Monday 28 March 2016

King Diamond - A Dangerous Meeting (1992)



Aku memang tak berapa layan sangat muzik black metal sebenarnya,kalau dengar pun dan jadi peminat dah tentulah album2 pakcik King Diamond dan Mercyful Fate.King Diamond dan Mercyful Fate merupakan generasi pertama atau di panggil 'the first wave of black metal in early 80s'.sebelum bebudak black metal pandai minum darah kambing lagi,pakcik KD ni la yang memperkenalkan stail muzik yang berhantu dan setan menyetan ni..heheh..( jangan ada yang kata aku ni sesat dah ler..)

Album ini menghimpunkan lagu2 terbaik dari album2 King Diamond dan Mercyful Fate sejak di awal pembabitan mereka dalam muzik metal ini.






Bukan sahaja lagu2nya yang best,turut menghimpunkan segala kerja gitar dari Mercyful Fate (Michael Denner/Hank Sherman) dan band King Diamond (Andy LaRocque/Pete Blakk) dan tak lupa juga pemain drum yang kini menjadi tulang belakang Motorhead iaitu Mikkey Dee.






Oleh kerana hanya menghimpunkan lagu2 terbaik dari kedua2 band,kebanyakkan lagu dah selalu dengar.ringtone untuk handset aku pun menggunakan lagu 'Sleepless Nights'.hehe..

Takdalah nak mereview sangat pun,lagi pun album2 King Diamond aku dah penah buat ulasan sebelum ni.tapi kepada sesiapa yang nak mengenali muzik King Diamond dan Mercyful Fate,boleh mulakan dengan album ini dulu.
Untuk review cd2 King Diamond yang lain boleh jenguk kat blog Ijau Di Sini

8 comments:

  1. Kadang2 terlampau taksub melabelkan atau mengenrekan satu2 jenis muzik tu akan membantutkan perkembangan muzik atau band tersebut sendiri. Lagipun pasaran tak sebesar mana.

    ReplyDelete
  2. album ni aku cuma ada mp3 sedut...

    "i don't always listen to black metal, but when i do... it's king diamond and mercyful fate"

    ReplyDelete
  3. bercadang nak kumpul cd2 king/MF...tapi terbantut sejak keluarnya cd2 reissue rock melayu 80an...pokai dah ni...

    ReplyDelete
  4. Ok jgk ni.. aku pun tk brapa sgt klu black.. suatu hari nanti nk dgr jga.. kot2 la sangkut d hati ini.. hehe

    ReplyDelete
  5. pada sape2 yg nak mula dengar black metal tu, gua sarankan you all dengar album Mayhem.. barulah true bro.. hihh hihh

    ReplyDelete
  6. same cm brader Berteromber, ade niat nk kumpul smua labum MC/KD, tp terbantut. zaman dlu pnye hal, kaset dubbing KD pn aku simpan lg

    ReplyDelete
  7. baru tahu ni album kompilasi/split 'best of' King Diamond/Mercyful Fate sekali.


    ReplyDelete