Friday 30 September 2016

Brader,Kita Mesti Terus Hidup! - Nasir Jani

Baru je habis baca..





Sesiapa yang membesar sezaman dengan aku pasti kenal siapa Nasir Jani ini.beliau merupakan aktivis seni/pengarah filem dan drama pada tahun 80an dan 90an.filem arahan beliau 'Kembara Seniman Jalanan' yang telah di terbitkan pada tahun 1986 (genap 30 tahun dah filem ni) telah menjadi 'masterpiece'.walaupun pada tahun itu ramai peminat filem yang tak faham akan maksud yang tersirat dalam filem itu,ia antara hasil kerja terbaik Nasir Jani yang masih di ingati sehingga kini.seperti kata Usman Awang dalam buku ini 'satu bangsa tidak akan menjadi besar tanpa memiliki sifat kurang ajar'.begitu lah hebatnya insan yang bernama Nasir Jani ini.pada era 90an,Nasir Jani telah di labelkan oleh wartawan hiburan dan rakan artis yang lain sebagai kurang ajar,cakap lepas,mulut celupar dan keras kepala.tetapi pada sudut yang lain,ada antara rakan artis yang menganggap beliau sebagai hero kerana kesungguhan beliau memerangi gejala cetak rompak sejak di awal tahun 80an lagi dan juga membela nasib rakan2 artis yang teraniaya.







Buku ini sebenarnya merupakan catatan peribadi beliau pada tahun 1998,dalam buku catatan beliau yang di gelar 'buku rekod cikgu sekolah'segala peristiwa pahit manis beliau sejak di awal 80an beliau ceritakan sikit dengan bukti bergambar seperti keratan akhbar Utusan Malaysia,salinan repot polis dan gambar beliau bersama Ito (Blues Gang) dan Pyanhabib.Ito merupakan sahabat karib beliau.asal dari kampung yang sama di Melaka.perkataan 'Brader' tu memang amat popular pada era 80an dan 90an ayat yang selalu di gunakan oleh mat2 rock pada zaman itu.






Antara yang menarik dalam buku ini :

-Konfrontasi beliau dengan RTM,Finas dan kementerian penerangan.menyebabkan RTM mula 'gam' karya beliau untuk di siarkan di RTM mahu pun TV3 kerana kelantangan beliau menyuarakan hak untuk pengkarya seni tempatan yang di anak tirikan oleh RTM dan kementerian penerangan.

-Cerita sebenar pergaduhan yang berlaku di bangunan Finas antara beliau dan Baharudin Hj.Omar atau di kenali sebagai 'Anjang Aki'

-Baru aku tahu untuk siapa lagu 'Satelit Puaka','Bazooka Penaka' 'Kiblat Laser' (nyanyian kumpulan Wings) dan 'Syurga Jambul Terbakar' (nyanyian kumpulan Kris) Nasir Jani tuju kan.

-Keakraban beliau bersama kumpulan rock Kris dan pernah mengarah muzik video kumpulan Kris yang bertajuk 'Cenderawasih' dan peristiwa sebenar yang berlaku di sebalik penangkapan ahli kumpulan Kris di Sungkai Perak.

-Cerita tentang pembikinan filem 'Kembara Seniman Jalanan' tapi sayangnya hanya sedikit sahaja yang di ceritakan.

-Kisah beliau di fitnah dan di buruk kan oleh rakan sendiri

-Isu rambut panjang dan penentangan beliau terhadap cetak rompak yang akhirnya mula membuka mata orang2 politik bagi menyelamatkan industri seni yang hampir terkubur pada awal 90an.


Banyak lagi kisah2 menarik dari beliau dalam buku indie ni.buku ini sememangnya menampilkan karya jujur dari Nasir Jani yang belum pernah lagi di buat oleh aktivis seni di Malaysia ni.walaupun ramai orang melabelkan beliau sebagai mulut celupar dan kurang ajar,pada aku Nasir Jani memang 'art'.
Rugi kalau sesiapa tak beli dan baca buku ni.memang terbaik.

5 comments:

  1. ko punya rebiu ni buat aku teruja mau beli buku ni. ada masa aku singgah kedai buku mau rembat ni buku.. haha

    ReplyDelete
  2. harap ada sambungan...atau cerita disebalik tabir kembara seniman jalanan..

    ReplyDelete
  3. antara buku2 dubook yang wajib beli ni...aduh mcm mana la boleh terlepas pandang plak pasal buku ni

    ReplyDelete
  4. label dulu2...dsamping dorg print copy yg ori dorg print jgk copy yg pirate....pasal klu label jual copy yg pirate dorg tk perlu bg royalti kt artis dn komposer...mende mmg btul jd dn nasir jani cerita dlm filem KSJ...

    ReplyDelete