aku tanak ulas la pasal benda ni dah banyak orang ulas kat facebook dan juga kat laman sosial yang lain.lagi pun macam aku cakap kat atas tadi,aku takda degree sound engineer.

Akhir sekali aku nak cakap,pada otai2 rockers kat luar sana tu,jangan la hati tisu sangat..terimalah teguran/komen peminat dengan hati yang terbuka baru la boleh di panggil lagenda..tak gitu?


Cerita menarik pasal Fenomena dari Berteromber boleh tengok kat sini :
http://berteromber.blogspot.my/2017/03/fenomena-made-in-usa.html

10 comments:

  1. Julia Rais dulu popular pasal Isabella kan?...video clip muzik muzik tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.dulu dia yg jadi model video klip isabella

      Delete
  2. Kalau aku jumpa cd ni aku akan beli.
    Tapi pasal diwarwarkan sebagai limited edition dan hanya boleh beli di New York, Los Angeles dan sebagainya.. aku tunggu je la CD ni sampai kat kedai kaset pasar Larkin.
    Anyway... Mesti best ye, Semua lagu sedap dalam kaset ni, kecuali ada satu lagu Isabella tu aku akan skip. Tapi... bila konsert, macam aku pernah cakap Orang ingat Search tu ada 2 je lagu orang cam tak sabar gitu, Isabella dan Pawana.
    Julia Rais dulu tu ada satu panggil untuk orang cam dia kan? Pan Asian ke hapa tu?
    Yang sampai ada kontroversi tutup periuk nasik, muka pan asian tak boleh jadi model iklan, nak muka melayu hidung penyek, kulit jawa baru boleh.
    Apa pun, Julia Rais dah disambar kerabat Pahang , dan yang tinggal jadi rebutan ialah Fenomena USA ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.pan asian/kacukan..heheh..dia ni antara big four pan asian la.julia rais,ramona rahman,susan lankester,sofia jane

      Delete
    2. Bibiana layola dengan Vee bini Aziz xkira ehh?> eheheh

      Delete
  3. Holy Smoke tu, aku suka solo lagu ni.
    Anyway, Bsides dia, Kill Me Ce Soir dan terutama Its All In Your Mind dahsyat.

    ReplyDelete
  4. Album ni jugalah yang menimbulkan kontroversi Hillary Ang dengan Search.

    ReplyDelete
  5. rasanya tak sempat memiliki album ni, hari jumpa kawan aku kat gig cerita pasal album ni katanya kat campbell pun sudah sold out, ada kolektor yang mampu beli 10 ke 20 keping buat pekesam...

    ReplyDelete
  6. Nasib baik dah ada sekeping tak payah beli kepingan berikutnya hahaha

    ReplyDelete
  7. Samalah juga, tak minat sangat lagu Isabella tu banding lagu2 slow dr album2 sebelum tu..

    ReplyDelete