Tahun 1996,memang tahun yang agak hambar bagi dunia muzik heavy metal dan rock.sebabnya pada tahun ini banyak kumpulan rock dan metal dunia mula mengubah stail muzik mereka.Metallica dengan album 'Load' nya ada yang mengatakan album 'Load' merupakan versi kumpulan U2 dalam muzik metal.Sepultura dengan 'Roots' nya yang menggabungkan elemen muzik tradisional Brazil.dan tak ketinggalan Def Leppard juga telah berubah.tiada lagi Def Leppard era 'Retro Active','Hysteria' dan 'Andrenalize' tiada lagi glam rock atau new wave of British Heavy Metal dari mereka.Def Leppard betul2 mengubah stail muzik dan cara permainan instrumen mereka dalam album ini.
Album ini di hasilkan ketika kesemua ahli band menghadapi masalah.Phil Collen yang baru bercerai,bapa Rick Savage yang baru meninggal dunia,Rick Allen dan Joe Elliot di tahan polis.dan mereka tidak dapat menggunakan khidmat penerbit yang bersama mereka sejak 1981 iaitu Mutt Lange.'Slang' pada aku bergenrekan alternatif rock dan sedikit industrial + techno + synthpop ala Depeche Mode.(kemungkinan besar mereka juga berinspirasikan dari stail muzik Killing Joke) mungkin juga pengaruh grunge/alernatif yang tengah berada di puncak pada tahun itu.
cd pertama |
Ada dua cd dalam album ini.cd yang kedua merupakan edisi terhad persembahan akustik live Def Leppard di Hard Rock Cafe Singapore pada tahun 1995 khas untuk Channel V.lagu2 live dalam cd kedua ni memang best.ada lagu 'Two Steps Behind','From The Inside' (antara lagu DL yang paling aku suka) dan lagu 'Pour Some Sugar On Me'.lagu2 ni semua dari album lama2 mereka yang pernah menduduki carta Billboard UK dan US.
bonus cd |
Berbalik kepada album Slang ni,hanya tiga lagu je yang boleh melekat kat telinga aku,lagu ballad 'All i Want Is Everything' dan lagu mid tempo 'Blood Runs Cold' dan lagu 'Pearl Of Euphoria' lagu2 yang lain agak sukar nak hadam walaupun selepas 20 tahun aku dengar semula album ini.sebabnya telinga aku dah biasa dengar Def Leppard era 80an dan 90an.
Kalau anda peminat bergenrekan muzik alternatif,new wave,electronic rock dan sythpop,boleh cuba la album ini.tapi kalau sesiapa yang baru nak kenal Def Leppard,aku cadangkan dengar album 'Hysteria'.
TQ utk review ini.. kalau jumpa. Tak beli. huhuhu
ReplyDeleteNi pada aku the best Def Leppard album hanya kerana dorang try something different. Aku suggest kau beli Slang Deluxe Edition pasal lagu2 lain era zaman Slang ni semua ada.. sedap2
ReplyDeleteMemang takleh masuk gak album nie..kalau yg double cd nie, ok skitlah sbb ada acoustic live kat Singapore tu..
ReplyDeleteUntung la dapat yang ada bonus cd..
ReplyDeletebelum perna dgr ni
ReplyDelete