Monday 17 October 2016

Loving Born - Kekalkan ( 1988 ) Reissue 2016

Antara album rock melayu di zaman kegemilangan rock melayu dan inggeris pada tahun 1988.





Kumpulan Loving Born ini menurut apa yang aku baca dalam internet,mereka pernah menduduki tempat pertama dalam pertandingan Juara Rock di ekspo Malaysia Jalan TAR  kl.(kini bangunan yang di panggil Maju Junction)katanya kumpulan ni berasal dari Perak/Kuala Lumpur.aku pun tak pasti.memang tak tau sangat info pasal kumpulan ni.maklum la dulu masa album ni keluar pun aku masih lagi kanak kanak riang.heheh..







Untuk album 'Kekalkan' ini mengandungi 10 lagu,ada antaranya ciptaan komposer yang dah terkenal seperti Siso Kopratasa,Wanafisu (Wan Hanafi Su) dan ada juga ciptaan dari Loving Born sendiri.album yang di terbitkan oleh Eric Yeo (beliau ni penerbit yang agak popular juga untuk syarikat Polygram pada ketika itu)dan di rakamkan di studio paling legend dan canggih di Singapura pada ketika itu iaitu Lion Studio.antara studio rakaman legend yang menjadi impian kumpulan2 rock melayu nak rakamkan album.lebih kurang macam Morrisound Studio kat Florida la tempat impian band death/extreme metal nak rakam album,Sepultura juga berjaya mencapai impian nak rakam album kat studio ni.(album 'Arise' antara produksi paling best dalam banyak2 album Sepultura)







Antara lagu yang hit dalam album ini ialah lagu mid tempo yang jiwang tapi tak meleweh 'Terima Kasih',dan juga lagu hard rock 'Tanjung Puteri' lagu tradisi Johor yang telah di rock kan.pernah jadi kontroversi juga lagu ni sehinggakan telah di'gam' oleh RTM pada ketika itu kerana terlalu heavy..heheh.lagu yang lain pun boleh tahan best juga,seperti  lagu track pertama ciptaan Loving Born 'Kekalkan' lagu progresif rock ala Queensryche dan juga lagu 'Inikah Takdir Cinta Kita' juga mid tempo yang tak meleweh dan mendayu walaupun tajuk lagunya nampak terlalu jiwang.heheh..kreatif juga Loving Born ni buat lagu.kerja gitar dalam album ini pun boleh tahan menarik walaupun soundnya agak 'kering',biasa la studio era analog lagi kan masa ni.stail nyanyian penyanyinya yang ala 'Meatloaf' dan 'Ning Baizura versi lelaki' menambahkan keunikkan album ini.


Boleh cuba dengar album ini kalau anda tak kisah dengan soundnya..

9 comments:

  1. Ooohh aku belum jumpa lagi di pasaran JB cd ni.
    anyway, muahahahahahaha makcik tu dalam lrt dia mesti cakap ish tak senonoh betul pakai tshirt nama hantu. Ada salib lak tu, salib terbalik, ish tak senonoh. Wahaha. Aku boleh imejin tikaman mata makccik tu kat tshirt kau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..mmg mcm tu la kot imaginasi dia.

      Delete
  2. nak dgr kat utube dulu klu berkenan masuk list

    ReplyDelete
  3. aku ingat lagi promosi album ni menekankan rupa tak hensem tapi suara sedap...hahaha..

    btw...aku tau album ni pasal lagu Tanjung Puteri tu...zaman tu budak2 rock Johor mesti pandai punya lagu Tanjung Puteri versi rock...

    ReplyDelete
  4. kalau LB ni aku tau lagu terima kasih je... selalu keluar radio

    ReplyDelete
  5. Lagu Terima Kasih & Tanjung Puteri je yg ingat...

    ReplyDelete
  6. Ade lagi yg ingat alhamdulillah..

    ReplyDelete
  7. https://www.facebook.com/ramlanzaka.zakaria

    Untuk info Loving Born terkini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..terbaik la.ada band member loving born singgah blog ni.tq so much bang

      Delete