Monday 5 September 2016

Vagrant s/t ( 1990 ) Reissue 2016

Antara album rock terbaik era 90an..





Dulu dengar album ini versi kaset yang di beli oleh abang aku.oleh kerana dulu memang taktau apa2 pasal kumpulan Vagrant ni,hanya tahu lagu slow rock mereka 'Kerana Takdir' yang kerap berkumandang di radio dan juga pernah menjadi senarai 'top 10' pujaan sepuluh Nescafe.(sesiapa yang pernah membesar di era 90an mesti tau) tapi tak pernah dapat nombor 1 kalau tak silap aku.Vagrant merupakan satu2nya band rock dari Sarawak pada ketika itu yang boleh di katakan popular juga,Vagrant di anggotai oleh Baha (vokal) Kiya (gitar) Yen (bass) dab Dol (drum)






Sebab apa aku kata album ini antara album rock terbaik 90an? kerana kerja gitarnya.walaupun ada pengaruh Malmsteen dalam setiap lagu,tapi kerja gitar dari Kiya memang terbaik.dengan susunan muziknya dan beliau juga menjadi penolong penerbit,maka tak hairan la kerja gitar beliau yang kreatif walaupun ada pengaruh Malmsteen, bila tengok pada tajuk lagu seperti 'Hatiku' yang pada mulanya aku fikirkan lagu slow meleweh,tapi sangkaan aku silap,lagu 'Hatiku' merupakan antara lagu yang aku suka..heheh..solo gitar yang menarik dan susunan muziknya yang mid tempo dengan vokal Baha yang tidak meleweh makin bertambah best.







Lain lain lagu dalam album ini yang menarik kerja gitar dari Kiya ialah 'Percikan Cinta Di Dataran Merdeka' (bergulung2 solo pada awal lagu) 'Kau Dan Aku' lagu ciptaan Kiya juga pernah popular pada era 90an dan pernah masuk rancangan Muzik Muzik TV3.lagu yang agak heavy 'Vagrant' pun best,kerja gitar dalam lagu ni memang all out.Kiya betul2 menonjolkan skil permainan gitar beliau.solo dalam lagu ni memang dashyat.
Sayangnya album ini tak ramai yang tahu akan kehebatannya.kalau AIM (Anugerah Industri Muzik) tu dah wujud sejak dulu lagi,pastinya album ini akan memenangi kategori album rock terbaik.sound rilisan semula ini pun memang puas hati.tiada tenggelam timbul,setakat ni NSR tak pernah mengecewakan.

Kalau nak tahu best atau tidak album ini kena dengar sendiri.kalau tak percaya boleh tanya Berteromber,pujian beliau tentang album ini boleh tengok di sini :
http://berteromber.blogspot.my/2016/02/vagrant.html

4 comments:

  1. Vagrant serawak ye?
    Dinamik? Dinamik top dulu.. minah2 suka berangan Antara Gadis tu lagu pasal dorang. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dinamik vokal je sarawak. Lain ori pahang.

      Delete
  2. awal 90an dulu pun abang aku ada versi kaset... terkena tempias jugaklah lagu2nya

    ReplyDelete
  3. sedang tunggu album ke-2 Vagrant - Pelangi Sutera (1993).. semoga akan diriliskan juga nanti.. pakat-pakat doakan agar termakbul.. huhuh

    ReplyDelete