Friday 14 April 2017

Beyond Scared Straight

Oleh : Mat Lester




Salah satu program realiti di US "Beyond Scared Straight".

Secara ringkasnya, program ini bertujuan memberi pengajaran dan teladan kepada remaja bawah umur yang bermasalah seperti terlibat dalam kes pergaduhan, kegiatan samseng, menghisap dan mengedar dadah, meminum arak, melawan cakap ibu bapa, membuli dan sebagainya.

Remaja ini dihantar oleh ibu bapa mereka ke penjara untuk memberi gambaran sebenar kehidupan di penjara. Mereka berdepan dengan banduan sebenar yang mempunyai latar belakang kes jenayah berprofil tinggi seperti kes jenayah seperti membunuh, merompak, merogol dan banyak lagi. Bak kata perumpamaan melayu " Buku bertemu ruas".

Di program ini juga, jangan fikir banduan menasihati remaja ini secara lembut akan tetapi mereka ditengking dan dilontarkan dengan kata kata yang kesat.

Budak budak ini juga didera secara mental dan fizikal semasa berhadapan dengan para banduan. Antara arahan banduan kepada budak budak ini ialah disuruh melakukan tekan tubi. Seperti yang kita tahu, tekan tubi membantu membina kekuatan dan pembesaran otot tubuh badan. Maksudnya, di penjara Amerika, risiko ancaman diri untuk dibuli oleh banduan lain adalah tinggi sekiranya mempunyai tubuh badan yang kecil.

Selain itu, remaja juga dipaksa makan menu makanan harian yang dimakan oleh banduan sepanjang hari. Kelakarnya, ada remaja ini yang muntah dan menangis teresak esak kerana tidak sanggup menghabiskan makanan.

Di samping itu, remaja bermasalah juga turut diugut akan dirogol oleh banduan golongan homoseksual. Tambahan pula, banduan ini tidak akan mempunyai rasa belas kasihan terhadap bakal mangsa mereka.

Sebenarnya banyak lagi pengajaran dan teladan dari program ini.Hasilnya, sebahagian remaja berjaya mengubah diri mereka untuk berkelakuan baik. Anda boleh menonton sendiri program ini di Youtube. Namun tak pasti, samada program ini masih disiarkan atau sebaliknya.

Episod Kegemaran ( Big Dragon)



Episod ini sangat menarik. Cara "Big Dragon" menasihati remaja yang bermasalah adalah lain daripada yang lain. Ini kerana beliau tidak menengking mahupun menjerit, tetapi dengan nada suaranya yang lembut dan tenang sudah cukup menakutkan para remaja.

Antara nasihat Big Dragon kepada remaja ini ialah :

" I just got arrested and it just starts going downhill. You pick one case and pick another one and before you know it, you're burying yourself, 
deeper, and deeper, and deeper. If you're in a similar situation, take the advice"


Dakota Joe




Episod ini memaparkan perbualan remaja yang bernama Austin dengan para banduan. Cara percakapan Austin yang kurang ajar membuatkan banduan bernama Dakota Joe ini mengamuk. Akhirnya Austin terdiam dan ketakutan setelah Dakota Joe menyebut sesuatu perkataan...

p/s: aku dah tengok kat youtube.memang best la program ni.

2 comments:

  1. baru tau ni...nanti tengok kalau ada masa...

    kebelakangani banyak layan tv series...Riverdale, 13 Reasons Why, Limitless, Imposters, Suits, Izombie, Outcast...banyak lah...sampai takder masa nak bersosial...haha..

    ReplyDelete
  2. macam perna tgk sekali org share video tu. ingatkan filem tadi, aku sudah tengok semalam cerita pencuri buku tu, tak abis lagi malam ni sambung plak.

    ReplyDelete