Tuesday 1 March 2016

Rusty Blade - Awas (1989)

Format cd ini di keluarkan oleh Life Records pada tahun 2003 yang lalu..


Antara album paling best Rusty Blade dan album terakhir dari band ini yang kemudian nya mereka berpecah membawa haluan masing-masing.format cd ini di keluarkan pada tahun 2003,tapi yang tak bestnya Life Records meriliskan kembali album ini tanpa cover/inlay yang asal,kalau pada kaset dahulu ada gambar2 band member Rusty Blade,untuk versi reissue ni,pihak Life Records seperti melepaskan batuk di tangga je dengan packaging yang agak cincai.







Tapi itu tak kisah lah,asalkan aku dapat album 'Awas' ni pun dah ok.sesiapa yang biasa  dengar Rusty Blade pastinya bersetuju dengan aku yang album ini memang kuat pengaruh iron maiden.kebanyakkan lagu2 heavy dalam album ini pun best2.antara lagu yang aku suka seperti "Antara Nikmat dan Syurga' 'PLO' 'Lima Perwira' 'Mimpi' 'Bisikan' dan 'Siluman' antara lagu paling heavy yang aku suka.
Album ini di barisi legend Rusty Blade iaitu Khalid Mobin,Mohd Nor Hendrix, (gitar)Zan (drum) Leman Karen (bass) dan penyanyi  nya iaitu J. Yantzen.




Sayangnya selepas album ini Rusty Blade telah berpecah,dan ini la satu2nya album rock melayu paling heavy yang aku pernah dengar.kerja gitar Khalid Mobin dan Mohd Nor pun best.macam H dengan Dave Murray.heheh..

Ini album rock Awas,rugi kalau tak dengar.antara produk anak melayu Singapore yang  paling best dan hangat di perkatakan suatu ketika dulu.

4 comments:

  1. Rusty Blade antara band heavy metal tu taim 80'an. antara yg disegani di malaya psl dorg dri seberang tambak.. mmg memberi kepuasan mendengar lgu2 dorg ni..x menghampakan..samada heavy atau slow rock sume terbaik.. sound pun best dari khalid mobin.. beliau mmg pandai cari sound gtar yg sedap.. xtau ape punca dorg ni berpecah..

    ReplyDelete
  2. pernah dengar ura2 life Records nak terbitkan album2 Rusty Blade dalam bentuk lp...tapi ntahkan jadi ntahkan tidak...wallahualam...

    ReplyDelete
  3. After this album, supposely RUSTY BLADE next album ialah English album,
    anyway, aku selalu ingat I Turned To Stone everytime dengar tercipta kaaihku

    ReplyDelete
  4. nanti aku sambar klu ada rezeki lebih..

    ReplyDelete