Friday 7 October 2016

BlackRose s/t (1990) Reissue 2016

Album yang rilis pada penghujung tahun 1990 tapi amat popular pada tahun 91.





Album ni dulu memang menjadi pujaan gadis2 remaja pada tahun itu,sehinggakan budak2 perempuan kelas aku dulu siap ada poster Blackrose ni kat file dan buku sekolah..heheh.Blackrose yang di anggotai oleh Mario (bass),Jepp dan Bard (gitar) Shaarin (drum,bekas suami pelakon Ida Nerina dan kini berkahwin dengan pelakon dan pengacara Yasmin Hani) dan Ajin (vokalis) selain menyanyi Ajin juga berbakat dalam melukis seperti kakaknya kartunis Cabai (yang lukis kartun 3 Dara Pingitan dalam majalah Gila Gila) cover album pertama kumpulan 4U2C telah di lukis oleh Ajin.







Album ini agak unik kerana menampilkan stail muzik ala glam rock 80an macam Poison dan Guns N Roses.tapi dari segi imej aku tengok mereka lebih kepada Guns N Roses.tengok Mario tu pun dah macam Duff Mckagan.heheh..walaupun mereka terkenal dengan lagu 'Penantian' ciptaan Saari Amri,(lagu ni yang penerbit album mereka Zulkif nak jadikan single) mereka sebenarnya berbakat dalam penciptaan lagu.ini di akui sendiri oleh Zulkif dan juga Aziz Bakar ( pengurus BMG pada ketika itu)








Ok,kalau takda lagu 'Penantian' tu pun aku rasa album ni mesti boleh jual punya sebab lagu2 ciptaan anggota Blackrose pun boleh tahan sedap.antara lagu yang menarik seperti 'Perdaya' yang memang soud macam Poison,lagu 'Simfoni 14/2'(versi cd ni hanya 'Simfoni' je,pemalas betul tukang taip ni.dah la typo) yang catchy,lagu 'Arca' yang ala Skid Row dan lagu mid tempo 'Cinta Abadi'.dan lagu lain yang menarik seperti 'Aku Mercedes & Rock n Roll' ciptaan Zulkif.kerja gitar beliau dalam lagu ni agak menarik.dan satu lagu slow rock ciptaan M.Nasir yang berjudul 'Mawar Hitam' yang soundnya pure glam rock.pun best jugak.sayangnya selepas mereka tercalon dalam peringkat akhir Muzik Muzik 91,Ajin telah keluar dari kumpulan ini.
Antara album glam rock yang terbaik pernah di hasilkan walaupun rakamannya bukanlah band member Blackrose yang main.yang dah menjadi lipatan sejarah rock Malaysia.

Dari segi soundnya?malas nak cakap la..dengar la sendiri..

Lagi pasal Blackrose boleh tengok kat blog Berteromber DI SINI

Cerita pasal rakaman album ini dari Zulkif boleh tengok SINI dan KAT SINI

9 comments:

  1. Ni band dulu ramai peminat pompuan. Aku paling tertarik ngan band ni pasal Cabai connection. She is one of my favourite ever. Tiga dara pingitan

    ReplyDelete
  2. cinta abadi = I'll be there for you - bon jovi

    ReplyDelete
  3. dulu masa budak2 aku dgn jiran aku terjumpa kaset ni dkt rak pakcik dia dan kitaorg nk pasang kaset ni semata2 nk dgr lagu penantian...hahahaha

    ReplyDelete
  4. Nama Ajin masa jadi kartunis kat Gelihati....JINGGO...
    Langsung tak der khabar berita tentang Zulkif

    ReplyDelete
  5. Dalam rakaman mmg biasanya akn jemput pemuzik yg pro dn pengalaman...bkn pasal blackrose xleh main...tp nk dapatkan rakaman yg cun kena la bg pemuzik yg pro main...album wings hukum karma... ekamatra satu tekanan irama..may hakikat...dn bnyk lagi la...tk suma lgu dlm rakaman anggota asal yg main..

    ReplyDelete
  6. Bismillah rock never dies,gw suka muzik brutal ini... Tapi yang jelas kalo nga ada SEARCH,sang legend,gw nga tau muzhik rock melayu.

    ReplyDelete
  7. link zulkif tu wat sakit mata je baca..sapalah yg cerdik sgt buat tu..hahaha

    ReplyDelete
  8. Minta lagunya satu yang mawar hitam

    ReplyDelete