Sunday, 30 October 2016

Cromok - Yours Truly ( 1996 ) Reissue 2016

Dah 20 tahun usia album ini..





Aku bukan lah peminat tegar Cromok,tetapi aku ada memiliki album terawal mereka seperti Image Of Purity,Forever In Time dan Yours Truly ini.album pertama mereka,Image Of Purity memang memberikan impak yang besar dalam industri muzik Malaysia pada ketika itu.kerana lagu Ulek Mayang yang di metalkan.sehinggakan ada antara kawan2 aku yang tak rock pun suka dengar lagu Ulek Mayang tu,tapi bila masuk part heavy tu diorang terus tak nak dengar dah..heheh.








Album ini juga Cromok menjemput Khalid Mobin (gitaris Rusty Blade) dan Zan (drummer Rusty Blade) sebagai pemuzik undangan.produksi untuk album ini juga antara yang terbaik kerana mastering nya di buat di Australia.yang paling best ialah sound bass drumnya yang padu ala Igor Cavalera dari Sepultura.permainan drum yang bagus dari Miji.kerja gitar dari diva Karl yang dah maestro tahap Ritchie Blackmore yang attitude nya macam Dave Mustaine.heheh..







Lagu lagu dalam album ini best2 juga.seperti 'Siblings','Stranger','IC','Castaway' dan 'Somewhere Anywhere' penuh dengan elemen thrash metal 80an dan 90an.sekurang2nya Cromok merupakan penyelamat dalam industri muzik Malaysia pada ketika itu yang tengah demam muzik 'alternatif' dan ramai penyanyi wanita pada waktu tu semua nak jadi 'Alanis Morrisette'.heheh..

Patut di miliki jika anda peminat muzik thrash metal klasik era 80an dan 90an.antara album terbaik Cromok dari segi sound dan susunan muziknya.

12 comments:

  1. Solo gitar berbeza dari 2 album awal...drum pun padu...adakah kerana Khalid Mobin dan Zan punya penangan..

    ReplyDelete
  2. Cromok ni mmg salute kpd pemuzik tempatan yg hebat dn berkebolehan.. mereka bg peluang lejen2 ni menyumbang dlm rakaman album.. betapa humblenya mereka... tk mcm band lain yg kadang2 perasan mcm bagus je..

    ReplyDelete
  3. windunya aku dengan kertas itu. (dulu kasetlaaa aku pulun..) aku pulun dua tahun kemudian sebab duduk kat Mesir ehehee

    ReplyDelete
  4. Fav aku dulu wud be Farewell.. Castaway dan Little One..

    ReplyDelete
  5. Komen peribadi je ni jgn siyes sgt...cuba perhatikan cover depan inlay tu..perhatikan tajok album tu YOUR TRULY...ade KECACATAN sikit...tu jela nak komen..lain x de masalah..sekian terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pebende typo? YOURS TRULY la tue..

      Delete
  6. tetiba aku nampak cd cd Cromok kat kedai, adakah semua cetakan semula? baguslah peminat baru dan lama dapat memiliki yang original. Win Win for all. Kedai jual kaset pun sendu je sekarang.

    ReplyDelete
  7. Dalam inlay tulis produced in 2006? 1996 kot.

    ReplyDelete
  8. musti yang ada 1press cd ni terkesan dgn kejatuhan harga cd tu..haha nanti aku beli cd ni buat koleksi

    ReplyDelete
  9. Bro! According to blog Berteromber NSR telah reissue In Flames - 'The Jester Race' dan Kreator - 'Terrible Certainty' (yang dulunya telah di-issue oleh VSP.
    VSP juga telah issue bermacam-macam album klasik dulu.
    https://www.discogs.com/label/90179-Valentine-Sound-Productions?page=1
    Jom kita petition supaya mereka re-issue lagi banyak album klasik bro!
    Darkthrone - Blaze in the Northern Sky
    Bolt Thrower - Realm of Chaos
    Terrorizer - World Downfall
    Napalm Death - Fear, Emptiness, Despair
    Dismember - Like an Everflowing Stream
    Rotting Christ - Thy Mighty Contract

    dan macam-macam lagi!!!!! NSR re-release evrything!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!111111111

    ReplyDelete
  10. legend...maybe satu hr nnt akan dimiliki sbb ni kan bahan sejarah muzik metal malaysia

    ReplyDelete